Wednesday 31 May 2017

Menu Berbuka Puasa | Resipi Nasi Arab Mudah

<h1>Empat hari berpuasa ni aku lemau je. Bukannya lapar sampai melepek seperti waktu 'mabuk' dulu tapi takde mood nak buat apa-apa. Nak duduk lelama depan laptop pun takde idea. Tambahan pula semua bebudak ni pakat tidur belaka selepas Subuh. Dah dipasak kat telinga suruh buat latihan buku kerja pun buat dek aje. Tak kuasalah mak nak marah pepagi Ramadhan ni.

Semalam scroll facebook beberapa kali sehingga tu ternampak ada kawan update blog dia dengan resipi nasi arab jadi kita pun apa lagi terus bersemangat nak try sebab macam senang jer. Kesemua bahan sedia ada dalam fridge. Yang tiada tu aku abaikan je.. lenkali boleh cuba dengan bahan lengkap. 

Resipi asalnya daripada Desilastati tapi aku ubahsuai dan tambah beberapa bahan walaupun ini first try. Ayam tu aku tambah chilli flakes sebelum dibakar untuk menambah kepedasan. Makan ayam kalau tak pedas haiyaooo... kureng! Cuma berdasarkan firts try ni elok rasanya ayam direbus lebih awal supaya dapat diperap lama sedikit dengan sos.

Ini resipi Nasi Arab Mudah untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak makan. Portion makanan kami untuk orang Melayu bukan pak Arab ye hehe.. Cawan tu yang dapat free masa beli rice cooker. Bahan-bahannya nampak je banyak tetapi semua tu ada di dapur, baki projek sebelum ini. Rasanya rumah famili memang ada semua bahan asas tu.

Sumber di sini.


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (tak habis guna pun. Ayam aku dah siap dipotong kecil... anak ramai oih)
3 cawan beras Basmathi
2 biji tomato - buang biji, potong dadu
Daun ketumbar
Cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis - sedikit
Minyak sapi (takde, aku guna butter)
Oregano (ini saja ada. Sepatutnya ada rempah kabsah)
Gajus
Kismis
Saffron (takde so aku gantikan dengan kunyit)
Yogurt (kalau suka)
Sos cili
Sos tiram
Madu
Garam
Gula
Air secukupnya


Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hngga naik bau. Masukkan cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, tomato, daun ketumbar, oregano.
3. Masukkan ayam, gaulkannya dan biarkan sebentar. Masukkan air hingga tenggelam. Masakkan ayam hingga empuk. Tambahkan garam.
4. Setelah ayam masak keluarkan dan toskan airnya. 
5. Bahan-bahan yang tinggal tu kita tapis dan kisar untuk dimasukkan dalam beras yang kita tanak.
6. Lumurkan ayam dengan sos cili, sos tiram, madu, yogurt, chilli flakes, garam. Perap setengah jam dan bakar dalam oven dalam 20 minit supaya garing sikit bahagian luarnya. Kalau suka jenis lembap, sapukan dengan nombor 6 di atasnya sebelum dibakar.

Cara memasak nasi:
Beras Basmathi memerlukan air yang lebih. Jadi setiap satu cawan beras kena masukkan 1 1/2 - 2 cawan air. Gunakan air rebusan ayam tadi dan tambah nombor 6, kunyit. Masukkan sedikit gajus dan kismis. Ai terus masak dalam rice cooker.

Bahan untuk salad:
Timun (aku guna timun Jepun) - dipotong dadu
Bawang besar - dan dipotong dadu
Lobak Merah - dipotong dadu
1 sdk cuka
Garam Dan Gula

Gaulkan je kesemuanya.


Bahan untuk sos:Daun ketumbar/pudina
2 biji tomato
5 biji cili hijau
Sebiji lemon - perah airnya
Garam, gula
Sedikit air

Blend je kesemuanya.

Dah siap... Senangkan?




Monday 1 May 2017

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita...

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita... | Adik aku sekarang sibuk mencari rumah untuk dibeli. Kawasan pilihan ialah di Rawang kerana berdekatan tempat kerja.

Aku happy kerana dia 'menuju ke jalan yang benar' walaupun ada sedikit terkilan kerana lambat bertindak. Aku dah bercerita fasal rumah ni sejak membeli rumah pertama. Mungkin masa tu dia remaja lagi... tapi 10 tahun lalu dia dah bekerja, sepatutnya dah mula menyimpan. Dalam dunia fantasi dengan girlfriend kot?

