Showing posts with label property tips. Show all posts
Showing posts with label property tips. Show all posts

Monday, 1 May 2017

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita...

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita... | Adik aku sekarang sibuk mencari rumah untuk dibeli. Kawasan pilihan ialah di Rawang kerana berdekatan tempat kerja.

Aku happy kerana dia 'menuju ke jalan yang benar' walaupun ada sedikit terkilan kerana lambat bertindak. Aku dah bercerita fasal rumah ni sejak membeli rumah pertama. Mungkin masa tu dia remaja lagi... tapi 10 tahun lalu dia dah bekerja, sepatutnya dah mula menyimpan. Dalam dunia fantasi dengan girlfriend kot?

Dia banyak minta pendapat dan tips dari aku jadi aku pun nasihatkanlah setakat termampu. Kita pun bukan pandai sangat. Dah suruh dia semak rekod CCRIS di Bank Negara, semua cantik. Dah suruh survey loan eligibility, dah buat, boleh pinjam lebih RM100,000 tapi aku cadangkan rumah pertama ni beli je rumah berharga dibawah RM100k supaya dia dapat menyelesaikan housing loan by age 55. Bila tamat bekerja pinjaman perumahan di mana rumah tersebut menjadi liabiliti (kita tinggal di situ) wajib tamat juga. Keluarga kecil tinggallah di rumah sederhana sahaja buat permulaan, yang penting selamat di situ.

Aku minta dia cari rumah landed subsale. Banyak. Gigih dia mencari tuan tanah sejak bulan lalu di pejabat tanah. Aku pun ada jugalah bertanya dengan kawan-kawan yang menjadi ejen hartanah tetapi mereka tak jual rumah yang berharga dibawah 100k.

Kalau ada yang tak tahu lagi, kawasan Rawang digosipkan akan menjadi bandar lapangan terbang seperti Subang suatu waktu dahulu. Property boom dulu tu... ramai property investor membeli hartanah di sana. Malangnya new airport were built at Sepang maka punahlah harapan. Banyak sangat rumah yang tidak dihuni, banyak juga yang dilelong. Flat lelong boleh dapat dibawah 10 ribu RM je. Kalaulah dekat kan...

Ada kawan dia nak jual rumah setingkat hanya RM80k bulan Ogos nanti sebab menanti rumah baru mereka siap. Aku pun suruh adik pujuk kawan dia tu jual sekarang dengan alasan proses jual beli pun akan mengambil masa paling cepat enam bulan. Sementara tu duduklah dulu tapi tuan rumah tak bersetuju sebab dia kata rumah baru dia tu lambat lagi nak siap. Sebenarnya aku bimbang dia berubah hati. Rumah lain semua dah capai rm200k... kot kotlah bila tiba bulan Ogos nanti dia nak jual harga lain pulak kan. Okay, pangkah yang ini. 

Kebanyakan rumah setingkat dijual dengan harga pasaran iaitu +-RM200k . Ada satu rumah corner lot ni memula adik aku tak cari tuannya kerana beranggapan kalau dah rumah tengah pun 200k rumah tepi apatah lagi. Cuma dua minggu lalu dia try luck lah. Owh.. owner beralamat di Seremban.

Last Friday aku pun ajaklah dia ke alamat Seremban tu dalam hujan lebat. Orang lain yang nak beli aku pula yang over exited heheh... kita happy dapat menyumbang idea dan tenaga untuk dia gituh.

Selepas intro serba sedikit, mak si owner ni cakap rumah tu telah dijual kepada seorang Cina dengan harga..... 😢😢😢 SERATUS RIBU SAHAJA! Kau rase?? Frust menonggeng huhuuu... Baru sebulan lalu mereka sign SnP. Frust frust frust sangat. Adik aku kata kawasan rumah tu agak luas dan depan lapang tak menghadap rumah orang. Aku beritahu owner if dia tak boleh proceed dengan proses jual beli tu kindly call me back. Tak putus harapan gitu.

Itulah kan, jangan assume. Pre-assumption and pre-judgement sangat tak bagus. 

Takpelah dik, cari lagi. Hopefully dapatlah beli sebelum kahwin nanti. Best oi lepas kahwin terus duduk rumah sendiri.




Sunday, 9 April 2017

Tips hartanah 13 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong

Tips hartanah 13 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong | Aku nak cerita pengalaman di lelongan hartanah bulan Oktober lepas. Bercerita bab property memang aku minat tak kira masa walaupun poket kosong. Kalau diajak bersembang tentang emas yang tergantung di leher sebesar rantai kapal tu aku adalah orang yang membosankan. Cerita pinggan mangkuk pun aku tak minat. Nak letak kat mana entah, takde space dah kat rumah aku ni. Rumah kita kecik je uols.

Aku excited ke property auction sebab dah laaamaaa sangat tak join. The last one was in 2008, dah jual balik pun rumah tu. Masa aku ke Kuching aku wakilkan my husband to bid untuk satu tanah kosong atas bukit tapi tak berjaya, bulan September aku dah siapkan bank draf untuk membida satu apartment tetapi sibuk pula bermalam di hospital sebab anak bongsu aku kena buat minor surgery. Kelam kabut sangat masa tu.

So in October aku sangat teruja ke property auction yang diadakan di Seremban. Hanya tujuh buah hartanah dilelong yang hampir kesemuanya flat dan apartment. Flat yang aku minat tu adalah yang pertama dilelong. Ya Allah punyalah ramai bidder... dekat 20 orang kot. Rumah tu cantik lagi dan my boboiboy takdelah kata berhantu macam rumah yang satu tu.

Oleh sebab ia hot property maka si auctioneer start lelongan dengan harga RM45,000 walaupun reserve price RM38k. Perghhh... panas ok! Tak sompek den nak naikkan nombor sendiri. Akhirnya terjual pada harga 35 ribu lebih tinggi !

Apa sebenarnya yang nak aku sampaikan?

Lately banyak seminar atau kempen yang menggalakkan orang membeli rumah diawal usia pekerjaan. Target si penganjur mahukan orang muda memilki kediaman sebelum membina liabiliti dengan hutang kereta kerana harga rumah hampir mustahil akan turun. Lagi lama ditunggu lagi mampu tengok je nanti. Tak tahulah pula aku kalau mereka ada matlamat lain. Toksah ikut sangat cakap profesor tu lah eh, ala.. profesor yang kata lagi dua tahun harga rumah akan turun. Jangan mimpi! Melainkan kawasan tu bermasalah. Situasi di Malaysia agak berlainan. Developer pun sebelum decide untuk menurunkan harga rumah dia akan buat promosi seperti bagi perabot percumalah, legal fees dibayarlah.. dan yang sewaktu dengannya. Takdo pasallah nak rugi wehh.

Tapi... aku rasa apa yang professor tu maksudkan ialah nilai hartanah bukannya harga hartanah. Ada beza tu. Nilai sebenar dibuat berdasarkan beberapa fakta dan calculation manakala harga rumah baru ditetapkan oleh pemaju. Aku agak pemaju meletakkan harga rumah dengan projected value 10 tahun ke hadapan. Harga rumah second hand pula ditetapkan oleh penjual. Letaklah harga sesedap rasa (eh! haha..). Lagi hot tempat tu lagi senang dijual, mahal pun orang beli.

Satu lagi masalah di Malaysia ni, kita membeli rumah tak kira harga. Asal dibuka saja taman perumahan baru mesti habis. Kiasu sangat. Di barat mereka mempraktikkan apa yang professor tu cakap. Maknanya di sini, tidak semua teori terpakai untuk semua negara dalam semua keadaan.

Berbalik kepada kisah seminar hartanah, seminar tu bagus tetapi baca juga buku-buku dan berkawan dengan pelabur hartanah online atau offline. Dapatkan ilmu. Jangan bersembang dengan orang yang tak suka beli rumah, takkan ada perbincangan positif. Nanti dia 'tarik' sampai terbeli rim kereta atau masuk skim cepat kaya. Even orang yang mengajar tentang financial pun akan sedikit bias jika dia mempunyai pengalaman pahit membeli hartanah atau tidak berminat dalam hartanah.

Dalam lelongan tersebut aku dapat rasakan ada pemain-pemain baru yang belum ada pengalaman. Bukan nak kata aku pandai tapi aku terdengar perbualan mereka semasa breakfast. Macam pakai hearing aid pulak aku ni huhuu..

Selepas harga naik kepada RM50k hanya beberapa orang sahaja yang meneruskan bidding. Aku senyap terus hahah.. tak dapek nak menyampuk lansung. Aku tak berani, bimbang loan tak lepas atau kena top-up banyak sangat. Aku cuma layak 70% loan sahaja.

Selepas flat 3 bilik di kawasan yang bagus tersebut berjaya dijual, aku tanya bidder sebelah, berapa value flat tu? Dia kata 50k saja. Aku agak boleh sampai 60k. Aku tengok ramai orang jual dalam range 60-68k.

