Wednesday, 31 May 2017

Menu Berbuka Puasa | Resipi Nasi Arab Mudah

<h1>Empat hari berpuasa ni aku lemau je. Bukannya lapar sampai melepek seperti waktu 'mabuk' dulu tapi takde mood nak buat apa-apa. Nak duduk lelama depan laptop pun takde idea. Tambahan pula semua bebudak ni pakat tidur belaka selepas Subuh. Dah dipasak kat telinga suruh buat latihan buku kerja pun buat dek aje. Tak kuasalah mak nak marah pepagi Ramadhan ni.

Semalam scroll facebook beberapa kali sehingga tu ternampak ada kawan update blog dia dengan resipi nasi arab jadi kita pun apa lagi terus bersemangat nak try sebab macam senang jer. Kesemua bahan sedia ada dalam fridge. Yang tiada tu aku abaikan je.. lenkali boleh cuba dengan bahan lengkap. 

Resipi asalnya daripada Desilastati tapi aku ubahsuai dan tambah beberapa bahan walaupun ini first try. Ayam tu aku tambah chilli flakes sebelum dibakar untuk menambah kepedasan. Makan ayam kalau tak pedas haiyaooo... kureng! Cuma berdasarkan firts try ni elok rasanya ayam direbus lebih awal supaya dapat diperap lama sedikit dengan sos.

Ini resipi Nasi Arab Mudah untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak makan. Portion makanan kami untuk orang Melayu bukan pak Arab ye hehe.. Cawan tu yang dapat free masa beli rice cooker. Bahan-bahannya nampak je banyak tetapi semua tu ada di dapur, baki projek sebelum ini. Rasanya rumah famili memang ada semua bahan asas tu.

Sumber di sini.


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (tak habis guna pun. Ayam aku dah siap dipotong kecil... anak ramai oih)
3 cawan beras Basmathi
2 biji tomato - buang biji, potong dadu
Daun ketumbar
Cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis - sedikit
Minyak sapi (takde, aku guna butter)
Oregano (ini saja ada. Sepatutnya ada rempah kabsah)
Gajus
Kismis
Saffron (takde so aku gantikan dengan kunyit)
Yogurt (kalau suka)
Sos cili
Sos tiram
Madu
Garam
Gula
Air secukupnya


Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hngga naik bau. Masukkan cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, tomato, daun ketumbar, oregano.
3. Masukkan ayam, gaulkannya dan biarkan sebentar. Masukkan air hingga tenggelam. Masakkan ayam hingga empuk. Tambahkan garam.
4. Setelah ayam masak keluarkan dan toskan airnya. 
5. Bahan-bahan yang tinggal tu kita tapis dan kisar untuk dimasukkan dalam beras yang kita tanak.
6. Lumurkan ayam dengan sos cili, sos tiram, madu, yogurt, chilli flakes, garam. Perap setengah jam dan bakar dalam oven dalam 20 minit supaya garing sikit bahagian luarnya. Kalau suka jenis lembap, sapukan dengan nombor 6 di atasnya sebelum dibakar.

Cara memasak nasi:
Beras Basmathi memerlukan air yang lebih. Jadi setiap satu cawan beras kena masukkan 1 1/2 - 2 cawan air. Gunakan air rebusan ayam tadi dan tambah nombor 6, kunyit. Masukkan sedikit gajus dan kismis. Ai terus masak dalam rice cooker.

Bahan untuk salad:
Timun (aku guna timun Jepun) - dipotong dadu
Bawang besar - dan dipotong dadu
Lobak Merah - dipotong dadu
1 sdk cuka
Garam Dan Gula

Gaulkan je kesemuanya.


Bahan untuk sos:Daun ketumbar/pudina
2 biji tomato
5 biji cili hijau
Sebiji lemon - perah airnya
Garam, gula
Sedikit air

Blend je kesemuanya.

Dah siap... Senangkan?




Monday, 1 May 2017

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita...

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita... | Adik aku sekarang sibuk mencari rumah untuk dibeli. Kawasan pilihan ialah di Rawang kerana berdekatan tempat kerja.

Aku happy kerana dia 'menuju ke jalan yang benar' walaupun ada sedikit terkilan kerana lambat bertindak. Aku dah bercerita fasal rumah ni sejak membeli rumah pertama. Mungkin masa tu dia remaja lagi... tapi 10 tahun lalu dia dah bekerja, sepatutnya dah mula menyimpan. Dalam dunia fantasi dengan girlfriend kot?

Dia banyak minta pendapat dan tips dari aku jadi aku pun nasihatkanlah setakat termampu. Kita pun bukan pandai sangat. Dah suruh dia semak rekod CCRIS di Bank Negara, semua cantik. Dah suruh survey loan eligibility, dah buat, boleh pinjam lebih RM100,000 tapi aku cadangkan rumah pertama ni beli je rumah berharga dibawah RM100k supaya dia dapat menyelesaikan housing loan by age 55. Bila tamat bekerja pinjaman perumahan di mana rumah tersebut menjadi liabiliti (kita tinggal di situ) wajib tamat juga. Keluarga kecil tinggallah di rumah sederhana sahaja buat permulaan, yang penting selamat di situ.

Aku minta dia cari rumah landed subsale. Banyak. Gigih dia mencari tuan tanah sejak bulan lalu di pejabat tanah. Aku pun ada jugalah bertanya dengan kawan-kawan yang menjadi ejen hartanah tetapi mereka tak jual rumah yang berharga dibawah 100k.

Kalau ada yang tak tahu lagi, kawasan Rawang digosipkan akan menjadi bandar lapangan terbang seperti Subang suatu waktu dahulu. Property boom dulu tu... ramai property investor membeli hartanah di sana. Malangnya new airport were built at Sepang maka punahlah harapan. Banyak sangat rumah yang tidak dihuni, banyak juga yang dilelong. Flat lelong boleh dapat dibawah 10 ribu RM je. Kalaulah dekat kan...

Ada kawan dia nak jual rumah setingkat hanya RM80k bulan Ogos nanti sebab menanti rumah baru mereka siap. Aku pun suruh adik pujuk kawan dia tu jual sekarang dengan alasan proses jual beli pun akan mengambil masa paling cepat enam bulan. Sementara tu duduklah dulu tapi tuan rumah tak bersetuju sebab dia kata rumah baru dia tu lambat lagi nak siap. Sebenarnya aku bimbang dia berubah hati. Rumah lain semua dah capai rm200k... kot kotlah bila tiba bulan Ogos nanti dia nak jual harga lain pulak kan. Okay, pangkah yang ini. 

Kebanyakan rumah setingkat dijual dengan harga pasaran iaitu +-RM200k . Ada satu rumah corner lot ni memula adik aku tak cari tuannya kerana beranggapan kalau dah rumah tengah pun 200k rumah tepi apatah lagi. Cuma dua minggu lalu dia try luck lah. Owh.. owner beralamat di Seremban.

Last Friday aku pun ajaklah dia ke alamat Seremban tu dalam hujan lebat. Orang lain yang nak beli aku pula yang over exited heheh... kita happy dapat menyumbang idea dan tenaga untuk dia gituh.

Selepas intro serba sedikit, mak si owner ni cakap rumah tu telah dijual kepada seorang Cina dengan harga..... 😢😢😢 SERATUS RIBU SAHAJA! Kau rase?? Frust menonggeng huhuuu... Baru sebulan lalu mereka sign SnP. Frust frust frust sangat. Adik aku kata kawasan rumah tu agak luas dan depan lapang tak menghadap rumah orang. Aku beritahu owner if dia tak boleh proceed dengan proses jual beli tu kindly call me back. Tak putus harapan gitu.

Itulah kan, jangan assume. Pre-assumption and pre-judgement sangat tak bagus. 

Takpelah dik, cari lagi. Hopefully dapatlah beli sebelum kahwin nanti. Best oi lepas kahwin terus duduk rumah sendiri.




Sunday, 9 April 2017

Tips hartanah 13 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong

Tips hartanah 13 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong | Aku nak cerita pengalaman di lelongan hartanah bulan Oktober lepas. Bercerita bab property memang aku minat tak kira masa walaupun poket kosong. Kalau diajak bersembang tentang emas yang tergantung di leher sebesar rantai kapal tu aku adalah orang yang membosankan. Cerita pinggan mangkuk pun aku tak minat. Nak letak kat mana entah, takde space dah kat rumah aku ni. Rumah kita kecik je uols.

Aku excited ke property auction sebab dah laaamaaa sangat tak join. The last one was in 2008, dah jual balik pun rumah tu. Masa aku ke Kuching aku wakilkan my husband to bid untuk satu tanah kosong atas bukit tapi tak berjaya, bulan September aku dah siapkan bank draf untuk membida satu apartment tetapi sibuk pula bermalam di hospital sebab anak bongsu aku kena buat minor surgery. Kelam kabut sangat masa tu.

So in October aku sangat teruja ke property auction yang diadakan di Seremban. Hanya tujuh buah hartanah dilelong yang hampir kesemuanya flat dan apartment. Flat yang aku minat tu adalah yang pertama dilelong. Ya Allah punyalah ramai bidder... dekat 20 orang kot. Rumah tu cantik lagi dan my boboiboy takdelah kata berhantu macam rumah yang satu tu.