Dia banyak minta pendapat dan tips dari aku jadi aku pun nasihatkanlah setakat termampu. Kita pun bukan pandai sangat. Dah suruh dia semak rekod CCRIS di Bank Negara, semua cantik. Dah suruh survey loan eligibility, dah buat, boleh pinjam lebih RM100,000 tapi aku cadangkan rumah pertama ni beli je rumah berharga dibawah RM100k supaya dia dapat menyelesaikan housing loan by age 55. Bila tamat bekerja pinjaman perumahan di mana rumah tersebut menjadi liabiliti (kita tinggal di situ) wajib tamat juga. Keluarga kecil tinggallah di rumah sederhana sahaja buat permulaan, yang penting selamat di situ.

Aku minta dia cari rumah landed subsale. Banyak. Gigih dia mencari tuan tanah sejak bulan lalu di pejabat tanah. Aku pun ada jugalah bertanya dengan kawan-kawan yang menjadi ejen hartanah tetapi mereka tak jual rumah yang berharga dibawah 100k.

Kalau ada yang tak tahu lagi, kawasan Rawang digosipkan akan menjadi bandar lapangan terbang seperti Subang suatu waktu dahulu. Property boom dulu tu... ramai property investor membeli hartanah di sana. Malangnya new airport were built at Sepang maka punahlah harapan. Banyak sangat rumah yang tidak dihuni, banyak juga yang dilelong. Flat lelong boleh dapat dibawah 10 ribu RM je. Kalaulah dekat kan...

Ada kawan dia nak jual rumah setingkat hanya RM80k bulan Ogos nanti sebab menanti rumah baru mereka siap. Aku pun suruh adik pujuk kawan dia tu jual sekarang dengan alasan proses jual beli pun akan mengambil masa paling cepat enam bulan. Sementara tu duduklah dulu tapi tuan rumah tak bersetuju sebab dia kata rumah baru dia tu lambat lagi nak siap. Sebenarnya aku bimbang dia berubah hati. Rumah lain semua dah capai rm200k... kot kotlah bila tiba bulan Ogos nanti dia nak jual harga lain pulak kan. Okay, pangkah yang ini. 

Kebanyakan rumah setingkat dijual dengan harga pasaran iaitu +-RM200k . Ada satu rumah corner lot ni memula adik aku tak cari tuannya kerana beranggapan kalau dah rumah tengah pun 200k rumah tepi apatah lagi. Cuma dua minggu lalu dia try luck lah. Owh.. owner beralamat di Seremban.

Last Friday aku pun ajaklah dia ke alamat Seremban tu dalam hujan lebat. Orang lain yang nak beli aku pula yang over exited heheh... kita happy dapat menyumbang idea dan tenaga untuk dia gituh.

Selepas intro serba sedikit, mak si owner ni cakap rumah tu telah dijual kepada seorang Cina dengan harga..... 😢😢😢 SERATUS RIBU SAHAJA! Kau rase?? Frust menonggeng huhuuu... Baru sebulan lalu mereka sign SnP. Frust frust frust sangat. Adik aku kata kawasan rumah tu agak luas dan depan lapang tak menghadap rumah orang. Aku beritahu owner if dia tak boleh proceed dengan proses jual beli tu kindly call me back. Tak putus harapan gitu.

Itulah kan, jangan assume. Pre-assumption and pre-judgement sangat tak bagus. 

Takpelah dik, cari lagi. Hopefully dapatlah beli sebelum kahwin nanti. Best oi lepas kahwin terus duduk rumah sendiri.




Sunday 9 April 2017

Tips hartanah 13 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong

Tips hartanah 13 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong | Aku nak cerita pengalaman di lelongan hartanah bulan Oktober lepas. Bercerita bab property memang aku minat tak kira masa walaupun poket kosong. Kalau diajak bersembang tentang emas yang tergantung di leher sebesar rantai kapal tu aku adalah orang yang membosankan. Cerita pinggan mangkuk pun aku tak minat. Nak letak kat mana entah, takde space dah kat rumah aku ni. Rumah kita kecik je uols.

Aku excited ke property auction sebab dah laaamaaa sangat tak join. The last one was in 2008, dah jual balik pun rumah tu. Masa aku ke Kuching aku wakilkan my husband to bid untuk satu tanah kosong atas bukit tapi tak berjaya, bulan September aku dah siapkan bank draf untuk membida satu apartment tetapi sibuk pula bermalam di hospital sebab anak bongsu aku kena buat minor surgery. Kelam kabut sangat masa tu.