Apa masalahnya dengan harga tu?

Okay, orang yang dah biasa dengan pembelian rumah bolehlah betulkan mana-mana yang kurang tepat dalam penjelasan aku ni. Begini..

Harga jualan katalah (A) : 75,000
Value sebenar (B) : 60,000
Perbezaan A-B : 15,000

Bank X akan bagi pembiayaan perumahan 90% daripada RM60,000 = RM54,000.
Deposit asal 10% semasa lelongan (C) = RM3,800
Tambahan deposit harga terakhir (D) : RM3,700
Jadi C + D = RM7,500 (dibayar pada hari lelongan)

Jumlah wang yang kita perlu keluarkan : RM75,000-RM54,000 = RM21,000

Belum termasuk : valuation report, legal fees lebih kurang RM3k dan bil-bil tertunggak yang tidak dibayar oleh pihak bank. Bukan semua fees and bills assignee bank bayarkan ya.

Okay, anggap sajalah kita kena siapkan RM25,000. Banyak juga tu. Rumah tu sink dan shower dah lesap, wiring tak pasti, taik burung penuh di balkoni- itu setakat yang aku nampak. Kena keluarkan modal 1-2 ribu hengget lagi, at least.

Nampak dah apa yang nak aku sampaikan? Sini Seghomban encik bukannya Kolumpo yang harga flat low cost pun boleh naik sampai 180 ribu ringgit. Seremban tak sama dengan Kuala Lumpur. Aku rasa something is not right dengan property value di Seremban ni... rumah-rumah yang baru naik harga boleh tahan mahal (bagai cubaan untuk bersaing harga properties di KL/Selangor) tetapi harga rumah second hand nilainya tak setinggi mana walaupun harga jualan balik setaraf dengan hartanah baru. Yang turun nilai pun ada. Sungguh.

Contoh:

1) Kawan aku beli kedai pejabat lima tahun lepas. Bila nak refinance valuer kata nilainya sama. Aptb.

2) Ada seorang lagi nak menjual sebuah rumah dua tingkat yang dibeli tiga tahun lepas tapi nilainya turun RM5 ribu. So how?

3) Sebuah flat lama nilainya cuma naik RM10k selepas lebih daripada 15 tahun walaupun telah dipasang tiles, dapur dipindahkan dan ada kitchen cabinet. Si valuer sambil gelak gelak kata, kalau renovate pun sampai ke mana? (walaupun landed properties di kawasan yang sama harganya naik mencanak). Alahai... flat kat KL/Selangor nun jual togel pun boleh untung.

4) Dulu ada seorang lagi kawan nak menjual banglo dia lengkap berperabot di sebuah perumahan agak mewah. Harga beli RM400k dan dia nak jual RM1.2 mil. Aku kata boleh dijual 700 ribu rm jer... dia tak percaya. Aku rasa tak logik harga yang dia nak tu tapi dia beralasan ada sebuah banglo yang dah terjual dengan harga RM1.2 mil, orang seberang tambak pembelinya.

Aku tahu serba sedikit tentang property investment tetapi aku tak beli rumah memahal sebab diluar kemampuan. Mungkin atas sebab itu nasihat aku ni tak berapa laku. Sekolah pun tak tinggi. Seriously aku tak pernah dengar orang menjual rumah dengan harga jutaan di kawasan tersebut (that was about 8 years ago). Last aku dengar the transaction done at RM700k ++. See? Pandai tak aku predict? Ehem.

Orang yang membeli dengan harga jutaan tu mungkin kerana:
a) tidak memeriksa harga pasaran dan nilai sebenar
b) dengan hanya sekitar SGD450 ribu dia dah dapat banglo ooiii... berbaloi sangat! Untung banyak dah tu.

5) Di lokasi yang sama seorang lagi kawan telah menjual rumah banglonya dengan profit RM20k sahaja. Aku rajin mengusik, orang jual flat pun dapek 70k.. Diamlah!, katanya... hahahahah..



Walaupun mu tak minat duduk di kawasan berkepadatan tinggi seperti gambar di atas, ramai lagi yang berminat kerana berada di tengah bandar. So? Kalau nak invest sesuai sangatlah ni.

Sebelum membida hartanah di Seremban dan yang sewaktu dengannya silalah semak dahulu harga pasaran dan harga yang diletakkan valuer. My concern is golongan yang biasa biasa. Golongan yang bergaji 3 4 5 6 7 8 ribu sebulan dan yang wang simpanannya berkepuk botingkek-tingkek tak menjadi kudis pun, mereka mampu membayar. They have the purchasing power. Tetapkan harga tertinggi yang kita mampu bayar, tak perlu kecewa dengan kegagalan memiliki kali ini. Jangan kecewa sangat, masanya akan sampai jua. Lagi satu pesan aku, jangan terpedaya dengan cakap-cakap manis auctioneer atau 'ulat' yang nak melariskan barang. Auctioneer kerjanya memang menjual barang. Diorang kalau mengayat pembida ... perghhh...

Maknanya disini, setkan harga siling yang kita mampu and if the bidding price naik terlalu tinggi lupakan saja. Macam contoh tadi tu, lebih baik beli sub sales sebab kebanyakan orang jual dalam range 60-69k sahaja.

Aku hanya berkongsi pengalaman yang sedikit dan tolong JANGAN TAKUT membeli rumah kerana memiliki rumah adalah salah satu cara untuk kita keluar daripada kemiskinan. Biarlah kecil pun asalkan rumah sendiri. Ia akan inspire anak kita untuk memiliki rumah yang lebih selesa. Biarlah kita menjadi pencetus untuk mereka mempunyai impian yang lebih besar. Orang Cina yang datang dari tanah besar dulu jadi pelombong aje sebelum memiliki lombong. Datang pun naik kapal wap sampai hitam muka hangit ketiak tapi balik dengan kapal sendiri, seperti Tan Sri Lim Goh Tong.

Takkanlah kita yang makan minum kencing berak bersekolah bagai di bumi bertuah ni tak ada lansung harta sebagai tempat berteduh anak isteri? Usahakanlah walaupun sekadar rumah kecil. Kami pompuan ni bersyukur sangat tau kalau suami tinggalkan rumah, takdelah bimbang merempat bawah jambatan bila laki mati nanti.

Untuk kisah dan Tips Hartanah yang lain sila gunakan butang search ya. Terima kasih.


***********************Ini cerita lain **************************

**Ada sebuah flat lama di Seremban yang aku berkenan. Aku rasa harganya berpatutan dengan saiz, renovation, fixtures and fittings yang datang bersama. Malangnya bank's valuer 1 cuma menilainya setakat RM35k manakala valuer 2 menilainya dengan maksima RM45k, itupun untuk renovated lower level.

Alasan valuer:
1) Ianya rumah pangsa. Walaupun telah diubahsuai, ianya takkan membesar sebagai johan.
2) Tiada lif

Puas aku cakap kat bank officer tu cannot be.. it's renovated, kitchen pun dah dipindahkan, kitchen cabinet pun ada bla bla... properties di situ pun dah naik harga... bla bla.. Taklah aku menyangka nilainya diletakkan terlalu rendah walaupun berusia belasan tahun dan berdekatan highway. Ohmaiii... kalau loan lulus pun kena keluarkan RM30k dari poket sendiri.


**Semalam aku attended property auction pagi petang, tapau dua terus. Aku tak sempat check value sebab lambat dapat info tentang lelongan tu tapi berharap not too low sebab apartment yang under constructions di sebelahnya dijual RM168k per unit, the smallest one at lower level. Kalau loan tak lulus mau meraung den. (Update: memang value both properties rendah pun...sobs sobs...padan muka)


Wednesday, 5 April 2017

Tips Hartanah 12 - Haunted House

Blog post ini telah disiarkan pada bulan Oktober 2015 di www.ruggedmom.com setelah sekian lama bercuti dari mencari rumah. Edited and repost here for reference.

Tips Hartanah 12 - Haunted House | Hahahah... tajuk best ni weh. I can't stop writing about something that I loved, property. And, since I'm a cheapskate I always hunt for a cheap house which may be inhabited by...ghost! hahaha...

Selepas pembentangan bajet hari tu adalah seorang professor ni kata harga rumah akan turun dua tahun lagi. Sebenarnya tahun-tahun sebelum ni pun begitulah ceritanya tapi hang rasa harga rumah pernah turun ka? Eh ada... market value of property di Negeri Sembilan ni tapi harga jualan meletup letup juga. Selain daripada itu rumah yang retak dan di kawasan yang sering dilanda banjir selalunya tak boleh naik tinggi. Pada pendapat aku pandangan dia mungkin betul bagi rumah baru yang kita beli daripada developer tapi selalunya developer tak turunkan harga, mereka cuma bagi free perabot ke.. free tv brand cikai ke... gitulah. Rumah second hand tetap bernilai tinggi. Flat kos rendah pun dan seratus ribu lebih oooiii beli dari tangan orang. Harga buka mulut di lelongan awam pun dah 100 ribu ringgit! fuhhh...