Oleh sebab ia hot property maka si auctioneer start lelongan dengan harga RM45,000 walaupun reserve price RM38k. Perghhh... panas ok! Tak sompek den nak naikkan nombor sendiri. Akhirnya terjual pada harga 35 ribu lebih tinggi !

Apa sebenarnya yang nak aku sampaikan?

Lately banyak seminar atau kempen yang menggalakkan orang membeli rumah diawal usia pekerjaan. Target si penganjur mahukan orang muda memilki kediaman sebelum membina liabiliti dengan hutang kereta kerana harga rumah hampir mustahil akan turun. Lagi lama ditunggu lagi mampu tengok je nanti. Tak tahulah pula aku kalau mereka ada matlamat lain. Toksah ikut sangat cakap profesor tu lah eh, ala.. profesor yang kata lagi dua tahun harga rumah akan turun. Jangan mimpi! Melainkan kawasan tu bermasalah. Situasi di Malaysia agak berlainan. Developer pun sebelum decide untuk menurunkan harga rumah dia akan buat promosi seperti bagi perabot percumalah, legal fees dibayarlah.. dan yang sewaktu dengannya. Takdo pasallah nak rugi wehh.

Tapi... aku rasa apa yang professor tu maksudkan ialah nilai hartanah bukannya harga hartanah. Ada beza tu. Nilai sebenar dibuat berdasarkan beberapa fakta dan calculation manakala harga rumah baru ditetapkan oleh pemaju. Aku agak pemaju meletakkan harga rumah dengan projected value 10 tahun ke hadapan. Harga rumah second hand pula ditetapkan oleh penjual. Letaklah harga sesedap rasa (eh! haha..). Lagi hot tempat tu lagi senang dijual, mahal pun orang beli.

Satu lagi masalah di Malaysia ni, kita membeli rumah tak kira harga. Asal dibuka saja taman perumahan baru mesti habis. Kiasu sangat. Di barat mereka mempraktikkan apa yang professor tu cakap. Maknanya di sini, tidak semua teori terpakai untuk semua negara dalam semua keadaan.

Berbalik kepada kisah seminar hartanah, seminar tu bagus tetapi baca juga buku-buku dan berkawan dengan pelabur hartanah online atau offline. Dapatkan ilmu. Jangan bersembang dengan orang yang tak suka beli rumah, takkan ada perbincangan positif. Nanti dia 'tarik' sampai terbeli rim kereta atau masuk skim cepat kaya. Even orang yang mengajar tentang financial pun akan sedikit bias jika dia mempunyai pengalaman pahit membeli hartanah atau tidak berminat dalam hartanah.

Dalam lelongan tersebut aku dapat rasakan ada pemain-pemain baru yang belum ada pengalaman. Bukan nak kata aku pandai tapi aku terdengar perbualan mereka semasa breakfast. Macam pakai hearing aid pulak aku ni huhuu..

Selepas harga naik kepada RM50k hanya beberapa orang sahaja yang meneruskan bidding. Aku senyap terus hahah.. tak dapek nak menyampuk lansung. Aku tak berani, bimbang loan tak lepas atau kena top-up banyak sangat. Aku cuma layak 70% loan sahaja.

Selepas flat 3 bilik di kawasan yang bagus tersebut berjaya dijual, aku tanya bidder sebelah, berapa value flat tu? Dia kata 50k saja. Aku agak boleh sampai 60k. Aku tengok ramai orang jual dalam range 60-68k.

Apa masalahnya dengan harga tu?

Okay, orang yang dah biasa dengan pembelian rumah bolehlah betulkan mana-mana yang kurang tepat dalam penjelasan aku ni. Begini..

Harga jualan katalah (A) : 75,000
Value sebenar (B) : 60,000
Perbezaan A-B : 15,000

Bank X akan bagi pembiayaan perumahan 90% daripada RM60,000 = RM54,000.
Deposit asal 10% semasa lelongan (C) = RM3,800
Tambahan deposit harga terakhir (D) : RM3,700
Jadi C + D = RM7,500 (dibayar pada hari lelongan)

Jumlah wang yang kita perlu keluarkan : RM75,000-RM54,000 = RM21,000

Belum termasuk : valuation report, legal fees lebih kurang RM3k dan bil-bil tertunggak yang tidak dibayar oleh pihak bank. Bukan semua fees and bills assignee bank bayarkan ya.

Okay, anggap sajalah kita kena siapkan RM25,000. Banyak juga tu. Rumah tu sink dan shower dah lesap, wiring tak pasti, taik burung penuh di balkoni- itu setakat yang aku nampak. Kena keluarkan modal 1-2 ribu hengget lagi, at least.

Nampak dah apa yang nak aku sampaikan? Sini Seghomban encik bukannya Kolumpo yang harga flat low cost pun boleh naik sampai 180 ribu ringgit. Seremban tak sama dengan Kuala Lumpur. Aku rasa something is not right dengan property value di Seremban ni... rumah-rumah yang baru naik harga boleh tahan mahal (bagai cubaan untuk bersaing harga properties di KL/Selangor) tetapi harga rumah second hand nilainya tak setinggi mana walaupun harga jualan balik setaraf dengan hartanah baru. Yang turun nilai pun ada. Sungguh.

Contoh:

1) Kawan aku beli kedai pejabat lima tahun lepas. Bila nak refinance valuer kata nilainya sama. Aptb.

2) Ada seorang lagi nak menjual sebuah rumah dua tingkat yang dibeli tiga tahun lepas tapi nilainya turun RM5 ribu. So how?

3) Sebuah flat lama nilainya cuma naik RM10k selepas lebih daripada 15 tahun walaupun telah dipasang tiles, dapur dipindahkan dan ada kitchen cabinet. Si valuer sambil gelak gelak kata, kalau renovate pun sampai ke mana? (walaupun landed properties di kawasan yang sama harganya naik mencanak). Alahai... flat kat KL/Selangor nun jual togel pun boleh untung.

4) Dulu ada seorang lagi kawan nak menjual banglo dia lengkap berperabot di sebuah perumahan agak mewah. Harga beli RM400k dan dia nak jual RM1.2 mil. Aku kata boleh dijual 700 ribu rm jer... dia tak percaya. Aku rasa tak logik harga yang dia nak tu tapi dia beralasan ada sebuah banglo yang dah terjual dengan harga RM1.2 mil, orang seberang tambak pembelinya.

Aku tahu serba sedikit tentang property investment tetapi aku tak beli rumah memahal sebab diluar kemampuan. Mungkin atas sebab itu nasihat aku ni tak berapa laku. Sekolah pun tak tinggi. Seriously aku tak pernah dengar orang menjual rumah dengan harga jutaan di kawasan tersebut (that was about 8 years ago). Last aku dengar the transaction done at RM700k ++. See? Pandai tak aku predict? Ehem.

Orang yang membeli dengan harga jutaan tu mungkin kerana:
a) tidak memeriksa harga pasaran dan nilai sebenar
b) dengan hanya sekitar SGD450 ribu dia dah dapat banglo ooiii... berbaloi sangat! Untung banyak dah tu.

5) Di lokasi yang sama seorang lagi kawan telah menjual rumah banglonya dengan profit RM20k sahaja. Aku rajin mengusik, orang jual flat pun dapek 70k.. Diamlah!, katanya... hahahahah..



Walaupun mu tak minat duduk di kawasan berkepadatan tinggi seperti gambar di atas, ramai lagi yang berminat kerana berada di tengah bandar. So? Kalau nak invest sesuai sangatlah ni.

Sebelum membida hartanah di Seremban dan yang sewaktu dengannya silalah semak dahulu harga pasaran dan harga yang diletakkan valuer. My concern is golongan yang biasa biasa. Golongan yang bergaji 3 4 5 6 7 8 ribu sebulan dan yang wang simpanannya berkepuk botingkek-tingkek tak menjadi kudis pun, mereka mampu membayar. They have the purchasing power. Tetapkan harga tertinggi yang kita mampu bayar, tak perlu kecewa dengan kegagalan memiliki kali ini. Jangan kecewa sangat, masanya akan sampai jua. Lagi satu pesan aku, jangan terpedaya dengan cakap-cakap manis auctioneer atau 'ulat' yang nak melariskan barang. Auctioneer kerjanya memang menjual barang. Diorang kalau mengayat pembida ... perghhh...

Maknanya disini, setkan harga siling yang kita mampu and if the bidding price naik terlalu tinggi lupakan saja. Macam contoh tadi tu, lebih baik beli sub sales sebab kebanyakan orang jual dalam range 60-69k sahaja.

Aku hanya berkongsi pengalaman yang sedikit dan tolong JANGAN TAKUT membeli rumah kerana memiliki rumah adalah salah satu cara untuk kita keluar daripada kemiskinan. Biarlah kecil pun asalkan rumah sendiri. Ia akan inspire anak kita untuk memiliki rumah yang lebih selesa. Biarlah kita menjadi pencetus untuk mereka mempunyai impian yang lebih besar. Orang Cina yang datang dari tanah besar dulu jadi pelombong aje sebelum memiliki lombong. Datang pun naik kapal wap sampai hitam muka hangit ketiak tapi balik dengan kapal sendiri, seperti Tan Sri Lim Goh Tong.