So in October aku sangat teruja ke property auction yang diadakan di Seremban. Hanya tujuh buah hartanah dilelong yang hampir kesemuanya flat dan apartment. Flat yang aku minat tu adalah yang pertama dilelong. Ya Allah punyalah ramai bidder... dekat 20 orang kot. Rumah tu cantik lagi dan my boboiboy takdelah kata berhantu macam rumah yang satu tu.

Oleh sebab ia hot property maka si auctioneer start lelongan dengan harga RM45,000 walaupun reserve price RM38k. Perghhh... panas ok! Tak sompek den nak naikkan nombor sendiri. Akhirnya terjual pada harga 35 ribu lebih tinggi !

Apa sebenarnya yang nak aku sampaikan?

Lately banyak seminar atau kempen yang menggalakkan orang membeli rumah diawal usia pekerjaan. Target si penganjur mahukan orang muda memilki kediaman sebelum membina liabiliti dengan hutang kereta kerana harga rumah hampir mustahil akan turun. Lagi lama ditunggu lagi mampu tengok je nanti. Tak tahulah pula aku kalau mereka ada matlamat lain. Toksah ikut sangat cakap profesor tu lah eh, ala.. profesor yang kata lagi dua tahun harga rumah akan turun. Jangan mimpi! Melainkan kawasan tu bermasalah. Situasi di Malaysia agak berlainan. Developer pun sebelum decide untuk menurunkan harga rumah dia akan buat promosi seperti bagi perabot percumalah, legal fees dibayarlah.. dan yang sewaktu dengannya. Takdo pasallah nak rugi wehh.

Tapi... aku rasa apa yang professor tu maksudkan ialah nilai hartanah bukannya harga hartanah. Ada beza tu. Nilai sebenar dibuat berdasarkan beberapa fakta dan calculation manakala harga rumah baru ditetapkan oleh pemaju. Aku agak pemaju meletakkan harga rumah dengan projected value 10 tahun ke hadapan. Harga rumah second hand pula ditetapkan oleh penjual. Letaklah harga sesedap rasa (eh! haha..). Lagi hot tempat tu lagi senang dijual, mahal pun orang beli.

Satu lagi masalah di Malaysia ni, kita membeli rumah tak kira harga. Asal dibuka saja taman perumahan baru mesti habis. Kiasu sangat. Di barat mereka mempraktikkan apa yang professor tu cakap. Maknanya di sini, tidak semua teori terpakai untuk semua negara dalam semua keadaan.

Berbalik kepada kisah seminar hartanah, seminar tu bagus tetapi baca juga buku-buku dan berkawan dengan pelabur hartanah online atau offline. Dapatkan ilmu. Jangan bersembang dengan orang yang tak suka beli rumah, takkan ada perbincangan positif. Nanti dia 'tarik' sampai terbeli rim kereta atau masuk skim cepat kaya. Even orang yang mengajar tentang financial pun akan sedikit bias jika dia mempunyai pengalaman pahit membeli hartanah atau tidak berminat dalam hartanah.

Dalam lelongan tersebut aku dapat rasakan ada pemain-pemain baru yang belum ada pengalaman. Bukan nak kata aku pandai tapi aku terdengar perbualan mereka semasa breakfast. Macam pakai hearing aid pulak aku ni huhuu..

Selepas harga naik kepada RM50k hanya beberapa orang sahaja yang meneruskan bidding. Aku senyap terus hahah.. tak dapek nak menyampuk lansung. Aku tak berani, bimbang loan tak lepas atau kena top-up banyak sangat. Aku cuma layak 70% loan sahaja.

Selepas flat 3 bilik di kawasan yang bagus tersebut berjaya dijual, aku tanya bidder sebelah, berapa value flat tu? Dia kata 50k saja. Aku agak boleh sampai 60k. Aku tengok ramai orang jual dalam range 60-68k.

Apa masalahnya dengan harga tu?

Okay, orang yang dah biasa dengan pembelian rumah bolehlah betulkan mana-mana yang kurang tepat dalam penjelasan aku ni. Begini..

Harga jualan katalah (A) : 75,000
Value sebenar (B) : 60,000
Perbezaan A-B : 15,000

Bank X akan bagi pembiayaan perumahan 90% daripada RM60,000 = RM54,000.
Deposit asal 10% semasa lelongan (C) = RM3,800
Tambahan deposit harga terakhir (D) : RM3,700
Jadi C + D = RM7,500 (dibayar pada hari lelongan)

Jumlah wang yang kita perlu keluarkan : RM75,000-RM54,000 = RM21,000

Belum termasuk : valuation report, legal fees lebih kurang RM3k dan bil-bil tertunggak yang tidak dibayar oleh pihak bank. Bukan semua fees and bills assignee bank bayarkan ya.