Bulan Oktober 2016 aku membuat site visit beberapa buah rumah yang aku berminat. Tak semestinya dibeli. Minat BMW takkan nak beli jugak kalau tak mampu kan? Gilo apo? Aku pergi dengan my boboiboy yang berusia dua tahun lapan bulan. Dia tu mengekor je ke mana aku pergi sebab aku menjaganya secara ekslusif dari lahir so the bonding tu... kira BFF lah. Kesian dia kena turun naik tangga tingkat dua tingkat tiga. 


Inilah flat yang aku cari tu, nauzubillah buruk... tapi ada juga orang yang tinggal di situ. Tiada pilihan lain kot. Tidaklah aku menyangka keadaannya sebegini rupa dengan batang paip yang mereput dan tercabut, dengan 'sayur-sayuran' yang hidup subur. I wonder how it looks like at night hew... boleh buat filem seram. Ada gambar edited version yang dibuat untuk jualan. So unethical.

Ada beberapa keluarga menetap di flat buruk tersebut. Sebab itulah aku selalu berpendapat kita dizalimi dengan segala peningkatan kos hidup yang menyeksa golongan seperti mereka. Ada beraskah di rumah mereka?

Semasa mencari flat di atas aku singgah bertanya arah dengan seseorang yang tengah monitor renovation rumah yang baru dibeli. Sebelah rumah dia berpenghuni dan yang corner di selekoh tinggal rangka.

Inilah rumahnya.

Aku park kereta depan rumah yang tinggal rangka tu. Ai tak kisah, kalau rangka ni dijual timbang kati ai okay je. Macam rangka ayam yang dijual di pasar malam tu, walaupun cuma rangka sedap jugak menggigit tepungnya tu kan? hahah... 

Bertentangan dengan rumah tu ada sepohon kayu besar. Sekali pandang macam seram jugalah tapi aku diamkan aje sebab menarik juga, redup. Aku kan suka kehijauan. Di sebelah pokok tu ada rumah teres 3 pintu. Hanya yang hujung sana berpenghuni, yang lagi dua dah teruk jugak keadaannya.

Anak aku pandang ke rumah lalu berkata, hantu! Aik, siang kot?

Mana ada hantu dik.

Tu hantu (sambil memuncungkan mulut)

Kat mana? (sambil aku memerhatikan mata dia)

Mata dia bergerak dari tengah rumah ke kanan. Dua kali. Aku jadi tak sedap hati lalu mula menggerakkan kereta. 

Semasa nak berlalu tu, bila rumah berada di sebelah kiri, adik cakap... tu tangan dia!

Ah sudah! Pangkah terus rumah tu hahah.... 


Aku terpaksa percaya dengan cakap budak hingusan sebab masa kami berhenti di flat yang nauzubillah buruk tu (boleh buat scary movie dowh) dia tak cakap apa-apa pun sama ada takut atau hantu. Lawatan ke sebuah rumah kosong selepasnya pun begitu. Hanya rumah yang itu.

Mujur aku bawa si boboiboy, kalau tak mesti aku gigih mencari tuan rumah yang tinggal rangka tu. Jika benar seperti katanya maka aku yakin dua tuan rumah di depan tu pun meninggalkan rumah atas sebab yang sama. 

Kalau anak aku nampak pokok besar tu adakah dia akan berkata, banyaknya hantu mama....! hew hew






Tuesday, 4 April 2017

Tips Hartanah 11 - Pinjaman bank, MRTT dan lain-lain

Ada tambahan dari artikel asal.

Tips Hartanah 11 - Bank loan dan lain-lain | wahhh.... aku lupalah ada satu lagi dalam draft yang tak siap. Very very sorry...........

It's best kalau kita boleh check dengan bank our eligibility terutama kalau nak beli rumah lelong because bank yang auction property hanya bagi 90-120 days to settle the payment. Check dulu iklan lelong tu. Kalau nak agak-agak berapa u kena bayar instalment pun boleh jugak kat loan calculator. Google je yeop.

Interest rate dan jumlah minima pinjaman perumahan yang bank kenakan berbeza-beza. CIMB mensyaratkan RM35,000 jumlah minima pinjaman, Bank Rakyat RM45,000 dan Bank Simpanan Nasional TIADA syarat minima. Ini maklumat setakat hampir dua tahun lalu. Maybank akan bagi loan sekadar 50 peratus daripada purata pendapatan jika pendapatan anda tidak tetap, contohmya daripada komisyen jualan.

Kebanyakan bank juga memberikan pinjaman sehingga 90 peratus sahaja daripada harga rumah untuk rumah pertama dan kedua, dan sehingga 70 peratus untuk rumah ketiga. Kalau salah tolong betulkan ya. Jika harga jualan rumah tersebut RM100 ribu tetapi nilai pasaran (Market Value) hanya RM80 ribu, pihak bank akan meluluskan pinjaman kepada yang layak hanya 90 peratus daripada RM80,000. So kena bayarlah baki tu? - hang tanya. Ofkos dik. Juallah Duck scarfs hang tu.

Bank loan datang sekali dengan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT/MRTA). Kita boleh bayar cash yang ini (lebih baik) atau masukkan sekali dalam loan - yang dah tentu kena interest. Dulu-dulu rumah yang berharga lebih daripada 100k ringgit tak diwajibkan ambil MRTT/MRTA ni but now semua dah wajib maybe sebab harga rumah pun makin tinggi dan mungkin juga ada masalah lain. Ada jugak aku dengar bank accept our family takaful as mrtt, mestilah terms and conditions apply. Lagi lambat beli rumah lagi banyak kita kena bayar nanti. Seperti juga pelan takaful/insurans lain umur, jenis pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya akan menentukan kadar bayaran. MRTT/MRTA memelihara hak bank dan pembeli. Jika berlaku kematian keatas orang yang berhutang, maka waris tidak lagi perlu membayar kerana pihak takaful akan menjelaskan hutang rumah tersebut TETAPI jika pinjaman tersebut menggunakan dua nama, peminjam yang masih hidup perlu menjelaskan bahagiannya. Kuranglah bayaran bulanan tu. SnP tu masukkanlah nama isteri sekali, housing loan tu abang seorang sajalah yang pinjam ye? Gitu. Masa depan yang baik untuk anak isteri mestilah dirancang. Menjadi atau tidak itu semua urusan tuhan.

Satu statement yang WIN di badan sebuah van. Van lama seorang peniaga berjaya.

Loan tenure.......... yang aku perhatikan kalau non-bumi loan depa selalunya 15-20 years sahaja unless depa memang golongan yang tak mampu. Weiiii.......... tak mampu tak mampu pun tukang kebun India kat sekolah aku dulu ada dua buah rumah tau, ko ado? Gaji dia selepas berpuluh tahun kerja alahai sikitnya, potong duit rumah yang first (dapat la cover sikit dengan duit sewa), bayar sewa rumah yang dia duduk, makan, sekolah anak, insurance........ tapi dia tak hisap rokok dan tak berbini lebih (sedar diri). Yang pasti dia rajin ambil upah cat rumah, potong rumput..... to make ends meet. Aku pernah pergi rumah dia, ada satu bilik khas untuk sembahyang dan bersih ya amat rumah dia.

Ada orang bagi nasihat kalau untuk rumah sendiri yang kita nak duduk jangan buat pinjaman perumahan lama sangat, bila kita pencen hutang rumah wajib pencen jugak atau dah pencen awal. Rumah tu takde value kepada orang lain, jadi liability pulak kalau kena bayar masa pendapatan dah putus atau duit pencen tinggal separuh. Kalau rumah yang kita buat investment okay je......... tapi bayar cepat lagi bagus. I'm just sharing the info, aku pun sangat tak bagus fasal financial management sendiri. Dah defisit dah ni hahah...

When we bought our first house yang aku ingat nak senang dapat loan aje sebab gaji kecik masa tu. Ada la kawan kat UMBC -then Sime Bank then RHB- so dapat 80% loan. Aku dah cerita dah kot. Menggagau cari duit. Tu yang sentimental sangat rumah ni. 20% from 65k that's a lot man masa tu (dan kini juga). Tak termasuk lagi duit lawyer, valuation report, masukkan api air lagi tu. Lawyer bank tu pulak bila bank bertukar nama ke Sime Bank dia charge kita orang apa ntah, alasannya sebab bank bertukar nama. Boleh ke camtu? Masa tu aku budak kecik lagi..... 22 tahun aku terpaksa terima tapi sampai sekarang aku masih tak percaya. Bukan aku yang suruh dia tukar nama kenapa aku pulak yang kena bayar? Si penjual tu pulak bila proses jual-beli lama sangat dia hire lawyer lain untuk apa ekk?........ chase lawyer aku/aku/bank aku kot yang pada akhirnya kami kena bayar lagi 800 pulak. Hmmmm.... sejarah pahit tapi satu pengalaman yang baik. Confirm takde salah kat side kami dua orang.