Takkanlah kita yang makan minum kencing berak bersekolah bagai di bumi bertuah ni tak ada lansung harta sebagai tempat berteduh anak isteri? Usahakanlah walaupun sekadar rumah kecil. Kami pompuan ni bersyukur sangat tau kalau suami tinggalkan rumah, takdelah bimbang merempat bawah jambatan bila laki mati nanti.

Untuk kisah dan Tips Hartanah yang lain sila gunakan butang search ya. Terima kasih.


***********************Ini cerita lain **************************

**Ada sebuah flat lama di Seremban yang aku berkenan. Aku rasa harganya berpatutan dengan saiz, renovation, fixtures and fittings yang datang bersama. Malangnya bank's valuer 1 cuma menilainya setakat RM35k manakala valuer 2 menilainya dengan maksima RM45k, itupun untuk renovated lower level.

Alasan valuer:
1) Ianya rumah pangsa. Walaupun telah diubahsuai, ianya takkan membesar sebagai johan.
2) Tiada lif

Puas aku cakap kat bank officer tu cannot be.. it's renovated, kitchen pun dah dipindahkan, kitchen cabinet pun ada bla bla... properties di situ pun dah naik harga... bla bla.. Taklah aku menyangka nilainya diletakkan terlalu rendah walaupun berusia belasan tahun dan berdekatan highway. Ohmaiii... kalau loan lulus pun kena keluarkan RM30k dari poket sendiri.


**Semalam aku attended property auction pagi petang, tapau dua terus. Aku tak sempat check value sebab lambat dapat info tentang lelongan tu tapi berharap not too low sebab apartment yang under constructions di sebelahnya dijual RM168k per unit, the smallest one at lower level. Kalau loan tak lulus mau meraung den. (Update: memang value both properties rendah pun...sobs sobs...padan muka)


Wednesday, 5 April 2017

Tips Hartanah 12 - Haunted House

Blog post ini telah disiarkan pada bulan Oktober 2015 di www.ruggedmom.com setelah sekian lama bercuti dari mencari rumah. Edited and repost here for reference.

Tips Hartanah 12 - Haunted House | Hahahah... tajuk best ni weh. I can't stop writing about something that I loved, property. And, since I'm a cheapskate I always hunt for a cheap house which may be inhabited by...ghost! hahaha...

Selepas pembentangan bajet hari tu adalah seorang professor ni kata harga rumah akan turun dua tahun lagi. Sebenarnya tahun-tahun sebelum ni pun begitulah ceritanya tapi hang rasa harga rumah pernah turun ka? Eh ada... market value of property di Negeri Sembilan ni tapi harga jualan meletup letup juga. Selain daripada itu rumah yang retak dan di kawasan yang sering dilanda banjir selalunya tak boleh naik tinggi. Pada pendapat aku pandangan dia mungkin betul bagi rumah baru yang kita beli daripada developer tapi selalunya developer tak turunkan harga, mereka cuma bagi free perabot ke.. free tv brand cikai ke... gitulah. Rumah second hand tetap bernilai tinggi. Flat kos rendah pun dan seratus ribu lebih oooiii beli dari tangan orang. Harga buka mulut di lelongan awam pun dah 100 ribu ringgit! fuhhh...

Bulan Oktober 2016 aku membuat site visit beberapa buah rumah yang aku berminat. Tak semestinya dibeli. Minat BMW takkan nak beli jugak kalau tak mampu kan? Gilo apo? Aku pergi dengan my boboiboy yang berusia dua tahun lapan bulan. Dia tu mengekor je ke mana aku pergi sebab aku menjaganya secara ekslusif dari lahir so the bonding tu... kira BFF lah. Kesian dia kena turun naik tangga tingkat dua tingkat tiga. 


Inilah flat yang aku cari tu, nauzubillah buruk... tapi ada juga orang yang tinggal di situ. Tiada pilihan lain kot. Tidaklah aku menyangka keadaannya sebegini rupa dengan batang paip yang mereput dan tercabut, dengan 'sayur-sayuran' yang hidup subur. I wonder how it looks like at night hew... boleh buat filem seram. Ada gambar edited version yang dibuat untuk jualan. So unethical.

Ada beberapa keluarga menetap di flat buruk tersebut. Sebab itulah aku selalu berpendapat kita dizalimi dengan segala peningkatan kos hidup yang menyeksa golongan seperti mereka. Ada beraskah di rumah mereka?

Semasa mencari flat di atas aku singgah bertanya arah dengan seseorang yang tengah monitor renovation rumah yang baru dibeli. Sebelah rumah dia berpenghuni dan yang corner di selekoh tinggal rangka.

Inilah rumahnya.

Aku park kereta depan rumah yang tinggal rangka tu. Ai tak kisah, kalau rangka ni dijual timbang kati ai okay je. Macam rangka ayam yang dijual di pasar malam tu, walaupun cuma rangka sedap jugak menggigit tepungnya tu kan? hahah... 

Bertentangan dengan rumah tu ada sepohon kayu besar. Sekali pandang macam seram jugalah tapi aku diamkan aje sebab menarik juga, redup. Aku kan suka kehijauan. Di sebelah pokok tu ada rumah teres 3 pintu. Hanya yang hujung sana berpenghuni, yang lagi dua dah teruk jugak keadaannya.

Anak aku pandang ke rumah lalu berkata, hantu! Aik, siang kot?

Mana ada hantu dik.

Tu hantu (sambil memuncungkan mulut)

Kat mana? (sambil aku memerhatikan mata dia)

Mata dia bergerak dari tengah rumah ke kanan. Dua kali. Aku jadi tak sedap hati lalu mula menggerakkan kereta. 

Semasa nak berlalu tu, bila rumah berada di sebelah kiri, adik cakap... tu tangan dia!

Ah sudah! Pangkah terus rumah tu hahah.... 


Aku terpaksa percaya dengan cakap budak hingusan sebab masa kami berhenti di flat yang nauzubillah buruk tu (boleh buat scary movie dowh) dia tak cakap apa-apa pun sama ada takut atau hantu. Lawatan ke sebuah rumah kosong selepasnya pun begitu. Hanya rumah yang itu.

Mujur aku bawa si boboiboy, kalau tak mesti aku gigih mencari tuan rumah yang tinggal rangka tu. Jika benar seperti katanya maka aku yakin dua tuan rumah di depan tu pun meninggalkan rumah atas sebab yang sama. 

Kalau anak aku nampak pokok besar tu adakah dia akan berkata, banyaknya hantu mama....! hew hew






Tuesday, 4 April 2017

Tips Hartanah 11 - Pinjaman bank, MRTT dan lain-lain

Ada tambahan dari artikel asal.

Tips Hartanah 11 - Bank loan dan lain-lain | wahhh.... aku lupalah ada satu lagi dalam draft yang tak siap. Very very sorry...........

It's best kalau kita boleh check dengan bank our eligibility terutama kalau nak beli rumah lelong because bank yang auction property hanya bagi 90-120 days to settle the payment. Check dulu iklan lelong tu. Kalau nak agak-agak berapa u kena bayar instalment pun boleh jugak kat loan calculator. Google je yeop.

Interest rate dan jumlah minima pinjaman perumahan yang bank kenakan berbeza-beza. CIMB mensyaratkan RM35,000 jumlah minima pinjaman, Bank Rakyat RM45,000 dan Bank Simpanan Nasional TIADA syarat minima. Ini maklumat setakat hampir dua tahun lalu. Maybank akan bagi loan sekadar 50 peratus daripada purata pendapatan jika pendapatan anda tidak tetap, contohmya daripada komisyen jualan.

Kebanyakan bank juga memberikan pinjaman sehingga 90 peratus sahaja daripada harga rumah untuk rumah pertama dan kedua, dan sehingga 70 peratus untuk rumah ketiga. Kalau salah tolong betulkan ya. Jika harga jualan rumah tersebut RM100 ribu tetapi nilai pasaran (Market Value) hanya RM80 ribu, pihak bank akan meluluskan pinjaman kepada yang layak hanya 90 peratus daripada RM80,000. So kena bayarlah baki tu? - hang tanya. Ofkos dik. Juallah Duck scarfs hang tu.

Bank loan datang sekali dengan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT/MRTA). Kita boleh bayar cash yang ini (lebih baik) atau masukkan sekali dalam loan - yang dah tentu kena interest. Dulu-dulu rumah yang berharga lebih daripada 100k ringgit tak diwajibkan ambil MRTT/MRTA ni but now semua dah wajib maybe sebab harga rumah pun makin tinggi dan mungkin juga ada masalah lain. Ada jugak aku dengar bank accept our family takaful as mrtt, mestilah terms and conditions apply. Lagi lambat beli rumah lagi banyak kita kena bayar nanti. Seperti juga pelan takaful/insurans lain umur, jenis pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya akan menentukan kadar bayaran. MRTT/MRTA memelihara hak bank dan pembeli. Jika berlaku kematian keatas orang yang berhutang, maka waris tidak lagi perlu membayar kerana pihak takaful akan menjelaskan hutang rumah tersebut TETAPI jika pinjaman tersebut menggunakan dua nama, peminjam yang masih hidup perlu menjelaskan bahagiannya. Kuranglah bayaran bulanan tu. SnP tu masukkanlah nama isteri sekali, housing loan tu abang seorang sajalah yang pinjam ye? Gitu. Masa depan yang baik untuk anak isteri mestilah dirancang. Menjadi atau tidak itu semua urusan tuhan.