Okay, anggap sajalah kita kena siapkan RM25,000. Banyak juga tu. Rumah tu sink dan shower dah lesap, wiring tak pasti, taik burung penuh di balkoni- itu setakat yang aku nampak. Kena keluarkan modal 1-2 ribu hengget lagi, at least.

Nampak dah apa yang nak aku sampaikan? Sini Seghomban encik bukannya Kolumpo yang harga flat low cost pun boleh naik sampai 180 ribu ringgit. Seremban tak sama dengan Kuala Lumpur. Aku rasa something is not right dengan property value di Seremban ni... rumah-rumah yang baru naik harga boleh tahan mahal (bagai cubaan untuk bersaing harga properties di KL/Selangor) tetapi harga rumah second hand nilainya tak setinggi mana walaupun harga jualan balik setaraf dengan hartanah baru. Yang turun nilai pun ada. Sungguh.

Contoh:

1) Kawan aku beli kedai pejabat lima tahun lepas. Bila nak refinance valuer kata nilainya sama. Aptb.

2) Ada seorang lagi nak menjual sebuah rumah dua tingkat yang dibeli tiga tahun lepas tapi nilainya turun RM5 ribu. So how?

3) Sebuah flat lama nilainya cuma naik RM10k selepas lebih daripada 15 tahun walaupun telah dipasang tiles, dapur dipindahkan dan ada kitchen cabinet. Si valuer sambil gelak gelak kata, kalau renovate pun sampai ke mana? (walaupun landed properties di kawasan yang sama harganya naik mencanak). Alahai... flat kat KL/Selangor nun jual togel pun boleh untung.

4) Dulu ada seorang lagi kawan nak menjual banglo dia lengkap berperabot di sebuah perumahan agak mewah. Harga beli RM400k dan dia nak jual RM1.2 mil. Aku kata boleh dijual 700 ribu rm jer... dia tak percaya. Aku rasa tak logik harga yang dia nak tu tapi dia beralasan ada sebuah banglo yang dah terjual dengan harga RM1.2 mil, orang seberang tambak pembelinya.

Aku tahu serba sedikit tentang property investment tetapi aku tak beli rumah memahal sebab diluar kemampuan. Mungkin atas sebab itu nasihat aku ni tak berapa laku. Sekolah pun tak tinggi. Seriously aku tak pernah dengar orang menjual rumah dengan harga jutaan di kawasan tersebut (that was about 8 years ago). Last aku dengar the transaction done at RM700k ++. See? Pandai tak aku predict? Ehem.

Orang yang membeli dengan harga jutaan tu mungkin kerana:
a) tidak memeriksa harga pasaran dan nilai sebenar
b) dengan hanya sekitar SGD450 ribu dia dah dapat banglo ooiii... berbaloi sangat! Untung banyak dah tu.

5) Di lokasi yang sama seorang lagi kawan telah menjual rumah banglonya dengan profit RM20k sahaja. Aku rajin mengusik, orang jual flat pun dapek 70k.. Diamlah!, katanya... hahahahah..



Walaupun mu tak minat duduk di kawasan berkepadatan tinggi seperti gambar di atas, ramai lagi yang berminat kerana berada di tengah bandar. So? Kalau nak invest sesuai sangatlah ni.

Sebelum membida hartanah di Seremban dan yang sewaktu dengannya silalah semak dahulu harga pasaran dan harga yang diletakkan valuer. My concern is golongan yang biasa biasa. Golongan yang bergaji 3 4 5 6 7 8 ribu sebulan dan yang wang simpanannya berkepuk botingkek-tingkek tak menjadi kudis pun, mereka mampu membayar. They have the purchasing power. Tetapkan harga tertinggi yang kita mampu bayar, tak perlu kecewa dengan kegagalan memiliki kali ini. Jangan kecewa sangat, masanya akan sampai jua. Lagi satu pesan aku, jangan terpedaya dengan cakap-cakap manis auctioneer atau 'ulat' yang nak melariskan barang. Auctioneer kerjanya memang menjual barang. Diorang kalau mengayat pembida ... perghhh...

Maknanya disini, setkan harga siling yang kita mampu and if the bidding price naik terlalu tinggi lupakan saja. Macam contoh tadi tu, lebih baik beli sub sales sebab kebanyakan orang jual dalam range 60-69k sahaja.