Proses keseluruhan jual-beli rumah kat Malaysia ni agak (atau sangat?) lambat tak kiralah beli lelong ke sub-sale kena mau setahun jugak baru settle keseluruhan proses. Paling cepat ENAM bulan. Kekadang lawyer sini kata docs A tak perlu tapi lawyer di sebelah sana kata perlu in order to proceed to next step. Mangsanya? Sila jawab sendiri. Tak tahulah tang mana yang jadi lambatnya, lawyer punya part ke bank ke pejabat tanah ke.......... but i think nowadays ada improvement di Pejabat Tanah ndak-ndak dah nak pilihanraya nih. Cuba belek The Sun 5 April "Land offices told to clear backlog by end June". Apakah yang tersirat?

Ada satu kes tu "Deed of Assignment " aku hilang. Aku mana reti hal-hal legal nih cuma bila aku follow-up sebab lama tak dapat surat-menyurat dari lawyer baru tahu duduk perkara. Oh ya, kita client tak boleh berurusan dengan lawyer bank ye adik abang........... itu urusan lawyer to lawyer walaupun poket ko yang kontang bayar lawyer. Disebabkan aku dan lawyer bank aku seperti berada kat dead end tak boleh proceed so this sweet lady in the legal office bagilah aku contact number person-in-charge bank yang buat auction tu (siap dibagi tau jangan disclose dia yang pecah lobang). Si bank's officer tu kata dulu orang lain in-charge, dia tak tahu kat mana document yang dah aku sign tu. I gave her time untuk uruskan hal-hal tu but after a reasonable time frame yang aku dah bagi dia masih bagi alasan 'dulu orang lain in-charge' berasaplah telinga aku ni. Oh yes, aku hot temper tapi aku masih berbudi bahasa cuma suara aku menggigil je heheheh.........menggigil menahan amarah. Lebih baik aku letak telefon. Dah staf tu macam takde effort nak selesaikan kes aku yang dah setahun aku pun tulislah email ke bank tu. I wrote twice actually. The 1st one hantar thru website depa....... senyap je. Aku pun takde copy nak refer bcoz takde button print lepas submit. 2nd one i used my personal address. Ishhhh........ takdenya aku nak terpekik-terlolong dengan huruf besar ....... takdenya aku maki hamun......... kita orang Melayu dik, berbanggalah. Hah gitu.

Aku cuma tanya kat orang di sana tu, "ada dokumen yang hilangkah? Nak suruh saya cari sendiri di pejabat anda?". Wahhh......... 4hb email 6hb dah balas, superb! Hah ko, apa yang susahnya? alasan je lebih. Kat surat balasan tu jugak depa bagi tau lawyer aku tak hantar lagi accountt statement untuk maintenance and assessment fee from developer walaupun dah 3 kali request. Lawyer aku pun sama hampeh.

So, nak beli rumah tak? Boli jang....... beli rumah salah satu cara untuk mengeluarkan kita dari kemiskinan. Biar susah dulu, biar pening kepala dulu dapat surat tuntutan cukai dari majlis perbandaran, biar tergagau-gagau dulu cari duit bayar hutang rumah asalkan ada tempat berlindung. Kecik pun tak apa, itu rumah kita. Bila suami mati takdelah anak bini berpindah ke bawah jambatan. Takdelah merempat menumpang di pusat maksiat. Faham?? Rumah tu solid nama kita bila dah habis bayar. 

Zaman dah berubah. Sekarang ni orang miskin pun kena GST. Jangan harapkan pada anak untuk menanggung kita nanti sebab kos hidup makin tinggi... start up salary tak naik banyak... hantaran kahwin pun belas-belas ribu (susah pulak hati bila ramai anak lelaki nih), lagipun............ hang bagi duit belanja kat mak ayah tak sekarang ni?? Kalau tak, jangan berangan yang bukan-bukan. Buka pintu rezeki dulu, minta mereka doakan kita. Bersedekah semasa susah lebih dipandang mulia oleh Allah.

Tips sedekah yang mudah:
1) Senyum dan bina silaturrahim
2) Buang halangan di tengah jalan
3) Kalau nampak melintas longkang sebagai jalan short cut, letak papan sebagai jambatan kecil.
4) Bila isi minyak kereta tu jangan terus pam semua, pandang sekeliling. Manalah tahu kita boleh isikan minyak motor sesiapa. 
5) Bayarkan sesiap makanan di restoran. Macam pre paid telefon tu. Kalau ada yang memerlukan dia boleh terus makan. Ada sesetangh restoran memang ada program begini.
6) Isi duit lebih dalam mesin air RO tu.
7) Sesekali ajak anak kawan-kawan kita makan tengahari ke minum petang ke. Bukannya susah, uli je setengah kilo tepung berpuluh donut comel boleh dapat.
8) Bila pihak sekolah minta derma kertas A4 satu rim, bagi dua rim. JANGAN kerek sangat nak report ke PPD lah, Kementerian Pendidikan lah. Beli rokok tiga belas ringgit sekotak boleh pulak.

Banyak lagi sebenarnya. Kita sama-sama observe dan belajar.


Nota:
Dengarnya hampir pasti lapangan terbang Sg Besi akan berpindah ke Labu, NS. Hah, apo lagi.... pergilah ushar tempat tu. Banyak rumah kosong di Gadong tu.

Monday, 27 February 2017

Tips Hartanah 9 - Apa itu "Time Sharing"

Tips Hartanah 9 - Time sharing | Pernah dapat call tak yang dia suruh kita dengar ceramah 90 minit? Tengok….dia psycho kita dengan minit walhalnya 1 jam 30 minit. Takdanya lama tu, mesti 3 jam punya. Depa janji bagi voucher percutian percuma 2 hari 1malam.

1st- time dulu kena jumpa kat Port Dickson tapi aku lewat sampai jadi tak dengar pun briefing tu but they still gave me the hotel's voucher for free. Hotel tu kat PD juga. Tak utilize.

2nd- malas nak layan. They call my husband actually then my husband suruh call aku. Kan aku home manager….kikikiii

3rd- Hotel The Golden Horses kat Mines. Aku dah tau kisah siap tanya dapat pergi hotel/resort tu time cuti sekolah ke tak? Dapat la melepak kat sister company diorang, Country Heights tu sekejap.

4th- kat Legend Port Dickson. Dapat feel berada dalam water chalet tu. Cantik….voucher tak utilitize, dia bagi lepak kat Legend Cerating ke mana ntah.

5th- kat Seremban. Vouchernya untuk resort ........tak ingat dah. Aku cut short presentation dia sebab dah tahu dan aku nak voucer sebab dia dah janji. Supervisor/manager saja je melambat-lambatkan nak issue voucer tu. Bengang betul.


Developer ni kan dia appoint satu company lain untuk jual their properties. Kebiasaannya kita kena dengar ceramah ‘mengayat power’, dijanjikan percutian ke luar negara secara percuma, percutian dalam negara di resort/hotel terpilih and a few more benefits la katanya.

Caranya kita kena melabur dalam projek depa tu, belas atau puluh ribu juga. Jika anda pergi ke sesi mendengar ceramah tu JANGAN bawa credit card atau sign apa apa borang melainkan acceptance of the voucher, fikir dulu pro and cons. Jika kita join, bilik-bilik yang kita beli tu boleh disewakan kepada orang lain. Contohnya hotel kat The Mines tu time Formula 1 atau musim pelancong datang penuh la poket kita (kalau dapat disewakan).

Kalau u all jenis duit sentiasa berlebih takpelah, no hal at all. Tapi kalau yang baru mencuba-cuba invest dalam property pelaburan jenis ini tidak sesuai. Lagipun the seller tu suruh kita sign aggreement jam tu jugak walhal komitmen (or liabilities) tu lama nak ditanggung. But if the property tu di kawasan hot with high occupancy rate seperti Port Dickson atau di tengah Kuala Lumpur boleh dipertimbangkan. PD ni gawat ke tak gawat ke sentiasa ada pengunjung.

Aku tak berminat dengan program sebegini dan aku tak pasti la awek-awek manis dan pakwe-pakwe hensem yang dok jual program ni join ke tidak. Yang selalu keluar dalam media bos-bos mereka dok kempen (now slow down already), yang aku nak dengar orang biasa yang melabur dan berjaya willingly share their experience and knowledge. Susah kot nak jumpa, orang kekaya ni mana nak share wehhhh…..