Satu statement yang WIN di badan sebuah van. Van lama seorang peniaga berjaya.

Loan tenure.......... yang aku perhatikan kalau non-bumi loan depa selalunya 15-20 years sahaja unless depa memang golongan yang tak mampu. Weiiii.......... tak mampu tak mampu pun tukang kebun India kat sekolah aku dulu ada dua buah rumah tau, ko ado? Gaji dia selepas berpuluh tahun kerja alahai sikitnya, potong duit rumah yang first (dapat la cover sikit dengan duit sewa), bayar sewa rumah yang dia duduk, makan, sekolah anak, insurance........ tapi dia tak hisap rokok dan tak berbini lebih (sedar diri). Yang pasti dia rajin ambil upah cat rumah, potong rumput..... to make ends meet. Aku pernah pergi rumah dia, ada satu bilik khas untuk sembahyang dan bersih ya amat rumah dia.

Ada orang bagi nasihat kalau untuk rumah sendiri yang kita nak duduk jangan buat pinjaman perumahan lama sangat, bila kita pencen hutang rumah wajib pencen jugak atau dah pencen awal. Rumah tu takde value kepada orang lain, jadi liability pulak kalau kena bayar masa pendapatan dah putus atau duit pencen tinggal separuh. Kalau rumah yang kita buat investment okay je......... tapi bayar cepat lagi bagus. I'm just sharing the info, aku pun sangat tak bagus fasal financial management sendiri. Dah defisit dah ni hahah...

When we bought our first house yang aku ingat nak senang dapat loan aje sebab gaji kecik masa tu. Ada la kawan kat UMBC -then Sime Bank then RHB- so dapat 80% loan. Aku dah cerita dah kot. Menggagau cari duit. Tu yang sentimental sangat rumah ni. 20% from 65k that's a lot man masa tu (dan kini juga). Tak termasuk lagi duit lawyer, valuation report, masukkan api air lagi tu. Lawyer bank tu pulak bila bank bertukar nama ke Sime Bank dia charge kita orang apa ntah, alasannya sebab bank bertukar nama. Boleh ke camtu? Masa tu aku budak kecik lagi..... 22 tahun aku terpaksa terima tapi sampai sekarang aku masih tak percaya. Bukan aku yang suruh dia tukar nama kenapa aku pulak yang kena bayar? Si penjual tu pulak bila proses jual-beli lama sangat dia hire lawyer lain untuk apa ekk?........ chase lawyer aku/aku/bank aku kot yang pada akhirnya kami kena bayar lagi 800 pulak. Hmmmm.... sejarah pahit tapi satu pengalaman yang baik. Confirm takde salah kat side kami dua orang.

Proses keseluruhan jual-beli rumah kat Malaysia ni agak (atau sangat?) lambat tak kiralah beli lelong ke sub-sale kena mau setahun jugak baru settle keseluruhan proses. Paling cepat ENAM bulan. Kekadang lawyer sini kata docs A tak perlu tapi lawyer di sebelah sana kata perlu in order to proceed to next step. Mangsanya? Sila jawab sendiri. Tak tahulah tang mana yang jadi lambatnya, lawyer punya part ke bank ke pejabat tanah ke.......... but i think nowadays ada improvement di Pejabat Tanah ndak-ndak dah nak pilihanraya nih. Cuba belek The Sun 5 April "Land offices told to clear backlog by end June". Apakah yang tersirat?

Ada satu kes tu "Deed of Assignment " aku hilang. Aku mana reti hal-hal legal nih cuma bila aku follow-up sebab lama tak dapat surat-menyurat dari lawyer baru tahu duduk perkara. Oh ya, kita client tak boleh berurusan dengan lawyer bank ye adik abang........... itu urusan lawyer to lawyer walaupun poket ko yang kontang bayar lawyer. Disebabkan aku dan lawyer bank aku seperti berada kat dead end tak boleh proceed so this sweet lady in the legal office bagilah aku contact number person-in-charge bank yang buat auction tu (siap dibagi tau jangan disclose dia yang pecah lobang). Si bank's officer tu kata dulu orang lain in-charge, dia tak tahu kat mana document yang dah aku sign tu. I gave her time untuk uruskan hal-hal tu but after a reasonable time frame yang aku dah bagi dia masih bagi alasan 'dulu orang lain in-charge' berasaplah telinga aku ni. Oh yes, aku hot temper tapi aku masih berbudi bahasa cuma suara aku menggigil je heheheh.........menggigil menahan amarah. Lebih baik aku letak telefon. Dah staf tu macam takde effort nak selesaikan kes aku yang dah setahun aku pun tulislah email ke bank tu. I wrote twice actually. The 1st one hantar thru website depa....... senyap je. Aku pun takde copy nak refer bcoz takde button print lepas submit. 2nd one i used my personal address. Ishhhh........ takdenya aku nak terpekik-terlolong dengan huruf besar ....... takdenya aku maki hamun......... kita orang Melayu dik, berbanggalah. Hah gitu.

Aku cuma tanya kat orang di sana tu, "ada dokumen yang hilangkah? Nak suruh saya cari sendiri di pejabat anda?". Wahhh......... 4hb email 6hb dah balas, superb! Hah ko, apa yang susahnya? alasan je lebih. Kat surat balasan tu jugak depa bagi tau lawyer aku tak hantar lagi accountt statement untuk maintenance and assessment fee from developer walaupun dah 3 kali request. Lawyer aku pun sama hampeh.

So, nak beli rumah tak? Boli jang....... beli rumah salah satu cara untuk mengeluarkan kita dari kemiskinan. Biar susah dulu, biar pening kepala dulu dapat surat tuntutan cukai dari majlis perbandaran, biar tergagau-gagau dulu cari duit bayar hutang rumah asalkan ada tempat berlindung. Kecik pun tak apa, itu rumah kita. Bila suami mati takdelah anak bini berpindah ke bawah jambatan. Takdelah merempat menumpang di pusat maksiat. Faham?? Rumah tu solid nama kita bila dah habis bayar. 

Zaman dah berubah. Sekarang ni orang miskin pun kena GST. Jangan harapkan pada anak untuk menanggung kita nanti sebab kos hidup makin tinggi... start up salary tak naik banyak... hantaran kahwin pun belas-belas ribu (susah pulak hati bila ramai anak lelaki nih), lagipun............ hang bagi duit belanja kat mak ayah tak sekarang ni?? Kalau tak, jangan berangan yang bukan-bukan. Buka pintu rezeki dulu, minta mereka doakan kita. Bersedekah semasa susah lebih dipandang mulia oleh Allah.

Tips sedekah yang mudah:
1) Senyum dan bina silaturrahim
2) Buang halangan di tengah jalan
3) Kalau nampak melintas longkang sebagai jalan short cut, letak papan sebagai jambatan kecil.
4) Bila isi minyak kereta tu jangan terus pam semua, pandang sekeliling. Manalah tahu kita boleh isikan minyak motor sesiapa. 
5) Bayarkan sesiap makanan di restoran. Macam pre paid telefon tu. Kalau ada yang memerlukan dia boleh terus makan. Ada sesetangh restoran memang ada program begini.
6) Isi duit lebih dalam mesin air RO tu.
7) Sesekali ajak anak kawan-kawan kita makan tengahari ke minum petang ke. Bukannya susah, uli je setengah kilo tepung berpuluh donut comel boleh dapat.
8) Bila pihak sekolah minta derma kertas A4 satu rim, bagi dua rim. JANGAN kerek sangat nak report ke PPD lah, Kementerian Pendidikan lah. Beli rokok tiga belas ringgit sekotak boleh pulak.

Banyak lagi sebenarnya. Kita sama-sama observe dan belajar.


Nota:
Dengarnya hampir pasti lapangan terbang Sg Besi akan berpindah ke Labu, NS. Hah, apo lagi.... pergilah ushar tempat tu. Banyak rumah kosong di Gadong tu.

Tuesday, 28 March 2017

Tips Hartanah 10 | Jangan Jatuh Cinta Dengan Rumah Pelaburan

Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta Dengan Rumah Pelaburan | If u buy property(s) for investment jaaaaangannnn la jatuh cinta sampai sayang nak jual. Jangan jadi macam aku.