Aku hanya berkongsi pengalaman yang sedikit dan tolong JANGAN TAKUT membeli rumah kerana memiliki rumah adalah salah satu cara untuk kita keluar daripada kemiskinan. Biarlah kecil pun asalkan rumah sendiri. Ia akan inspire anak kita untuk memiliki rumah yang lebih selesa. Biarlah kita menjadi pencetus untuk mereka mempunyai impian yang lebih besar. Orang Cina yang datang dari tanah besar dulu jadi pelombong aje sebelum memiliki lombong. Datang pun naik kapal wap sampai hitam muka hangit ketiak tapi balik dengan kapal sendiri, seperti Tan Sri Lim Goh Tong.

Takkanlah kita yang makan minum kencing berak bersekolah bagai di bumi bertuah ni tak ada lansung harta sebagai tempat berteduh anak isteri? Usahakanlah walaupun sekadar rumah kecil. Kami pompuan ni bersyukur sangat tau kalau suami tinggalkan rumah, takdelah bimbang merempat bawah jambatan bila laki mati nanti.

Untuk kisah dan Tips Hartanah yang lain sila gunakan butang search ya. Terima kasih.


***********************Ini cerita lain **************************

**Ada sebuah flat lama di Seremban yang aku berkenan. Aku rasa harganya berpatutan dengan saiz, renovation, fixtures and fittings yang datang bersama. Malangnya bank's valuer 1 cuma menilainya setakat RM35k manakala valuer 2 menilainya dengan maksima RM45k, itupun untuk renovated lower level.

Alasan valuer:
1) Ianya rumah pangsa. Walaupun telah diubahsuai, ianya takkan membesar sebagai johan.
2) Tiada lif

Puas aku cakap kat bank officer tu cannot be.. it's renovated, kitchen pun dah dipindahkan, kitchen cabinet pun ada bla bla... properties di situ pun dah naik harga... bla bla.. Taklah aku menyangka nilainya diletakkan terlalu rendah walaupun berusia belasan tahun dan berdekatan highway. Ohmaiii... kalau loan lulus pun kena keluarkan RM30k dari poket sendiri.


**Semalam aku attended property auction pagi petang, tapau dua terus. Aku tak sempat check value sebab lambat dapat info tentang lelongan tu tapi berharap not too low sebab apartment yang under constructions di sebelahnya dijual RM168k per unit, the smallest one at lower level. Kalau loan tak lulus mau meraung den. (Update: memang value both properties rendah pun...sobs sobs...padan muka)


Wednesday 5 April 2017

Tips Hartanah 12 - Haunted House

Blog post ini telah disiarkan pada bulan Oktober 2015 di www.ruggedmom.com setelah sekian lama bercuti dari mencari rumah. Edited and repost here for reference.

Tips Hartanah 12 - Haunted House | Hahahah... tajuk best ni weh. I can't stop writing about something that I loved, property. And, since I'm a cheapskate I always hunt for a cheap house which may be inhabited by...ghost! hahaha...

Selepas pembentangan bajet hari tu adalah seorang professor ni kata harga rumah akan turun dua tahun lagi. Sebenarnya tahun-tahun sebelum ni pun begitulah ceritanya tapi hang rasa harga rumah pernah turun ka? Eh ada... market value of property di Negeri Sembilan ni tapi harga jualan meletup letup juga. Selain daripada itu rumah yang retak dan di kawasan yang sering dilanda banjir selalunya tak boleh naik tinggi. Pada pendapat aku pandangan dia mungkin betul bagi rumah baru yang kita beli daripada developer tapi selalunya developer tak turunkan harga, mereka cuma bagi free perabot ke.. free tv brand cikai ke... gitulah. Rumah second hand tetap bernilai tinggi. Flat kos rendah pun dan seratus ribu lebih oooiii beli dari tangan orang. Harga buka mulut di lelongan awam pun dah 100 ribu ringgit! fuhhh...

Bulan Oktober 2016 aku membuat site visit beberapa buah rumah yang aku berminat. Tak semestinya dibeli. Minat BMW takkan nak beli jugak kalau tak mampu kan? Gilo apo? Aku pergi dengan my boboiboy yang berusia dua tahun lapan bulan. Dia tu mengekor je ke mana aku pergi sebab aku menjaganya secara ekslusif dari lahir so the bonding tu... kira BFF lah. Kesian dia kena turun naik tangga tingkat dua tingkat tiga. 


Inilah flat yang aku cari tu, nauzubillah buruk... tapi ada juga orang yang tinggal di situ. Tiada pilihan lain kot. Tidaklah aku menyangka keadaannya sebegini rupa dengan batang paip yang mereput dan tercabut, dengan 'sayur-sayuran' yang hidup subur. I wonder how it looks like at night hew... boleh buat filem seram. Ada gambar edited version yang dibuat untuk jualan. So unethical.