Aku rasa Sommerset Rompin pun ada program ni. Masa aku pergi dulu somewhere in 2004 banyak villa kosong kat situ. Tak ramai orang ke sana mungkin sebab jauh dan kurang tarikan pelancongan di sana but if u wanna go to Tioman okaylah lepak kat sana dulu, dah dekat dengan jeti. The resort lebih kepada eco-tourism and golf so Cik Kiah and Cik Jah kurang minat tempat-tempat cenggini. Aku pergi sana pun time pregnant 3 4 bulan so takde la mencuba ATV tuh. Just lepak mandi kat swimming pool dalam suasana yang nyaman. Pernah keluar dalam newspaper resort tersebut mengalami masalah hakisan, tak taulah dah settle ke belum. Tak ke naya if u one of the owner?

Sudah beberapa kali aku terbaca kat sokkabar ada orang nak jual balik program yang depa dah masuk tu huhuhuhu….sedey.

Thursday, 23 February 2017

Tips Hartanah 8 - Bangaimana dengan lot banglo?

Tips Hartanah 8 - Bangaimana dengan lot banglo? | Aku belum mampu lagi nak beli tanah kosong. Kalau ada pun yang 6 kaki tu jelah, kariah taman aku ni akan dihantar ke Jalan Seremban-Kuala Pilah tu. Tanah perkuburan dekat Stadium Paroi dah penuh sesak.

Pendapat aku, kalau kita tiada modal untuk membina rumah di atas tanah yang bakal kita beli tu eloklah kita pilih rumah yang sudah siap. Hartanah yang tidak menjana pendapatan akan menjadi liabiliti dengan pembayaran cukai. Setahu aku juga tanah lot yang dibeli daripada kerajaan mestilah dimajukan dalam jangka watu tertentu. Jika tidak ia boleh dirampas.

Jika pembelian hartanah untuk dijadikan mesin duit dengan modal yang tidak berapa besar, rumah siap adalah pilihan terbaik. Melainkan kita memang dah ada tempat berteduh dan kita inginkan lebih keselesaan dengan rumah yang lebih besar. Kalau ada modal apa salahnya kan?

Normally the bank will only finance around 60%-70% daripada harga tanah. Itupun mesti dah ada plan rumah. If anything goes wrong it would be easier for the bank to sell the house and the land together rather than selling the land only.

Aku takde pengalaman la bab tanah ni so aku tak tahu sangat fasal masalah-masalahnya. Yang aku selalu fikir, betul ke tanah yang ditunjukkan dalam geran oleh si penjual sama dengan actual tanah yang kita pergi site visit dengan dia tu?

Saturday, 18 February 2017

Tips Hartanah 7 - Pilihlah hartanah sebaik mungkin

<h1>Tips Hartanah 7 - Pilihlah hartanah sebaik mungkin | Melabur dalam hartanah melibat kos dan risiko yang besar. Buatlah lawatan, carian sebelum membeli. Diantara perkara lain yang perlu diambil kira ialah:

Tidak mengadap matahari terbenam
Paneh wehh! Kalau boleh pilih janganlah beli yang ini. Sengsara duduk dalam rumah tu nanti, air-cond pun tak boleh nak menolong. Pengecualian kepada golongan yang sangat suka melihat matahari terbenam. Itupun kalau tinggal di kawasan tinggi.

Rumah kawan aku bebetul mengadap matahari jatuh bukan sipi sipi lagi. Bahang dalam rumah tu jangan cakaplah dan sliding door memanjang bertutup dengan curtain tebal. Kesian dia. Aku datang sejam pun tangan tak henti berkipas. Yelah, masa tu takde org bagi nasihat (macam aku buat ni). 

Kerja pilih-memilih doesn’t apply kepada orang-orang membeli rumah melalui proses mengundi dari state government. Terima ajelah apa yang dapat daripada takde lansung. Bila rezeki bertambah, cari rumah lain.


Semak Pemaju Hartanah
Ada pemaju seperti Talam Properties and subsidiaries dulunya focusing on low and medium cost houses and this company ada banyak tanah bekas lombong.

Ada juga pemaju yang berpengalaman membuat rumah belum pernah membuat high rise apartment. Apartment tinggi ni banyak risikonya.

Ingat tak kisah keluarga yang kehilangan 2 anak dalam kejadian tanah runtuh di Rawang? Aku rasa family ni dah cukup berhati-hati dah tapi terkena juga. Mereka membeli tanah daripada well known developer yang develop Taman TAR malangnya projek kat Rawang tu tidak begitu berjaya or TAK BERJAYA LANSUNG!

Mereka kena cari air sendiri and the worst thing is keluarga mereka sahaja duduk kat kawasan ‘mewah’ tu. Mereka komplen dalam tv and tak lama selepas tu terjadilah malapetaka yang tak diundang. Kesian sangat. Famili dapat pampasan – settle luar mahkamah. Kalau dah ajal, tak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat tapi anak-anak mereka tak sepatutnya mati dalam keadaan sebegitu. Hang ada anak? Belum?....Kalau dah beranak nanti tahulah macamana perasaan mereka.  Betapa kesalnya mereka dengan pihak tidak bertanggungjawab.


Moral of the story:
Kejayaan dahulu tidak semestinya mencerminkan kejayaan akan datang.


My experience 1
Aku buat site visit utk 1 flat yang nak kena lelong ni. Jenuh aku cari tempat ni, tanya kat budak 7E dekat situ pun dia tak tahu walhalnya memang dah dekat sangat. Tempatnya cantik, kawasan tinggi sikit.

Nak tau flat tu kat mana? waa....bebetul sebelah tebing batu yang sangat tinggi! Aku rasa it's an original one. Aku fikir ni kalau tebing runtuh... 'jiun'  le jawabnya manusia yang berada dalam flat tu. Tinggi dan sangat dekat, patut la banyak rumah kosong, ada yang nak dijual yang kena lelong pun ada.

Kalau jalan lagi naik ke atas in the same area ada apartment kat atas tebing tinggi. Memang class la duduk kat situ tapi dengan kes Highland Tower yang mana PBT tak boleh dipertanggungjawabkan, pada aku baik lupakan saja.

Kedudukan flat tu aku tak boleh lupakan....kesian orang macam aku. Kalau tak silap aku Taman Permai kat Cheras. Hmmmm....


My Experience 2
Ada satu flat ground floor kat PJ nak dilelong 10k. 10K???? Mau penasaran aku kalau tak pergi tengok. Gigih heret laki mak hahah.... Kawasan flat....biasalah keadaannya, dinding dalam pun tak berplaster nak save cost la tu kat memana yang patut tapi berdekatan stesen komuter, boleh melintas ikut jejantas blok yang satu lagi. Bas pun lalu situ. Punya la convenient tempat tu.

Kat dalam rumah tu ada sorang makcik yang dah berumur, aku nak gather info pun takut takut nak bertanya. Tak sampai hati pun iya juga. Kesian pulak.

Katanya si pembayar (tak tau la anak dia ke laki dia) jadi pemandu teksi dengan income tak tetap, tu yang tertunggak tu. Aku sampai 2 kali bertanya kat orang yang bagi info ni betul ke 10k? Iye kakkkk..... fed up kot. Aku rasa harga tu ikut reserved price dalam Sales and Purchase Agreement tapi macam tak mungkin pulak, low benor le pulok. Mungkin juga bank dah hilangkan file so dia main agak agak je price asal rumah tu....ntah lah. Bila sampai auction date rumah tu tak jadi dilelong but setelah beberapa lama dah naik balik for auction but no more 10k lorrr.....sudah up 60k! Mesti ada orang beli punyalah. Bagus juga aku tak beli (tak berduit time tu sebenarnye, harga sudah naik maaa) sebab aku dok fikir bagaimanalah aku nak suruh makcik tu keluar dari situ...hiks.


My Experience 3
Dekat-dekat rumah aku ni ada satu taman lain yang berdekatan dengan 'kolam renang IWK' dan disebelahnya pulak ada kawasan penempatan penduduk. Yang tak bestnya jarak kolam tu dengan deretan rumah terlalu dekat dan lebih tinggi dari rumah 1 tingkat tu. Rasanya hang boleh tahan macam tu? nak jual tak boleh, nak duduk memendam rasa, nak makan meloya.

Hang pi check dululah memana tempat yang hang nak beli tapi macam aku cakap sebelum ni, kekadang ada perkara-perkara surprise untuk kita. Tak de pun dalam miniature kat sales office developer tu... tau tau muncul je signboard: Cadangan pembinaan kolam takungan bla bla bla....cam harem!!! </h1>

Friday, 17 February 2017

Tips Hartanah 6 - Feng Sui

<h1>Tips Hartanah 6 - Feng Sui | Panjang dah weh aku bercerita, dah faham ke belom? Dah dapat manfaatnya? Kalau perlukan personal shopper bagi tau aku ya, untuk area Negeri Sembilan and part of Klang Valley only. PS untuk property gituh.

U all percaya feng sui tak? As a muslim kita cannot percaya benda-benda sebegini. Bangsa Cina sendiri pun ada yang tak percaya apahal kita pulak nak beriya-iya. Aku pun tak percaya tapi aku mengambil berat jugak certain things yang berkaitan dengan investment in properties.