Ada sekali tu aku rasa terbeban nak membayar bank loan. Ye la, sewakan rumah tapi tak untung-defisit. Kawasan tu lambat sangat meletup. Inilah bahananya beli rumah belum naik tiang dan tak melawat kawasan pulak tu. Dalam brochure gambar KLIA bukan main dekat lagi dengan projek tu padahalnya……………

Lepas fikir punya fikir aku pun iklankan ‘untuk dijual’. Kebetulan pulak aku kat NSTP masa tu. Time aku jauh kat Seremban ni rasa dah bosan, jual ajelah. Bila datang dedekat rasa sayang pulak sebab sekolah semua dah siap, sekolah agama rendah pun ada, universiti pun ada, stesen minyak ada, highway ada, masjid kemain makmur lagi… Nak jual pun harga tak tinggi mana.

Akhirnya tak jadi jual walaupun masih tak untung. Bilalah value rumah tu nak naik…..merangkak-rangkak. Sabar yo lah jang. Sabar membayar hutang…hiks. 
(**update: Sewa telah dinaikkan sejak setahun lalu. Aku je yang sewakan murah padahal orang lain dah lama naikkan sewa huhuu... sungguh tak bijak.)

If anyone interested in your property and he is willing to pay at your price tag, let it go! Berlambak lagi rumah kat Malaysia ni.

Setakat ni aku belum pernah menjual harta. Aku jual kereta yang dulu pun sebab dah beberapa kali kena langgar. Rumah yang aku duduk sekarang ni walaupun kecik tapi dibeli dengan susah payah, ada sentimental value oooo. Kalau aku berpindah sekalipun mungkin aku sewakan saja rumah ni mahal sikit daripada market rate. Why? 

Privacy wehhhh….I will not just rent out the house but selling the privacy also. Nak seksi meksi dalam rumah pun orang tak tahu (sebab takde rumah berhadapan) siap pokok buah-buahan lagi, serai, pandan, ciku, durian, nangka, cempedak, limau purut dan lain lain semua ada. Good neighbourhood pun iye jugak.

Saturday, 25 March 2017

Movie Review | J Revolusi

<h1>Filem aksi yang bagus terbitan syarikat Malaysia tak banyak. Sebagai peminat filem bergenre begini aku memang teruja mahu menonton tetapi aku mahukan review yang bagus, yang balance, supaya setiap ringgit yang dikeluarkan berbaloi. Zaman GST ni oih.

Bila ramai yang kata filem ni bagus siap bagi rating 4.5, maka kami berempat beranak pun pergilah menonton di GSC. GSC murah sikit daripada TGV. Jujur sangatlah aku ni pun... mengaku anak bongsu berumur emat tahun, kan dah kena bayar 😅

J Revolusi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2017 terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.

Treler rasmi filem ini telah dimuat naik di akaun YouTube rasmi Grand Brilliance pada 22 Januari 2017. Sebuah aplikasi permainan mudah alih berdasarkan daripada filem ini, telah dilancarkan pada 17 Januari 2017. (wikipedia). Advance team ni siap create games.


Sinopsis J Revolusi
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat kakaknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

Image result for j revolusi

Image result for j revolusi

Image result for j revolusi

Komen aku:
1. Jalan cerita ini memang best. Selepas Polis Evo, inilah filem aksi berbahasa Melayu yang aku suka.

2. Pemilihan pelakon yang sesuai. Ketinggian dan bentuk badan bersesuaian dengan watak. Nampak produksi ini sangat teliti dalam pemilihan pelakon. Lakonan Zul Arifin sebagai pemegang watak utama mengagumkan. Nasib baik ai dah kahwin, kalau tidak... samalah angau macam orang lain hahah.. Fazura gorgeous as always. Lakonannya selalu hebat. Izara Aishah pun bagus juga cuma ada masalah sebutan (mengeluarkan perkataan) sikit. Di sesetengah tempat tak berapa jelas. Farid Kamil memang berbakat besar.

3. Penggunaan aset polis. Syok jugalah melihat senjata canggih. Dulu masa aku selalu aku tengok drama Melayu, pistol yang polis gunakan alahaiii... canggih lagi yang dijual di kedai RM2 hahahh... Tapi tak tahulah kot kot senapang tu pun beli di kedai dua ringgit juga.

4. Aksi bergaduh dusyum dusyumm di tempat tinggi menarik.

5. Bahasa yang digunakan biasa didengar telinga. Takdelah macam filem arahan seorang sutradara tu... macam karangan SPM. Bila masa agaknya kita bercakap dengan orang lain camtu.

6. Mekap yang bersesuaian. Mata Fazura hanya diletakkan maskara dalam scene beramai-ramai (yang dia bergambar di sebelah Jay). Sungguh aku tak faham bila pelakon memakai bulu mata palsu, gincu merah menyala, pakai baju cecantik macam nak pergi shopping mall tapi duduk di rumah. Takde dibuat orang!  


Cuma...
Masa scene memula di bilik operasi tu, arahan yang diberi sebutir sebutir. Perlahannya...tak sabar pula aku hahah.. Takkanlah dalam keadaan cemas UTK response macam tu. Tak pasti pula dia cakap English ke Bahasa Melayu, rasanya English dan it seems that 'staf' tersebut bukan engliash speaker.

Memanglah ada adegan yang nampak tak logik sikit tapi secara keseluruhannya okaylah, ini filem kan..? Selalu kena tipu dengan filem Tamil dan Hindustan kita tak kisah pun.

Kesimpulannya bagi peminat filem aksi, J Revolusi wajib ditonton!

Tuesday, 28 February 2017

Cerita rumah sewa | Muka cantik tapi pengotor!

Cerita rumah sewa | Muka cantik tapi pengotor! | Cerita ini aku copy dari facebook. Rasanya baru dua bulan lepas pernah baca similar stories tapi subjeknya ialah seorang editor majalah yang bergaya. Dia je bergaya tapi biliknya macam tong sampah terbuka 😷😷

Aku sendiri pernah bertanya kepada tenant yang tinggal di rumah Pandan Perdana aku dulu tu.

"Kenapa tak buang sampah kat luar tu?"

"Itu bukan sampah saya kak."

Ya Allah. Sampah tu dah berbau masam, ulat dalam plastik tu dah sebesar ibu jari. Yang bertambah geramnya plastik tu kecil saja. Berkira betul. Rasa nak lempang! Tu belum tengok tandas yang kotor padahal duduk dua laki bini je 😠😠😠. Fobia aku dengan penyewa dari sebuah negeri ni sebab bukan sekali tapi dah berkali-kali dan bertukar ganti. Di kampung mereka berak kat sungai ke sampai tak reti nak bersihkan toilet?

Kan dah terbebel.

Jom baca!


JANGAN PERCAYA PADA YANG KONON HIPSTER, MAKE UP 10INCI, BAJU DAN TATARIAS PERSIS MODEL TAPI PENGOTOR, RUMAH BUSUK, BERSEPAH BAK NERAKA!!! DEMI JANTAN DEPAN RUMAH!!!


Baca kisah ini:

''Anne, rumah banyak lipas lah..geli nak duduk sini..kata gadis hipster heels 5 inci.

Banyak lipas?? Rumah kotor kot. cuba bersihkan dulu lepas tue spray ridsect. Nanti hilang lah tue.

Rumah kitorang bersih lah Anne tapi memang lipas banyak. Datanglah bawa ubat lipas ke apa. kami dah bayar kan..mahal..

Yelah nanti ada masa saya datang-dalam otak ligat cari masa yg sesuai-peluang buat sportcheck= peluang breakfast starbuck lagi ( gurau )

Jam 7 pagi dah tercegat depan pintu, gadis hipster heel 5 inci tengah bersiap nak pergi jogging,tengah solat,belum bangun semua ada. buka-buka pintu MasyaAllah bau. Bau masam + bau perfume + bau penyegar udara= pitam.

Mana lipas?? Terus ke dapur terus rasa nak pengsan- rujuk gambar.

Mee hoon dalam kuali-berulat, minyak tumpah, pinggan mangkuk-berulat, milo tumpah penuh lantai. Bau tak usah nak cakap. Maybe tue definasi bersih bagi korang ya..

Image may contain: food

Tindakan : 
1.bersihkan segera dalam 2 jam
2. nie amaran kali kedua- sewa naik RM40- upah cleanner datang bersihkan setiap minggu.
3. collect RM30 sorang, beli pinggan mangkuk,kuali baru.

Siapa suruh buat masalah kan.. bebel-bebel tak jalan..tambah kedut wajah jelita i olls jewk.. yang jalan kena guna duit jewk..baru lah mereka tahu nak berubah.

Siasat siasat rupanya mereka masak ramai ramai.. lepas tue tapau bagi pakwe rumah depan.. nanti korang, i olls bocorkan rahsia korang.. siap lah.. tak taw ke rumah depan tue pun jajahan GJ.. hahahahhaaha..

Berkenan dengan gadis hipster heel 5 inci? nak buat bini?? nak berkenalan?? meh pm tepi..belanja GJ nancis jewk lah

Keedit to:
Nurulanne Radzali,
Gangster Jelita
Rakan subletter anda

*Share agar gadis-gadis lain juga berubah dan tag housemate anda agar tidak begini!

Monday, 27 February 2017

Tips Hartanah 9 - Apa itu "Time Sharing"

Tips Hartanah 9 - Time sharing | Pernah dapat call tak yang dia suruh kita dengar ceramah 90 minit? Tengok….dia psycho kita dengan minit walhalnya 1 jam 30 minit. Takdanya lama tu, mesti 3 jam punya. Depa janji bagi voucher percutian percuma 2 hari 1malam.