Ada beberapa keluarga menetap di flat buruk tersebut. Sebab itulah aku selalu berpendapat kita dizalimi dengan segala peningkatan kos hidup yang menyeksa golongan seperti mereka. Ada beraskah di rumah mereka?

Semasa mencari flat di atas aku singgah bertanya arah dengan seseorang yang tengah monitor renovation rumah yang baru dibeli. Sebelah rumah dia berpenghuni dan yang corner di selekoh tinggal rangka.

Inilah rumahnya.

Aku park kereta depan rumah yang tinggal rangka tu. Ai tak kisah, kalau rangka ni dijual timbang kati ai okay je. Macam rangka ayam yang dijual di pasar malam tu, walaupun cuma rangka sedap jugak menggigit tepungnya tu kan? hahah... 

Bertentangan dengan rumah tu ada sepohon kayu besar. Sekali pandang macam seram jugalah tapi aku diamkan aje sebab menarik juga, redup. Aku kan suka kehijauan. Di sebelah pokok tu ada rumah teres 3 pintu. Hanya yang hujung sana berpenghuni, yang lagi dua dah teruk jugak keadaannya.

Anak aku pandang ke rumah lalu berkata, hantu! Aik, siang kot?

Mana ada hantu dik.

Tu hantu (sambil memuncungkan mulut)

Kat mana? (sambil aku memerhatikan mata dia)

Mata dia bergerak dari tengah rumah ke kanan. Dua kali. Aku jadi tak sedap hati lalu mula menggerakkan kereta. 

Semasa nak berlalu tu, bila rumah berada di sebelah kiri, adik cakap... tu tangan dia!

Ah sudah! Pangkah terus rumah tu hahah.... 


Aku terpaksa percaya dengan cakap budak hingusan sebab masa kami berhenti di flat yang nauzubillah buruk tu (boleh buat scary movie dowh) dia tak cakap apa-apa pun sama ada takut atau hantu. Lawatan ke sebuah rumah kosong selepasnya pun begitu. Hanya rumah yang itu.

Mujur aku bawa si boboiboy, kalau tak mesti aku gigih mencari tuan rumah yang tinggal rangka tu. Jika benar seperti katanya maka aku yakin dua tuan rumah di depan tu pun meninggalkan rumah atas sebab yang sama. 

Kalau anak aku nampak pokok besar tu adakah dia akan berkata, banyaknya hantu mama....! hew hew






Tuesday 4 April 2017

Tips Hartanah 11 - Pinjaman bank, MRTT dan lain-lain

Ada tambahan dari artikel asal.

Tips Hartanah 11 - Bank loan dan lain-lain | wahhh.... aku lupalah ada satu lagi dalam draft yang tak siap. Very very sorry...........

It's best kalau kita boleh check dengan bank our eligibility terutama kalau nak beli rumah lelong because bank yang auction property hanya bagi 90-120 days to settle the payment. Check dulu iklan lelong tu. Kalau nak agak-agak berapa u kena bayar instalment pun boleh jugak kat loan calculator. Google je yeop.

Interest rate dan jumlah minima pinjaman perumahan yang bank kenakan berbeza-beza. CIMB mensyaratkan RM35,000 jumlah minima pinjaman, Bank Rakyat RM45,000 dan Bank Simpanan Nasional TIADA syarat minima. Ini maklumat setakat hampir dua tahun lalu. Maybank akan bagi loan sekadar 50 peratus daripada purata pendapatan jika pendapatan anda tidak tetap, contohmya daripada komisyen jualan.

Kebanyakan bank juga memberikan pinjaman sehingga 90 peratus sahaja daripada harga rumah untuk rumah pertama dan kedua, dan sehingga 70 peratus untuk rumah ketiga. Kalau salah tolong betulkan ya. Jika harga jualan rumah tersebut RM100 ribu tetapi nilai pasaran (Market Value) hanya RM80 ribu, pihak bank akan meluluskan pinjaman kepada yang layak hanya 90 peratus daripada RM80,000. So kena bayarlah baki tu? - hang tanya. Ofkos dik. Juallah Duck scarfs hang tu.