Orang Cina tak suka no 4 jadi rumah teres yang cantik dan gah itu mungkin tak akan menarik depa untuk membeli bila diletak tag “for sale”. Masa aku bekerja dengan developer dulu, bos aku siap tukar no rumah 14 ke 13A. So aturan no rumah tu 12, 13, 13A, 15,…… Kalau perasan dalam lif pun sama, tetiba takde nombor 14.

Sri Sayang Resort, Batu Feringghi.

Di mana rumah kita menghadap pun penting juga. Kalau apartment/kondo tu unit yang tidak terkena bahang matahari petang lebih cepat laku. If  dekat corner pun mereka tak suka juga. 

Sebelum membeli, hang pi la tengok kawasan tu dulu terutama kalau projek tu dah siap. If under constructions pun boleh tengok dengan site supervisor. Bila kita membeli rumah elok juga fikirkan potensi jualannya. Lot Malay reserved terhad jualannya kepada bumiputera sahaja. Ya memang akan dapat diskaun tetapi aku pilih non-bumi lot. 


My experience
Ada orang iklankan tanah untuk dijual di Seremban ni. Aku ni yang kaki sibuk pi la tengok. Atas bukit wehhh…best. Rumah orang kaya kan selalu kawasan tinggi senang nak tengok rakyat jelata. Sampai je kat atas, tanah tu luas betul and ….. tu dia…… direct mengadap kubur!

Terencat angan-angan aku. Tujuan asal pun aku cuma nak melihat-lihat saja. Sekarang dah naik rumah teres 2 ke 3 tingkat kat situ and tetap mengadap kubur. Cantik design rumah tu. Tak kuase la teman oooiiii... Aku ni penakut dan aku selalu terfikir bila en. Suami kerje malam macam mana? Awak tak kisah?

Tahu tak kes sesetengah penduduk kat Bukit Kiara against rancangan pembesaran kawasan kubur disitu. Depa- orang-orang kaya ni- tak mahu property value depa jatuh dan yang jadi ‘ketua’ penentang pula this one prominent figure. Oooo… yang buruk buruk nak letak kat kawasan orang miskin ye. Mereka juga yang nak kena simpan kat situ nanti, senang anak bini nak jenguk (kalau ada masa and belum jumpa jodoh lain 😉).

Ada juga dalam sesetengah kes, state government awal-awal lagi dah gazette kawasan kubur di sesuatu tempat but the developer tak masukkan dalam plan yang dia jual kat kita. Bila kita dah duduk setahun dua barulah kita tersedar…… Sebelum kubur tu penuh dan lebih ramai orang tau, jualkan je rumah tu. Risiko untuk harga rumah tidak naik seperti yang sepatutnya adalah tinggi.

Pernah lalu kat Taman Connought? Kubur sebelah flat je.</h1>

Friday, 10 February 2017

Tips Hartanah 4 - Jenis-jenis Hartanah

Tips Hartanah 4 - Type of property | Hang suka landed property ke apartment?


1) Setinggan termasuk kategori landed

Haa…jangan ingat aku perli pulak. Memang ada tokey rumah setinggan and if u wish to buy u can find one. But if u takut kena hambat dengan PBT lebih baik lupakan.

Arwah datuk saudara aku pernah mengajak abah untuk menjadi peneroka bandar way back in 1970’s/80’s but my father wasn’t interested. I guess he’s not a risk taker unlike that atuk. About 5 years ago he told me dia ada tanah di Gombak and showed me tanah sekangkang kera depan rumah dia di Ampang yang bernilai 40k. Syiok tak? Gila tak syok.

Setahu aku lah dalam Islam kalau seseorang tu dah menetap di sesuatu kawasan yang tak bertuan more than 20 years takda sesiapa boleh senang-senang halau depa keluar (please check again but aku yakin betul). Lebih-lebih lagi rakyat sendiri. Kalau rakyat negara lain yang jadi setinggan tu suruhlah dia balik kampung dia. Keutamaan kena bagi kat rakyat sendiri.

Malangnya baru je aku nak pandai drive ke rumah dia di Ampang tu that atuk passed away. Takdo joki nak belajar.

Rumah Mesra Rakyat dan juga PPRT juga hartanah bertanah.


2) Rumah kos rendah

Rumah jenis ni boleh bagi high return tapi mungkin banyak masalah yang akan muncul maybe bcoz penghuni rumah jenis ini kebiasaannya orang yang dipindahkan dari kawasan setinggan/ladang. Kebersihannya, manners nya boleh bikin kepala pusing. Bukan semua….kat mana-mana pun mesti ada segelintir yang tak reti bahasa. But don’t be surprise if u see Volvo, Supra and Honda parking kat sana.

Talk about parking space, selalunya tak mencukupi kat area sebegini so they double park and tak tarik hand brake. Sapa sapa yang nak keluar awal pagi tu cabut la high heels hang and tolak kete belakang.

Untuk melayakkan awak semua beli rumah jenis ni joint income mestilah max RM2,500. Kalau hang layak boleh try beli Kondo Rakyat (menyampah aku nama ni) di Pantai Dalam atau flat yang kat Abdullah Hukum tu. Kawasannya tengah bandar siap dengan public transport lagi. Tapi toksah la beli yang tinggi melangit, the most pun level 4. Dibuatnya lif rosak kena tidur kat hotel le ko. Takpun time air takde main lap dengan tisu je.


3) Rumah Teres

Alangkah bertuah kalau mampu beli rumah sebegini di KL/Shah Alam/Penang/JB. Rumah teres 2 tingkat cecah 850k atau lebih sekarang ni. Mampu? Alhamdulillah…… Alaa... beli je kat Seghomban ni tak sampai 400k pun ada (update 2015: rm200k untuk rumah teres setingkat). PLUS ada LEKAS pun ada. Takpun naik bas Transnasional/Suasana Edaran/A Class atau Komuter ke KL, tidur je tau tau dah sampai tempat yang nak dituju. Kawasan yang menarik untuk tinggal di Seremban ni seperti Lavender Heights, Taman Bandar Senawang, Seri Pajam and Seremban 2.

Rumah teres boleh bagi pulangan modal yang tinggi kalau dijual in certain area. Kek Seghomban ni veryyyy sloowwww nak naik nilainya tapi rumah baharu memang harga meletop-letop. Mengeluh sesiapa yang belum beli rumah lagi tu. Risau mengenangkan anak-anak yang berderet ni, mampukah mereka nanti?

Skim pinjaman perumahan untuk pekerja kerajaan sebelum ini sangat bagus. If you are an officer and your housing loan limit RM500k then boleh amik semua kalau nak. Sekarang ni rasanya pengiraan government loan pun dah ikut bank. Di bank depa akan bagi housing loan only 1/3 from your income excluding overtime pay. And if so happened you don’t have fixed income i.e commission base income, some of the banks only consider half of it. Salah satunya Maybank. Very little huh? Takpe takpe cari rumah lain ikut kemampuan ko. Beli rumah yang kita mampu dulu, rumah idaman tu simpan dalam tengkorak dulu.


4) Apartment n condominium

Rental return dari apartment adalah sama atau lebih baik daripada rumah teres. Sewa rumah teres 2 tingkat di Shah Alam sekitar 800-1500 and medium cost apartment yang bersaiz lebih kecil pun sekitar itu jugak. 

Apartment and condo ni ada maintenance charges jugak, lain bintang lain la jumlah kena bayar, ada lif atau tidak juga membezakan caj, normally not less than rm50 p/m.

Kalau u target expatriate, u should consider to purchase a condo in Bangsar or Mont Kiara. Kat Hyatt Subang tu pun best, sunyi dan sejuk. Kereta hebat-hebat je parking kat situ. Teringin bangat nak ada rumah with address Damansara or Bangsar... ohhh..bilakah? atau tidak akan merasakah?


5) Service apartment

Para pemaju yang cerdik di Malaysia ni membina hartanah kediaman di kawasan komersil. As far as I’m concerned service apartment does not covered in the Akta Perumahan so if ada masalah kena jumpa hakim yang adil kat mahkamah. Kalau yang sewaktu dengan “correct correct correct” tu…….

Aku tak pernah memiliki dan tidak berangan memilikinya buat masa ini.


6) Town house

Kepada yang belum tahu rumah jenis ni berada dalam satu bangunan tapi lelain tuan sebab pintu pun lelain. Aku pernah masuk di Sri Mahligai, Shah Alam, but I don’t like it. Aku jugak pernah tengok di Ampang. Lagilah aku tak suka. 1 pagar untuk 2 tuan rumah..urghh tak suke! Kalau dibuat pagar berasingan pulak jadi kecik rumah kita. No..no..no..

Ada jugak yang plan baikkkk punya dibelinya rumah ni terus dua dua tingkat. Katanya masa muda ni dia duduk di atas, tenant kat bawah. Dah tua sok dia pulak duduk di bawah bahagian atas disewakan. Bijak…bijak…mesti minum Nespray.