1st- time dulu kena jumpa kat Port Dickson tapi aku lewat sampai jadi tak dengar pun briefing tu but they still gave me the hotel's voucher for free. Hotel tu kat PD juga. Tak utilize.

2nd- malas nak layan. They call my husband actually then my husband suruh call aku. Kan aku home manager….kikikiii

3rd- Hotel The Golden Horses kat Mines. Aku dah tau kisah siap tanya dapat pergi hotel/resort tu time cuti sekolah ke tak? Dapat la melepak kat sister company diorang, Country Heights tu sekejap.

4th- kat Legend Port Dickson. Dapat feel berada dalam water chalet tu. Cantik….voucher tak utilitize, dia bagi lepak kat Legend Cerating ke mana ntah.

5th- kat Seremban. Vouchernya untuk resort ........tak ingat dah. Aku cut short presentation dia sebab dah tahu dan aku nak voucer sebab dia dah janji. Supervisor/manager saja je melambat-lambatkan nak issue voucer tu. Bengang betul.


Developer ni kan dia appoint satu company lain untuk jual their properties. Kebiasaannya kita kena dengar ceramah ‘mengayat power’, dijanjikan percutian ke luar negara secara percuma, percutian dalam negara di resort/hotel terpilih and a few more benefits la katanya.

Caranya kita kena melabur dalam projek depa tu, belas atau puluh ribu juga. Jika anda pergi ke sesi mendengar ceramah tu JANGAN bawa credit card atau sign apa apa borang melainkan acceptance of the voucher, fikir dulu pro and cons. Jika kita join, bilik-bilik yang kita beli tu boleh disewakan kepada orang lain. Contohnya hotel kat The Mines tu time Formula 1 atau musim pelancong datang penuh la poket kita (kalau dapat disewakan).

Kalau u all jenis duit sentiasa berlebih takpelah, no hal at all. Tapi kalau yang baru mencuba-cuba invest dalam property pelaburan jenis ini tidak sesuai. Lagipun the seller tu suruh kita sign aggreement jam tu jugak walhal komitmen (or liabilities) tu lama nak ditanggung. But if the property tu di kawasan hot with high occupancy rate seperti Port Dickson atau di tengah Kuala Lumpur boleh dipertimbangkan. PD ni gawat ke tak gawat ke sentiasa ada pengunjung.

Aku tak berminat dengan program sebegini dan aku tak pasti la awek-awek manis dan pakwe-pakwe hensem yang dok jual program ni join ke tidak. Yang selalu keluar dalam media bos-bos mereka dok kempen (now slow down already), yang aku nak dengar orang biasa yang melabur dan berjaya willingly share their experience and knowledge. Susah kot nak jumpa, orang kekaya ni mana nak share wehhhh…..

Aku rasa Sommerset Rompin pun ada program ni. Masa aku pergi dulu somewhere in 2004 banyak villa kosong kat situ. Tak ramai orang ke sana mungkin sebab jauh dan kurang tarikan pelancongan di sana but if u wanna go to Tioman okaylah lepak kat sana dulu, dah dekat dengan jeti. The resort lebih kepada eco-tourism and golf so Cik Kiah and Cik Jah kurang minat tempat-tempat cenggini. Aku pergi sana pun time pregnant 3 4 bulan so takde la mencuba ATV tuh. Just lepak mandi kat swimming pool dalam suasana yang nyaman. Pernah keluar dalam newspaper resort tersebut mengalami masalah hakisan, tak taulah dah settle ke belum. Tak ke naya if u one of the owner?

Sudah beberapa kali aku terbaca kat sokkabar ada orang nak jual balik program yang depa dah masuk tu huhuhuhu….sedey.

Thursday, 23 February 2017

Tips Hartanah 8 - Bangaimana dengan lot banglo?

Tips Hartanah 8 - Bangaimana dengan lot banglo? | Aku belum mampu lagi nak beli tanah kosong. Kalau ada pun yang 6 kaki tu jelah, kariah taman aku ni akan dihantar ke Jalan Seremban-Kuala Pilah tu. Tanah perkuburan dekat Stadium Paroi dah penuh sesak.

Pendapat aku, kalau kita tiada modal untuk membina rumah di atas tanah yang bakal kita beli tu eloklah kita pilih rumah yang sudah siap. Hartanah yang tidak menjana pendapatan akan menjadi liabiliti dengan pembayaran cukai. Setahu aku juga tanah lot yang dibeli daripada kerajaan mestilah dimajukan dalam jangka watu tertentu. Jika tidak ia boleh dirampas.

Jika pembelian hartanah untuk dijadikan mesin duit dengan modal yang tidak berapa besar, rumah siap adalah pilihan terbaik. Melainkan kita memang dah ada tempat berteduh dan kita inginkan lebih keselesaan dengan rumah yang lebih besar. Kalau ada modal apa salahnya kan?

Normally the bank will only finance around 60%-70% daripada harga tanah. Itupun mesti dah ada plan rumah. If anything goes wrong it would be easier for the bank to sell the house and the land together rather than selling the land only.

Aku takde pengalaman la bab tanah ni so aku tak tahu sangat fasal masalah-masalahnya. Yang aku selalu fikir, betul ke tanah yang ditunjukkan dalam geran oleh si penjual sama dengan actual tanah yang kita pergi site visit dengan dia tu?

Saturday, 18 February 2017

Tips Hartanah 7 - Pilihlah hartanah sebaik mungkin

<h1>Tips Hartanah 7 - Pilihlah hartanah sebaik mungkin | Melabur dalam hartanah melibat kos dan risiko yang besar. Buatlah lawatan, carian sebelum membeli. Diantara perkara lain yang perlu diambil kira ialah:

Tidak mengadap matahari terbenam
Paneh wehh! Kalau boleh pilih janganlah beli yang ini. Sengsara duduk dalam rumah tu nanti, air-cond pun tak boleh nak menolong. Pengecualian kepada golongan yang sangat suka melihat matahari terbenam. Itupun kalau tinggal di kawasan tinggi.

Rumah kawan aku bebetul mengadap matahari jatuh bukan sipi sipi lagi. Bahang dalam rumah tu jangan cakaplah dan sliding door memanjang bertutup dengan curtain tebal. Kesian dia. Aku datang sejam pun tangan tak henti berkipas. Yelah, masa tu takde org bagi nasihat (macam aku buat ni). 

Kerja pilih-memilih doesn’t apply kepada orang-orang membeli rumah melalui proses mengundi dari state government. Terima ajelah apa yang dapat daripada takde lansung. Bila rezeki bertambah, cari rumah lain.


Semak Pemaju Hartanah
Ada pemaju seperti Talam Properties and subsidiaries dulunya focusing on low and medium cost houses and this company ada banyak tanah bekas lombong.

Ada juga pemaju yang berpengalaman membuat rumah belum pernah membuat high rise apartment. Apartment tinggi ni banyak risikonya.

Ingat tak kisah keluarga yang kehilangan 2 anak dalam kejadian tanah runtuh di Rawang? Aku rasa family ni dah cukup berhati-hati dah tapi terkena juga. Mereka membeli tanah daripada well known developer yang develop Taman TAR malangnya projek kat Rawang tu tidak begitu berjaya or TAK BERJAYA LANSUNG!

Mereka kena cari air sendiri and the worst thing is keluarga mereka sahaja duduk kat kawasan ‘mewah’ tu. Mereka komplen dalam tv and tak lama selepas tu terjadilah malapetaka yang tak diundang. Kesian sangat. Famili dapat pampasan – settle luar mahkamah. Kalau dah ajal, tak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat tapi anak-anak mereka tak sepatutnya mati dalam keadaan sebegitu. Hang ada anak? Belum?....Kalau dah beranak nanti tahulah macamana perasaan mereka.  Betapa kesalnya mereka dengan pihak tidak bertanggungjawab.


Moral of the story:
Kejayaan dahulu tidak semestinya mencerminkan kejayaan akan datang.


My experience 1
Aku buat site visit utk 1 flat yang nak kena lelong ni. Jenuh aku cari tempat ni, tanya kat budak 7E dekat situ pun dia tak tahu walhalnya memang dah dekat sangat. Tempatnya cantik, kawasan tinggi sikit.

Nak tau flat tu kat mana? waa....bebetul sebelah tebing batu yang sangat tinggi! Aku rasa it's an original one. Aku fikir ni kalau tebing runtuh... 'jiun'  le jawabnya manusia yang berada dalam flat tu. Tinggi dan sangat dekat, patut la banyak rumah kosong, ada yang nak dijual yang kena lelong pun ada.

Kalau jalan lagi naik ke atas in the same area ada apartment kat atas tebing tinggi. Memang class la duduk kat situ tapi dengan kes Highland Tower yang mana PBT tak boleh dipertanggungjawabkan, pada aku baik lupakan saja.

Kedudukan flat tu aku tak boleh lupakan....kesian orang macam aku. Kalau tak silap aku Taman Permai kat Cheras. Hmmmm....