Bank loan datang sekali dengan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT/MRTA). Kita boleh bayar cash yang ini (lebih baik) atau masukkan sekali dalam loan - yang dah tentu kena interest. Dulu-dulu rumah yang berharga lebih daripada 100k ringgit tak diwajibkan ambil MRTT/MRTA ni but now semua dah wajib maybe sebab harga rumah pun makin tinggi dan mungkin juga ada masalah lain. Ada jugak aku dengar bank accept our family takaful as mrtt, mestilah terms and conditions apply. Lagi lambat beli rumah lagi banyak kita kena bayar nanti. Seperti juga pelan takaful/insurans lain umur, jenis pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya akan menentukan kadar bayaran. MRTT/MRTA memelihara hak bank dan pembeli. Jika berlaku kematian keatas orang yang berhutang, maka waris tidak lagi perlu membayar kerana pihak takaful akan menjelaskan hutang rumah tersebut TETAPI jika pinjaman tersebut menggunakan dua nama, peminjam yang masih hidup perlu menjelaskan bahagiannya. Kuranglah bayaran bulanan tu. SnP tu masukkanlah nama isteri sekali, housing loan tu abang seorang sajalah yang pinjam ye? Gitu. Masa depan yang baik untuk anak isteri mestilah dirancang. Menjadi atau tidak itu semua urusan tuhan.

Satu statement yang WIN di badan sebuah van. Van lama seorang peniaga berjaya.

Loan tenure.......... yang aku perhatikan kalau non-bumi loan depa selalunya 15-20 years sahaja unless depa memang golongan yang tak mampu. Weiiii.......... tak mampu tak mampu pun tukang kebun India kat sekolah aku dulu ada dua buah rumah tau, ko ado? Gaji dia selepas berpuluh tahun kerja alahai sikitnya, potong duit rumah yang first (dapat la cover sikit dengan duit sewa), bayar sewa rumah yang dia duduk, makan, sekolah anak, insurance........ tapi dia tak hisap rokok dan tak berbini lebih (sedar diri). Yang pasti dia rajin ambil upah cat rumah, potong rumput..... to make ends meet. Aku pernah pergi rumah dia, ada satu bilik khas untuk sembahyang dan bersih ya amat rumah dia.

Ada orang bagi nasihat kalau untuk rumah sendiri yang kita nak duduk jangan buat pinjaman perumahan lama sangat, bila kita pencen hutang rumah wajib pencen jugak atau dah pencen awal. Rumah tu takde value kepada orang lain, jadi liability pulak kalau kena bayar masa pendapatan dah putus atau duit pencen tinggal separuh. Kalau rumah yang kita buat investment okay je......... tapi bayar cepat lagi bagus. I'm just sharing the info, aku pun sangat tak bagus fasal financial management sendiri. Dah defisit dah ni hahah...

When we bought our first house yang aku ingat nak senang dapat loan aje sebab gaji kecik masa tu. Ada la kawan kat UMBC -then Sime Bank then RHB- so dapat 80% loan. Aku dah cerita dah kot. Menggagau cari duit. Tu yang sentimental sangat rumah ni. 20% from 65k that's a lot man masa tu (dan kini juga). Tak termasuk lagi duit lawyer, valuation report, masukkan api air lagi tu. Lawyer bank tu pulak bila bank bertukar nama ke Sime Bank dia charge kita orang apa ntah, alasannya sebab bank bertukar nama. Boleh ke camtu? Masa tu aku budak kecik lagi..... 22 tahun aku terpaksa terima tapi sampai sekarang aku masih tak percaya. Bukan aku yang suruh dia tukar nama kenapa aku pulak yang kena bayar? Si penjual tu pulak bila proses jual-beli lama sangat dia hire lawyer lain untuk apa ekk?........ chase lawyer aku/aku/bank aku kot yang pada akhirnya kami kena bayar lagi 800 pulak. Hmmmm.... sejarah pahit tapi satu pengalaman yang baik. Confirm takde salah kat side kami dua orang.

Proses keseluruhan jual-beli rumah kat Malaysia ni agak (atau sangat?) lambat tak kiralah beli lelong ke sub-sale kena mau setahun jugak baru settle keseluruhan proses. Paling cepat ENAM bulan. Kekadang lawyer sini kata docs A tak perlu tapi lawyer di sebelah sana kata perlu in order to proceed to next step. Mangsanya? Sila jawab sendiri. Tak tahulah tang mana yang jadi lambatnya, lawyer punya part ke bank ke pejabat tanah ke.......... but i think nowadays ada improvement di Pejabat Tanah ndak-ndak dah nak pilihanraya nih. Cuba belek The Sun 5 April "Land offices told to clear backlog by end June". Apakah yang tersirat?