7) Bungalow

Takkkan tak tahu kot? Aku masih berangan, ntah merasa ntahkan tidak. Kalau aku tak dapat beli harap-harap ada antara anak-anak aku yang beli.

Teringin nak tidur semalam dua. Aku tak sepatutnya duduk kat rumah teres setingkat ni sampai tua sebab anak aku ada 6. Kalau dah besar nanti kat mana depa nak parking kereta bila cuti-cuti Malaysia? Then semua berkahwin, + lagi 6 org + cucu 18 org (max seorang anak boleh beranak 3 kali je sebab mahai nak bayar baby sitter tambahan pula susu dah naik harga). Umangaiii…sosak rumah den! Kat mana la adik ipar, abang ipar, kakak ipar nak berlunjur? Kat mana pulak cucu-cucu aku nak bergolek-gelantang? Kalau besar macam rumah our parents tak mengapalah.

I think setiap orang patut berangan nak memiliki banglo. Apa-apa hal pun berangan dulu, dapat ke tidak tu lain cerita. 


***
Aku sekarang ni dok pasak telinga anak dara, ko keje nanti kakak, beli lot banglo kat depan tu kemudian buat rumah. Mama nak rumah yang ada extra room for homestay. Mama boleh uruskan. Nanti mama dah tua duduk sesaja pun dapat duit. Itu jauh lebih baik daripada sembahyang tunggang tunggik tapi sibukkan hal orang je". Gitu. (bila mak kau nampak duit di tanah kosong 😋😀😀)

Harapkan anaklah pulak, aku macam malas nak kerja beriya lagi.

Thursday, 9 February 2017

Tips hartanah 3 - Location! Location! Location!

Tips hartanah 3 - Location! Location! Location! | Tanyalah sesapa pun, perkara ini sangattttt perlu diambil berat. Kalau nak duduk sendiri macam yang aku dah bagi tau lah but if u wanna make it as a money machine, at least enough to pay the bank, lihat rumah tu daripada kacamata orang lain.

Lagi satu, kalau nak disewakan belilah hartanah yang jaraknya dalam 1-1 1/2 jam perjalanan dari tempat tinggal kita. Kalau kita duduk kat Langkawi ke Sabah ke camana nak jenguk rumah tu buat spot check atau bila ada masalah? (harapnya tidaklah). Aku boleh je tolong........tapi mesti mau $$$$$$$$$$$$$$$ maa...

Kalau dah berkenan dengan satu-satu property tu kalau ada masa dan kerajinan pergi jenguk di 3 masa yang berlainan seperti pagi, petang dan malam (kalau takda masa boleh upah ai). Kekadang kawasan perumahan ni sunyi macam kubur waktu siang tapi gegak-gempita waktu maam. Again, kalau tempat tu ada beribu orang hendak walaupun sesak, beli ajelah, nanti nak jual balik pun senang (kalau takde masalah-masalah yang tak dijangka). Bukannya kita yang nak duduk pun. Macam flat Kg Baru tu....tengah2 kota kosmopolitan lagi!


My experience 1
Ada sekali tu aku nampak iklan flat lelong kat Cheras murah giler....! Aku ni pun gatai nau nak tau kat mana sampai sosek baghek den mencaghik eh. Satu tips penting, kalau tak jumpa mana-mana bangunan yang kita nak tujui toksah la bertanya kat Cik Kiah ke Cik Jah ke...hmmmm...buat penat keluar masuk kereta je, semuanya tak tahu. Nak bertanya kat orang lelaki cuak pulak dengan kes ragut yang bermaharajalela. Aku tanya kat drebar teksi dia tunjuk salah tempat, abang posmen pun sama padahal aku dah sampai ke simpang tempat tu dah.

Harga dalam RM20k lebih je. Aku pergi time tengah hari Jumaat, kawasan boleh tahan bersih, ada cleaner sedang bertugas. Rumah tu kat underground floor. Bukan ground ye, underground! Aku skodeng la....bila bukak tingkap je kita akan nampak tanah. Kiranya kita praktis duduk dalam kuburlah hahhaa.... Suweyyyyy…. Dibuatnya hujan lebat dan tebing tanah tu runtuh dah tentu masuk dalam rumah, talkinkan terus je hahah... Lagipun hari-hari tak dapat cahaya matahari, not good for your health. Penyewa pun kalau berpeluang pindah dia akan pindah.

Then aku sembang dengan brader jual pisang goreng kat situ. Dia kata penghuni kat blok tu okay, kalau blok yang lagi 2 tu ada gangster. Aku tanya kat dia kenapa agaknya dijual murah? Ada hantu ke? Dia kata kat KL ni hantu yang takut kat orang. Betul jugak ek. Hantu dah nak tidur orang KL baru balik keje. Ko pun sama eh?

Lepas tu aku rasa menyesal pulak beli pisang goreng kat dia sebab dia tak pergi sembahyang Jumaat. Dia la hantu tu…...kot?


My experience 2
Aku cari flat yang nak dilelong kat area Selayang, murah! murah! murah! Cehhhh... macam iklan sale hujung tahun pulak. Hairan wehhh…semua owner flat yang nak auction tu adalah M-e-l-a-y-u.

My 1st thought masa memanjat tangga adalah, “sapalah arkitek yang design building ni? Siapa yang tak guna akal meluluskan?”. Mereng betullah orang-orang yang terlibat- design and approve, memang masa dia design tu dia tak fikir lansung kalau kaum kerabat atau anak dia kena duduk kat situ. Flat 5 tingkat dibina mengadap satu sama lain dengan ruang kosong di tengah. Tangga pun ada brick yang disusun berlubang-lubang (takut orang terjun agaknya). Cubalah bayangkanlah betapa gelapnya dan tak masuk anginnya flat tu. Penghuninya pulak 95% Indian. Dengan bau yang semerbak dan bunyi muzik yang kuat…ya rabbiiii….poning kepalo den (dah dah, jangan nak kata aku racist pulak). No wonder bangsa lain tak tahan duduk di situ. Aku rasa depa ni dipindahkan dari kawasan setinggan takpun estet tempat keje depa dulu diambil pemaju hartanah.

Masa kat car park sempatlah aku sembang dengan brother India nih, dia kata "dekat ini blok selalu ada gadoh". Ayoyooooo....

Nasib baik aku pi tengok sendiri, kalau tak…menangis!


If u want my service to choose, check, visit and bid for your future property di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor, you may e-mail me at ruggedmom@gmail.com . Beritahu nak yang bagaimana, bajetnya berapa. Don't worry, I akan memilih seperti untuk diri sendiri.


Nanti sambung lagi ye....ado kojo lah!

Thursday, 2 February 2017

Tips Hartanah 2 | Nak duduk sendiri ke nak disewakan?

Tips Hartanah 2- Nak duduk sendiri ke nak disewakan? Ada perbezaan dalam kedua-dua hal ni. Kalau kita nak menetap di situ kena ambil kira jenis rumah macam mana yang ko suka- landed ke apartment, lokasinya sibuk ke tidak, kebersihan, tahap kebisingan, perlu public transport ke tak, jarak ke tempat kerja, jarak ke sekolah anak, design rumah tu dan lain-lain hal yang berkaitan dengan jiwa korang. Again, i'm sharing this diatas pengalaman aku yang tak seberapa itu so that you'll get a clear picture and guidelines into buying a property(s).

Kena tengok juga sebelah rumah ada awek cun ke ada foreigners yang rajin 'tonggang' dan kemudian bergaduh dan mungkin berbunuh. Huiii…seram, seram.

Kalau tuan-tuan dah berkahwin make sure masa survey tu bawak orang rumah sekali. Kalau dia tak suka bahagian dapur tapi ko rasa bagus ko kena la bagi logiknya. Kalau dia tak suka juga ko jangan paksa, nanti terseksa jiwa raga dia duduk kat dapur tu. Kalau ko yang jadi tukang masak secara tetap takpe la kot. Nanti dia sentiasa tak puas hati dan stress ko jugak yang jadi mangsa. Bukan tak bersyukur... hanya orang yang selalu berada di dapur sahaja akan faham. Orang yang setakat balik rumah suruh hidang makanan, order kopi secawan TAKKAN faham.

Rumah di kawasan ini ai mampu tengok je. Sumber di sini.

My experience 1
Aku terbaca dalam surat khabar ada town house yang hendak dilelong di Seremban ni dengan harga yang sangatttt murah, belas2 ribu je…kalau beli 2 buah kira sama harga dengan Iswara lah. Since aku tak berminat sangat area sini so I buat donno je.

Sekali tu atas urusan kerja dapat lah peluang masuk dalam rumah tu. Aku rasa arkitek, developer dan yang sewaktu dengannya kira ringgit dan sen aje masa plan nak buat rumah tu. Tak munasabah lansung saiznya. Kalau ko duduk sorang boleh tahan lagi…kalau dah kawen dan beranak-pinak, stress bini ko duduk kat situ dari pagi hingga ke malam.