My Experience 2
Ada satu flat ground floor kat PJ nak dilelong 10k. 10K???? Mau penasaran aku kalau tak pergi tengok. Gigih heret laki mak hahah.... Kawasan flat....biasalah keadaannya, dinding dalam pun tak berplaster nak save cost la tu kat memana yang patut tapi berdekatan stesen komuter, boleh melintas ikut jejantas blok yang satu lagi. Bas pun lalu situ. Punya la convenient tempat tu.

Kat dalam rumah tu ada sorang makcik yang dah berumur, aku nak gather info pun takut takut nak bertanya. Tak sampai hati pun iya juga. Kesian pulak.

Katanya si pembayar (tak tau la anak dia ke laki dia) jadi pemandu teksi dengan income tak tetap, tu yang tertunggak tu. Aku sampai 2 kali bertanya kat orang yang bagi info ni betul ke 10k? Iye kakkkk..... fed up kot. Aku rasa harga tu ikut reserved price dalam Sales and Purchase Agreement tapi macam tak mungkin pulak, low benor le pulok. Mungkin juga bank dah hilangkan file so dia main agak agak je price asal rumah tu....ntah lah. Bila sampai auction date rumah tu tak jadi dilelong but setelah beberapa lama dah naik balik for auction but no more 10k lorrr.....sudah up 60k! Mesti ada orang beli punyalah. Bagus juga aku tak beli (tak berduit time tu sebenarnye, harga sudah naik maaa) sebab aku dok fikir bagaimanalah aku nak suruh makcik tu keluar dari situ...hiks.


My Experience 3
Dekat-dekat rumah aku ni ada satu taman lain yang berdekatan dengan 'kolam renang IWK' dan disebelahnya pulak ada kawasan penempatan penduduk. Yang tak bestnya jarak kolam tu dengan deretan rumah terlalu dekat dan lebih tinggi dari rumah 1 tingkat tu. Rasanya hang boleh tahan macam tu? nak jual tak boleh, nak duduk memendam rasa, nak makan meloya.

Hang pi check dululah memana tempat yang hang nak beli tapi macam aku cakap sebelum ni, kekadang ada perkara-perkara surprise untuk kita. Tak de pun dalam miniature kat sales office developer tu... tau tau muncul je signboard: Cadangan pembinaan kolam takungan bla bla bla....cam harem!!! </h1>

Friday, 17 February 2017

Tips Hartanah 6 - Feng Sui

<h1>Tips Hartanah 6 - Feng Sui | Panjang dah weh aku bercerita, dah faham ke belom? Dah dapat manfaatnya? Kalau perlukan personal shopper bagi tau aku ya, untuk area Negeri Sembilan and part of Klang Valley only. PS untuk property gituh.

U all percaya feng sui tak? As a muslim kita cannot percaya benda-benda sebegini. Bangsa Cina sendiri pun ada yang tak percaya apahal kita pulak nak beriya-iya. Aku pun tak percaya tapi aku mengambil berat jugak certain things yang berkaitan dengan investment in properties.

Orang Cina tak suka no 4 jadi rumah teres yang cantik dan gah itu mungkin tak akan menarik depa untuk membeli bila diletak tag “for sale”. Masa aku bekerja dengan developer dulu, bos aku siap tukar no rumah 14 ke 13A. So aturan no rumah tu 12, 13, 13A, 15,…… Kalau perasan dalam lif pun sama, tetiba takde nombor 14.

Sri Sayang Resort, Batu Feringghi.

Di mana rumah kita menghadap pun penting juga. Kalau apartment/kondo tu unit yang tidak terkena bahang matahari petang lebih cepat laku. If  dekat corner pun mereka tak suka juga. 

Sebelum membeli, hang pi la tengok kawasan tu dulu terutama kalau projek tu dah siap. If under constructions pun boleh tengok dengan site supervisor. Bila kita membeli rumah elok juga fikirkan potensi jualannya. Lot Malay reserved terhad jualannya kepada bumiputera sahaja. Ya memang akan dapat diskaun tetapi aku pilih non-bumi lot. 


My experience
Ada orang iklankan tanah untuk dijual di Seremban ni. Aku ni yang kaki sibuk pi la tengok. Atas bukit wehhh…best. Rumah orang kaya kan selalu kawasan tinggi senang nak tengok rakyat jelata. Sampai je kat atas, tanah tu luas betul and ….. tu dia…… direct mengadap kubur!

Terencat angan-angan aku. Tujuan asal pun aku cuma nak melihat-lihat saja. Sekarang dah naik rumah teres 2 ke 3 tingkat kat situ and tetap mengadap kubur. Cantik design rumah tu. Tak kuase la teman oooiiii... Aku ni penakut dan aku selalu terfikir bila en. Suami kerje malam macam mana? Awak tak kisah?

Tahu tak kes sesetengah penduduk kat Bukit Kiara against rancangan pembesaran kawasan kubur disitu. Depa- orang-orang kaya ni- tak mahu property value depa jatuh dan yang jadi ‘ketua’ penentang pula this one prominent figure. Oooo… yang buruk buruk nak letak kat kawasan orang miskin ye. Mereka juga yang nak kena simpan kat situ nanti, senang anak bini nak jenguk (kalau ada masa and belum jumpa jodoh lain 😉).

Ada juga dalam sesetengah kes, state government awal-awal lagi dah gazette kawasan kubur di sesuatu tempat but the developer tak masukkan dalam plan yang dia jual kat kita. Bila kita dah duduk setahun dua barulah kita tersedar…… Sebelum kubur tu penuh dan lebih ramai orang tau, jualkan je rumah tu. Risiko untuk harga rumah tidak naik seperti yang sepatutnya adalah tinggi.

Pernah lalu kat Taman Connought? Kubur sebelah flat je.</h1>

Tuesday, 14 February 2017

Tips Hartanah 5 - Nak beli daripada siapa?

Tips Hartanah 5 - Nak beli daripada siapa? | Mari kita berkongsi maklumat.


Directly from the owner
Lagi bagus kalau dapat beli terus daripada owner, macam-macam boleh ditanya (dan diayat). Selalunya depa iklankan kat newspaper or online. Ada juga yang meinta bantuan ejen hartanah. Mungkin juga daripada kengkawan yang tahu. Maybe also from the banker in housing loan department.


From an auction
Biasa tak tengok iklan lelongan rumah? Or selalu skip je that ads. Selalunya dalam sokkabar omputeh, sokkabar Melayu dah banyak juga sekarang ni…. selalunya yang tulisan haluih tu. Aku pun dah tak berapa boleh nak baca iklan tu kocik bona tulisan ea.

Selalunya bila ekonomi tak bagus banyaklah rumah yang kena lelong sebab ada bisnes yang merudum, orang kena buang kerja. Tak kira rumah murah ke... yang dekat Country Heights ke... kat Bukit Jelutong ke...kesiannn…aku harap aku tak akan termasuk sekali. Sedih oooo….kita dah bayar banyak kepada along berlesen (bank) tapi akhirnya bank rampas rumah kita. Mana nak duduk? Nak menyewa pun bakal landlord hendak 2 bulan deposit.


Meh aku kongsikan pengalaman mencari rumah. Dalam pencarian yang agak mengambil masa tu pelbagai situasi aku hadapi. Alangkan beli baju sehelai pun berejam inikan pula nak invest beribu-ribu.

Experience 1
Rumah ni takde orang, berkunci dari luar. Macamana aku tau takde orang? Aku kan kaki skodeng…. hahaa... ramah pulak tu.

Bila berpeluang melihat rumah orang lain yang sama pattern dan buat facts finding serba sedikit wa pun pergi bid. Dapat seyyy… takde orang lawan. Aku pun panggil orang bukak....phewwww... Ni nak bagi tau sikit, aku jumpa mamat ni kat kedai hardware di kawasan tersebut dan dia bukak padlock dan pintu dengan kunci yang dia ada, bukan alat pemotong. Gila! Jangan dia buka rumah tu masa tenant aku takde pulak nanti.

Dalam rumah tu? Lebih teruk daripada “Tolong!!....Penyewa Jahanam!”


Experience 2
Shah Alam adalah satu kawasan perumahan yang aku suka sejak aku berada di sini suatu masa dahulu. Sejak itu aku bercita-cita hendak memiliki banglo di situ. Wahhhh….rumah banglo gitu. Selera bukan main tajam, bernafsu raja hahaha.... Okay..okay…..in reality aku fokus kat flat/apartment je, itu je yang mampu. Rumah merpati. Itupun dah bersyukur. Kata orang ukur baju di badan sendiri.

Aku pergilah buat site visit kat 1 flat ni. Ada aci anak-beranak duduk kat sini. Aku tengok muka aci tu pun kesian. Jiran dia kata husband sudah takda, anak bujang maleh kojo asik minum yo.

Masalah mungkin akan timbul kalau beli rumah lelong yang tuan dia masih duduk kat situ. 

Masalahnya mungkin:
1) Kasihan
2) macam mana nak suruh dia keluar kalau dia degil?

