Monday 16 September 2019

Kunci banyak rumah

Kunci banyak rumah | Ini pos acik acah kayo, kah!

Aku ada satu rumah sewa yang didiami warga asing. Memula dulu tenant Melayu, lewat bayar tipu tarikh bayar... sudahnya cabut lari tak bayar. Dia tak fikir lansung kesusahan aku yang kena bayar HUTANG kepada bank setiap bulan tanpa lewat. Dia tak berterima kasih lansung atas ihsan aku yang beri dia bertangguh malah bulan puasa pun dia berniat menipu.

DIA yang masih ku ingat namanya lupa yang aku masih simpan that short simple rental agreement yang ada detail dia. Dahlah aku masih muda berdarah panas acah samseng 😃😃, mujur dia tak kena kunci dalam rumah. Kalau pakcik aku yang polis tu tak nasihatkan keraslah kau dalam rumah tu. Geram!

Lepas tu dapat penyewa Melayu lagi, abang ipar dia menyewa di unit sebelah. Yang ni pun bermasalah membayar.

Kemudian pekerja kontrak Indonesia dan Bangladesh. Bila mereka keluar masuk pula Bangladesh lain. Alhamdulillah mereka baik dan nampak menjaga agama. Pernah abang-La yang first tu dan jiran kat situ pi serbu orang berkhalwat di blok yang sama 😁. 

Penyewa warga asing ni bayar cash sebab bank agak jauh dan mereka tiada motor waktu tu maka aku pun sebulan sekali kena gi kutip. Macam dalam filem P. Ramlee pulak heheheh... dan mereka ni pula kalau janji bayar 10hb jangan kau datang 7hb, tak nak dia bayar. 

Ada sekali tu (dengan abang-La pertama) aku datang di hari yang dijanjikan atau sehari awal dan dia kata, "saya takda kunci rumah kaka... itu kawan bawa".

Aku dahlah datang dari Seremban ni dengan menghabiskan masa dan minyak....

NAH...!!


(takde alasan dia tak bayar hari tersebut)

"Wah kaka ada banyak rumah"

Aku pun senyum acah hartawan jutawan hahahhaha.....

Sebenarnya kebanyakan kunci tu kunci rumah sewa di Shah Alam. Dulu aku sewakan pada student yang duduk enam orang serumah. Bila mereka habis belajar diganti dengan enam orang student lagi jadi banyaklah kunci yang dipulangkan (termasuk kunci apa entah mereka tinggalkan)😃

See..... if you want to be seen as wealthy people tak payah drive Lambogini pun hahahahah...


***
Diam tak diam dah 19 tahun jadi landlord so adik-adik, start early. Masuk bidang apa pun cabaran tetap ada kerana perjalanan kehidupan kita ni bukan mendatar je. Jika mendatar tu yang asyik komplen hidup membosankan je.