Punyalah kecik sampaikan nak parking motor pun ngam ngam je bila diletak depan kereta. Mana nak letak ampaian kain lagi.. rak kasut....basikal anak ko nanti kena parking kat dalam rumah. Kitchen dengan living room searah je takde cover lansung. Flat low cost pun tak macam tu.

Akai takdak, pikir duit je.


My experience 2
Ada flat di Pandan Jaya yang designnya teruk jugak. Kalau my husband baring kat situ, bertentangan dengan tingkap, aku kena langkah dia kalau nak lalu.

Rental kat situ bagus tapi takmo lah aku…sama besar dengan katil queen size ruang tamunya cuma panjang skt.

Ada lagi 1 flat kat area situ jugak, design menarik tapi rentalwise tak memenuhi selera aku la pulak.

Takpe takpe…cari lagi….


My experience 3
Masa aku tinggal di Shah Alam dulu ada sorang nenek dok sapu sampah dan daun kering kat rumah dia then pi longgok pastu bakar kat rumah bujang di sebelah. Mau tak hangin kawan tu. Nak dimarah, orang tua. Tak ditegur ishhh…kurang ajar weh.

Kalau tak tahan memang ko akan cari rumah lain.


My experience 4
Ada sorang kawan ni minta tolong aku carikan rumah kat area Shah Alam for investment. Bila jumpa yang aku berkenan (I’ve good taste in property and food u know) dan sangatttttt sesuai with good rental income dia pun pergi la tengok dengan kawan and her husband. Dapat tengok dari luar aje. Kebetulan dia ada urusan di sana and at that time aku bagi free service je.

U know what happened? The guy yang ikut dia tu kata, ”kalau aku tak beli rumah mcm ni” dan my friend tu entah kena ayat macam mana tak jadi beli. So dipendekkan cerita rupanya si mamat ni nak jual barang kat dia yang harganya ribuan jugalah and my friend tu akhirnya menyesal. Menyesal kemudian dah tak guno apartment tu dah pun kena rembat in 1st auction. After that incident i still help people in purchasing properties but with a fee, a little bit lower than the agent. Tangki kete tak boleh diisi dengan air kan?

Kalau nak beli BMW silalah bertanya dengan peminat BMW. Kalau ko tanya pemilik kancil nanti dia akan kata BMW kuat makan minyak padahal BMW sasarannya untuk orang berduit. Please also remember one thing, if u want to stay there pilihlah ikut tekak korang but if u want to let someone else stay there, belilah property yang beribu-ribu orang inginkan walaupun sesak bukan main tempat tu. 


My experience 5…eh eh not me, my friend’s one lah!
Dia heran kenapa penyewa dia selalu pindah. Duduk 6 bulan ke setahun ke pastu blah. Rupa-rupanya jiran bermasalah. I do not know in detail masalah si jiran tu. Suka cari pasal kot. Kalau aku yang sewa pun aku akan blah. Wa tak suka busy body tak tentu fasal punya olang.


Tips Hartanah 1 | Nak beli rumah tak? Aku bagi tips sikit

Tips Hartanah | Nak beli rumah tak? Aku bagi tips sikit | Entry sebelum ni aku ada tunjukkan gambar rumah sewa aku yang tunggang-langgang dek penunggu yang hampeh! tapi bagi korang yang dah pasang angan-angan nak membeli harta dan menyewakannya janganlah takut pula. Itu namanya cabaran. Cabaran yg tak berkesudahan huahuahuah….. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Please bear in mind aku bukannya nak mengajar, just sharing what I’ve experienced, yang I baca, yang I dengar from peoples around me and bla…bla…bla… Ni free tau, sharing is caring. If you wanna get knowledge from any good books you must part at least RM39 from your pocket for each of it. Kalo korang nak copy paste boleh jer pleasssseee …..GIVE CREDIT. Itu adab namanya.

Ala...macam amik maid la kadang-kadang nasib baik dapat yang elok pandai jaga anak pandai masak. Kalau nasib tak baik dapat yang jaga laki ko sekali huhuhuhu….


Sumber di sini.

Sebenarnya membeli rumah adalah cara tradisional untuk keluar daripada kemiskinan. Korang perasan tak some of our parents yang agak susah atau tak kaya ada rumah dan tanah. Some beli sendiri, some diperturunkan- harta warisan and some just dapat tanah daripada parents memasing then they built their dream home on the plot. Most of our parents yang di kampung ada tanah sendiri. My parents takde apa yang nak diwariskan kat aku sebab adik-beradik aku ramai …hiks…so aku usaha sendiri korek tabung kerang porselin tu (pernah tengok?).


Orang-orang kaya melabur dalam properties. Do you know that Prince Jefri Bolkiah ada 600 properties worldwide? Hmmmm…kalau sedekah kat aku 1 pun bagus. Banyak tu kena bayar tax. Nanti ada pulak yang cakap “alaaa….duit dia bertimbun”. Betullah tu, duit singgit kita ni buat cucuh curut dia je but why people around the world chose property for investment? Because the value will appreciate.


Kalau pendapatan kita sekitar RM2500 sebulan (di KL 2500 lepas nak hidup je ye tak?) and we manage to buy 2 properties that’s good enough. Satu ko duduk satu lagi as your punca pendapatan bila ko pencen sok. Pikir la jauh sikit dik, utk 30-50 tahun ke depan. Nak senang kemudian kena susah dulu sekarang, mungkin susah sikit maybe jugak susah banyak. Macam aku ni masih susah lagi… jadi home manager mana ada gaji beb. Kojo 24/7, 24 hrs a day, jadi drebar angkut budak sekolah lagi. Korang yang bergaji beribu-ribu nih?


Ramai orang kita ni habuk pun tarak! Kete bertukar-tukar tapi tempat tinggal tetap pun tak ada. Bukan menghina tapi kalau kita lahir hidup makan kencing berak kat sini tak boleh nak sediakan tempat yang sekurang-kurangnya selamat (walaupun tak berapa selesa) untuk anak isteri gi mana sih? Bangladeshis Indonesians Vietnamese yang datang sini pun boleh kutip beribu-ribu ringgit setiap bulan. Keselamatan dan tempat berteduh keluarga tu amanah Allah kepada setiap suami . Heyyy…orang pompuan ni bila setuju berkahwin dengan seseorang lelaki tu sebab dia yakin yang si lelaki akan menjaga dia dengan baik. Kalau masa single dulu dia sewa bilik bila dah kahwin at least kena la mampu sediakan sebuah rumah/flat bukannya duduk dalam kolong macam cite Kassim selamat tuh. Kehidupan mestilah berubah menjadi yang lebih baik (ni peringatan untuk aku jugak).



Selingan

Ada sorang hamba Allah tu berasa kagum dengan kami sebab kitorang dah beli rumah sebelum bertunang lagi. Pada masa tu dia dah berkahwin, anak 1 ke 2 tak ingat dah, ada kereta Honda Accord. Yang tunang aku ni cuma ada motor kapcai dan kenderaan rasmi aku adalah bas. Hari ini the same person ada 2 isteri, anak makin bertambah, pekerjaan lebih kurang dulu jugak dan masih menyewa. Aku harap dia yang bayar sewa rumah. Get what I’m trying to say?

Nanti senang-senang aku bukak bab ngutuk lelaki kawen lebih ni pulak padahal nasi yang lalu kat tekak dia tu bini yang bayarkan!


Kalau ko belum kawen ko kena fikir jugak untuk future, umur ko dah berapa tahun sekarang? Takkan keluar universiti tak boleh beli rumah kot….aku yang tak habis sekolah ni pun boleh. Berapa lama lagi nak menyewa? TAPI…..kalau rumah yang ko sewa lebih murah daripada rumah sendiri yang ko sewakan kat orang lain (kira untung banyak lah), aku rasa lebih baik terus menyewa. Macam seorang driver kat tempat keje aku dulu, dia beli apartment dan disewakan rm800 sebulan. Dia duduk mana ko rasa? Setinggan beb, duduk free. Aku tak sanggup la sampai macam tu, rumah rapat-rapat berbisik pun orang boleh dengar. Toilet kongsi? Uuiiii… idak le.


Nilai rumah juga jarang jatuh tak macam kereta. Someone yang aku kenal beli Jaguar 500k cash bila nak let go org nak beli 100k je. Phewwww….400k difference tu jang. 


Okay lets go back to the topic. Sebelum beli property sila ambil perhatian perkara-perkara ini ya tuan-tuan dan puan-puan:


1) Adakah for own occupation or investment?

2) Location
3) Type of properties
4) Nak beli daripada owner atau lelong? Daripada seller terdesak?
5) Feng Sui
6) Ada lagi….. nanti kita sambung ye. Ingat nama blog aku ni ye..ruggedmom.com
7)
8)



Nantilah sambung.