Ada satu kes tu "Deed of Assignment " aku hilang. Aku mana reti hal-hal legal nih cuma bila aku follow-up sebab lama tak dapat surat-menyurat dari lawyer baru tahu duduk perkara. Oh ya, kita client tak boleh berurusan dengan lawyer bank ye adik abang........... itu urusan lawyer to lawyer walaupun poket ko yang kontang bayar lawyer. Disebabkan aku dan lawyer bank aku seperti berada kat dead end tak boleh proceed so this sweet lady in the legal office bagilah aku contact number person-in-charge bank yang buat auction tu (siap dibagi tau jangan disclose dia yang pecah lobang). Si bank's officer tu kata dulu orang lain in-charge, dia tak tahu kat mana document yang dah aku sign tu. I gave her time untuk uruskan hal-hal tu but after a reasonable time frame yang aku dah bagi dia masih bagi alasan 'dulu orang lain in-charge' berasaplah telinga aku ni. Oh yes, aku hot temper tapi aku masih berbudi bahasa cuma suara aku menggigil je heheheh.........menggigil menahan amarah. Lebih baik aku letak telefon. Dah staf tu macam takde effort nak selesaikan kes aku yang dah setahun aku pun tulislah email ke bank tu. I wrote twice actually. The 1st one hantar thru website depa....... senyap je. Aku pun takde copy nak refer bcoz takde button print lepas submit. 2nd one i used my personal address. Ishhhh........ takdenya aku nak terpekik-terlolong dengan huruf besar ....... takdenya aku maki hamun......... kita orang Melayu dik, berbanggalah. Hah gitu.

Aku cuma tanya kat orang di sana tu, "ada dokumen yang hilangkah? Nak suruh saya cari sendiri di pejabat anda?". Wahhh......... 4hb email 6hb dah balas, superb! Hah ko, apa yang susahnya? alasan je lebih. Kat surat balasan tu jugak depa bagi tau lawyer aku tak hantar lagi accountt statement untuk maintenance and assessment fee from developer walaupun dah 3 kali request. Lawyer aku pun sama hampeh.

So, nak beli rumah tak? Boli jang....... beli rumah salah satu cara untuk mengeluarkan kita dari kemiskinan. Biar susah dulu, biar pening kepala dulu dapat surat tuntutan cukai dari majlis perbandaran, biar tergagau-gagau dulu cari duit bayar hutang rumah asalkan ada tempat berlindung. Kecik pun tak apa, itu rumah kita. Bila suami mati takdelah anak bini berpindah ke bawah jambatan. Takdelah merempat menumpang di pusat maksiat. Faham?? Rumah tu solid nama kita bila dah habis bayar. 

Zaman dah berubah. Sekarang ni orang miskin pun kena GST. Jangan harapkan pada anak untuk menanggung kita nanti sebab kos hidup makin tinggi... start up salary tak naik banyak... hantaran kahwin pun belas-belas ribu (susah pulak hati bila ramai anak lelaki nih), lagipun............ hang bagi duit belanja kat mak ayah tak sekarang ni?? Kalau tak, jangan berangan yang bukan-bukan. Buka pintu rezeki dulu, minta mereka doakan kita. Bersedekah semasa susah lebih dipandang mulia oleh Allah.

Tips sedekah yang mudah:
1) Senyum dan bina silaturrahim
2) Buang halangan di tengah jalan
3) Kalau nampak melintas longkang sebagai jalan short cut, letak papan sebagai jambatan kecil.
4) Bila isi minyak kereta tu jangan terus pam semua, pandang sekeliling. Manalah tahu kita boleh isikan minyak motor sesiapa. 
5) Bayarkan sesiap makanan di restoran. Macam pre paid telefon tu. Kalau ada yang memerlukan dia boleh terus makan. Ada sesetangh restoran memang ada program begini.
6) Isi duit lebih dalam mesin air RO tu.
7) Sesekali ajak anak kawan-kawan kita makan tengahari ke minum petang ke. Bukannya susah, uli je setengah kilo tepung berpuluh donut comel boleh dapat.
8) Bila pihak sekolah minta derma kertas A4 satu rim, bagi dua rim. JANGAN kerek sangat nak report ke PPD lah, Kementerian Pendidikan lah. Beli rokok tiga belas ringgit sekotak boleh pulak.

Banyak lagi sebenarnya. Kita sama-sama observe dan belajar.


Nota:
Dengarnya hampir pasti lapangan terbang Sg Besi akan berpindah ke Labu, NS. Hah, apo lagi.... pergilah ushar tempat tu. Banyak rumah kosong di Gadong tu.