Memang pun sebab aku beli juga rumah tu. Aku dahlah duduk Seremban, ENAM kali tau aku berulang-alik ke sana. Dah bagi surat pun tak nak keluar. Bila ugut nak libatkan polis dan beritahu yang dia akan dapat lebihan duit selepas bank tolak hutang barulah dia keluar. Itupun dengan kipas siling, kotak meter dan gril diangkut sekali. Bengong betul anak dia. RM90 x 6= 540, dah boleh bayar valuer.

Korang jugak kena check betul betul lain-lain hal. Nak tau bagaimana? Kono la bagi pengeras wehhh… Lantik aku jadi Personal Shopper lah. Awak duduk kat opis dendiam tau tau dah dapat rumah je. U can e-mail me ya.


From owner yang terdesak
Kalau dapat yang ini best. Orang nak pakai duit cepat beb maybe sebab kena transfer atau further studies kat oversea kita pula datang bagi offer baikkkk punya.

Kat Malaysia ni takdenya proses tukar nama ni selesai dengan cepat, makan bulan dan tahun juga. Apa yang dilaburkan berjuta-juta kat ICT tu ek? Maknanya takda la tuan rumah tu akan dapat duit dalam masa sebulan dua except duit deposit yang ko bagi tu. Paling cepat tiga bulan. Mengharap je dia huhu... but at least kita dah bagi peace of mind kat dia buat sementara waktu.


Daripada ejen hartanah.
Mereka boleh berikan senarai rumah yang belum diiklankan. Berbaik-baiklah dengan mereka. Komisyen akan dikenakan kepada penjual.

Friday, 10 February 2017

Tips Hartanah 4 - Jenis-jenis Hartanah

Tips Hartanah 4 - Type of property | Hang suka landed property ke apartment?


1) Setinggan termasuk kategori landed

Haa…jangan ingat aku perli pulak. Memang ada tokey rumah setinggan and if u wish to buy u can find one. But if u takut kena hambat dengan PBT lebih baik lupakan.

Arwah datuk saudara aku pernah mengajak abah untuk menjadi peneroka bandar way back in 1970’s/80’s but my father wasn’t interested. I guess he’s not a risk taker unlike that atuk. About 5 years ago he told me dia ada tanah di Gombak and showed me tanah sekangkang kera depan rumah dia di Ampang yang bernilai 40k. Syiok tak? Gila tak syok.

Setahu aku lah dalam Islam kalau seseorang tu dah menetap di sesuatu kawasan yang tak bertuan more than 20 years takda sesiapa boleh senang-senang halau depa keluar (please check again but aku yakin betul). Lebih-lebih lagi rakyat sendiri. Kalau rakyat negara lain yang jadi setinggan tu suruhlah dia balik kampung dia. Keutamaan kena bagi kat rakyat sendiri.

Malangnya baru je aku nak pandai drive ke rumah dia di Ampang tu that atuk passed away. Takdo joki nak belajar.

Rumah Mesra Rakyat dan juga PPRT juga hartanah bertanah.


2) Rumah kos rendah

Rumah jenis ni boleh bagi high return tapi mungkin banyak masalah yang akan muncul maybe bcoz penghuni rumah jenis ini kebiasaannya orang yang dipindahkan dari kawasan setinggan/ladang. Kebersihannya, manners nya boleh bikin kepala pusing. Bukan semua….kat mana-mana pun mesti ada segelintir yang tak reti bahasa. But don’t be surprise if u see Volvo, Supra and Honda parking kat sana.

Talk about parking space, selalunya tak mencukupi kat area sebegini so they double park and tak tarik hand brake. Sapa sapa yang nak keluar awal pagi tu cabut la high heels hang and tolak kete belakang.

Untuk melayakkan awak semua beli rumah jenis ni joint income mestilah max RM2,500. Kalau hang layak boleh try beli Kondo Rakyat (menyampah aku nama ni) di Pantai Dalam atau flat yang kat Abdullah Hukum tu. Kawasannya tengah bandar siap dengan public transport lagi. Tapi toksah la beli yang tinggi melangit, the most pun level 4. Dibuatnya lif rosak kena tidur kat hotel le ko. Takpun time air takde main lap dengan tisu je.


3) Rumah Teres

Alangkah bertuah kalau mampu beli rumah sebegini di KL/Shah Alam/Penang/JB. Rumah teres 2 tingkat cecah 850k atau lebih sekarang ni. Mampu? Alhamdulillah…… Alaa... beli je kat Seghomban ni tak sampai 400k pun ada (update 2015: rm200k untuk rumah teres setingkat). PLUS ada LEKAS pun ada. Takpun naik bas Transnasional/Suasana Edaran/A Class atau Komuter ke KL, tidur je tau tau dah sampai tempat yang nak dituju. Kawasan yang menarik untuk tinggal di Seremban ni seperti Lavender Heights, Taman Bandar Senawang, Seri Pajam and Seremban 2.

Rumah teres boleh bagi pulangan modal yang tinggi kalau dijual in certain area. Kek Seghomban ni veryyyy sloowwww nak naik nilainya tapi rumah baharu memang harga meletop-letop. Mengeluh sesiapa yang belum beli rumah lagi tu. Risau mengenangkan anak-anak yang berderet ni, mampukah mereka nanti?

Skim pinjaman perumahan untuk pekerja kerajaan sebelum ini sangat bagus. If you are an officer and your housing loan limit RM500k then boleh amik semua kalau nak. Sekarang ni rasanya pengiraan government loan pun dah ikut bank. Di bank depa akan bagi housing loan only 1/3 from your income excluding overtime pay. And if so happened you don’t have fixed income i.e commission base income, some of the banks only consider half of it. Salah satunya Maybank. Very little huh? Takpe takpe cari rumah lain ikut kemampuan ko. Beli rumah yang kita mampu dulu, rumah idaman tu simpan dalam tengkorak dulu.


4) Apartment n condominium

Rental return dari apartment adalah sama atau lebih baik daripada rumah teres. Sewa rumah teres 2 tingkat di Shah Alam sekitar 800-1500 and medium cost apartment yang bersaiz lebih kecil pun sekitar itu jugak. 

Apartment and condo ni ada maintenance charges jugak, lain bintang lain la jumlah kena bayar, ada lif atau tidak juga membezakan caj, normally not less than rm50 p/m.

Kalau u target expatriate, u should consider to purchase a condo in Bangsar or Mont Kiara. Kat Hyatt Subang tu pun best, sunyi dan sejuk. Kereta hebat-hebat je parking kat situ. Teringin bangat nak ada rumah with address Damansara or Bangsar... ohhh..bilakah? atau tidak akan merasakah?


5) Service apartment

Para pemaju yang cerdik di Malaysia ni membina hartanah kediaman di kawasan komersil. As far as I’m concerned service apartment does not covered in the Akta Perumahan so if ada masalah kena jumpa hakim yang adil kat mahkamah. Kalau yang sewaktu dengan “correct correct correct” tu…….

Aku tak pernah memiliki dan tidak berangan memilikinya buat masa ini.


6) Town house

Kepada yang belum tahu rumah jenis ni berada dalam satu bangunan tapi lelain tuan sebab pintu pun lelain. Aku pernah masuk di Sri Mahligai, Shah Alam, but I don’t like it. Aku jugak pernah tengok di Ampang. Lagilah aku tak suka. 1 pagar untuk 2 tuan rumah..urghh tak suke! Kalau dibuat pagar berasingan pulak jadi kecik rumah kita. No..no..no..

Ada jugak yang plan baikkkk punya dibelinya rumah ni terus dua dua tingkat. Katanya masa muda ni dia duduk di atas, tenant kat bawah. Dah tua sok dia pulak duduk di bawah bahagian atas disewakan. Bijak…bijak…mesti minum Nespray.


7) Bungalow

Takkkan tak tahu kot? Aku masih berangan, ntah merasa ntahkan tidak. Kalau aku tak dapat beli harap-harap ada antara anak-anak aku yang beli.

Teringin nak tidur semalam dua. Aku tak sepatutnya duduk kat rumah teres setingkat ni sampai tua sebab anak aku ada 6. Kalau dah besar nanti kat mana depa nak parking kereta bila cuti-cuti Malaysia? Then semua berkahwin, + lagi 6 org + cucu 18 org (max seorang anak boleh beranak 3 kali je sebab mahai nak bayar baby sitter tambahan pula susu dah naik harga). Umangaiii…sosak rumah den! Kat mana la adik ipar, abang ipar, kakak ipar nak berlunjur? Kat mana pulak cucu-cucu aku nak bergolek-gelantang? Kalau besar macam rumah our parents tak mengapalah.

I think setiap orang patut berangan nak memiliki banglo. Apa-apa hal pun berangan dulu, dapat ke tidak tu lain cerita. 


***
Aku sekarang ni dok pasak telinga anak dara, ko keje nanti kakak, beli lot banglo kat depan tu kemudian buat rumah. Mama nak rumah yang ada extra room for homestay. Mama boleh uruskan. Nanti mama dah tua duduk sesaja pun dapat duit. Itu jauh lebih baik daripada sembahyang tunggang tunggik tapi sibukkan hal orang je". Gitu. (bila mak kau nampak duit di tanah kosong 😋😀😀)

Harapkan anaklah pulak, aku macam malas nak kerja beriya lagi.