Friday 19 October 2018

Harga rumah akan turun? Nak tunggu lagi ke?

Harga rumah akan turun? Nak tunggu lagi ke? | Pernah dengar orang berpengaruh cakap harga rumah akan turun? Pernah dengar dia kata tunggu dulu jangan beli sekarang? Pernah kan? Berulang-ulang.

Aku ada kawan yang menyewa apartment selama 12 tahun di Kuala Lumpur. Kadar sewa semasa RM800/1000 sebulan. Sekarang anak dia dah lima orang. Aku pernah tanya kenapa tak beli rumah lagi (ai tak kisah orang kata kepohci because I care)? Dia kata kawan dia yang jadi ejen hartanah beritahu harga rumah akan turun jadi dia nak tunggu dulu. Tepuk dahi aku...amendelah, bagilah nasihat yang betul. Kawan aku tu bukan layak beli rumah mewah walaupun gaji suami isteri digabungkan.

Percayalah, harga rumah second hand dalam kategori mampu milik takkan turun. Hanya hartanah baru yang dibawah seliaan kerajaan sahaja yang akan dikawal harganya demi kemaslahatan rakyat. Mampu milik tu berapa pula harganya? Sekarang ni bolehlah kita katakan hartanah yang berharga dibawah RM350 ribu. 

Seperti berita di bawah, terdapat peningkatan pada lambakan hartanah berharga RM500,000 keatas yang masih tidak terjual. Siapa yang mampu beli rumah dengan harga begini jika bayaran bulanannya selama 25 tahun sebanyak RM2400 sebulan? Ai memang mampu tengok je lah.

Jadi bila waktu terbaik untuk membeli rumah?

20 tahun yang lalu.

Waktu kedua terbaik?

Sekarang.


Now, lakukan/jawab soalan-soalan ini:

1) Sila semak selain bayaran ansuran yang bakal kita tanggung, ada tak hutang lain?

2) Tanya bank berdasarkan gaji kita tu berapa bank boleh bagi pinjaman? 

3) Kita ada tak deposit 15% daripada harga rumah? Sebenarnya deposit 10% saja... selebihnya nak bayar valuation report dan upah lawyer. Kalau yang ni takde, terpaksalah kita buat kerja part time demi keselamatan dan keselesaan anak isteri. Berusahalah sambil berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita. Biar rumah kecil asalkan kita yang punya.

Bila dah dapat jawapan bolehlah mulakan window shopping. Ingat, biar rumah kecil asalkan jadi milik kita.


Tuesday 16 October 2018

Bila tuan rumah 'disekolahkan' penyewa Bangladesh

Bila tuan rumah disekolahkan penyewa Bangladesh | Assalamualaikum and hello...! Kisah penyewa yang seorang ini sangat menarik tapi panjang. Kalau rasa nak 'membuang' selesaikanlah dulu.

**This post is related to the previous one, please read here for better understanding**

Sebelum berlakunya salah tanggapan dan persepsi buruk serta umpatan kerana menyewakan rumah pangsa tu kepada warga asing, mai dengaq my explaination first. 

Kami memohon rumah itu ketika masih layak dan bekerja di Selangor malah sewaktu mendapat kunci tahun 2000/2001 pun suami masih bekerja di Selangor. Waktu itu tiada sekolah, kedai pun tak banyak tak macam la ni. Bila tengok suasana sekarang aku pun rasa nak pindah duduk sana.

Time dapat kunci tu fasa tertentu masih under construction. Supply melebihi demand selama bertahun-tahun sehinggakan kita tak boleh memilih sangat calon yang hendak menyewa. Nak sewakan mahal apartment kat depan tu pun banyak yang unoccupied. Disebabkan aku perlu membayar instalment kepada bank hampir RM400 sebulan yang belum termasuk maintenance dan cukai pintu setahun dua kali, maka ia wajib disewakan untuk menggantikan duit yang keluar. Kalau bayar sendiri habis camtu je lah gaji... Nak duduk sendiri pun bukannya ada taska di situ. Setiap bulan kena top-up sebab pelaburan menghasilkan pulangan negatif hahaa... selalu dapat reminder daripada bank. Biasalah tu bagi orang yang baru memulakan hidup berkeluarga... nak bayar instalment rumah sendiri yang dibeli sebelum berkahwin, bayar motor baru selepas motor pertama hilang dalam kawasan rumah, bayar taska untuk dua orang anak comel, bayar duit minyak kereta yang berulang-alik 70km sehari ke pejabat, minyak motor untuk perjalanan ulang-alik 180km sehari, hmmm.... macam macamlah. Stress juga.</h1>


Sebelum mendapat penyewa dari syurga
Penyewa pertama local, buat taik sampai aku jumpa majikan dia. Dia tak tahu aku suka menonton cerita CSI 😁😁 siap aku nak upah Along lagi hahah.... ganas, darah masih panas. Along tu ada akaun kat bank aku so bolehlah kawtim. Aku naik angin sungguh masa tu.... dengan suara lembut merayu minta tangguh bayar sewa alih alih dia blah camtu je sebelum raya. Tak ke merah telinga tuan rumah dia? grrrr.... masih ingat lagi mak aku cakap, jangan pergi rumah dia! (di Gunung Pasir) dan pakcik aku yang kerja polis pesan, ekau jangan kunci pulak dio dalam rumah tu! hahah...

Seterusnya orang tempatan lagi. Dia bekerja di car wash milik saudara tetapi tinggal di rumah tu sekejap je sebab dia kata tak boleh survive dengan gaji rendah nak bayar sewa rumah, mana nak bayar tambang bas anak yang terpaksa bersekolah di Kajang lagi. Hanya tapak sekolah tapak masjid tapak balai bomba tapak balai polis tapak stesen minyak yang wujud waktu tersebut.

Kemudian local lagi... menyampah aku asyik kena follow-up bila nak bayar bila nak bayarrrr....?? Dia bergaduh laki bini aku pula jadi mangsa. Bank bukan ada timbang rasa pun... by 7th kena bayar dah.

Lepas tu pasangan buruh Indonesia. Memula okay lelama makin liat. Pernah aku membebel, kalau tak cukup duit janganlah hisap rokok. Ehh..rokok boleh beli sewa rumah nanti, nanti. Sebelum mereka keluar mereka dah bawa masuk kawan Bangladesh (aku namakan AR) pula duduk sekali. Selepas penyewa Bangladesh yang pertama keluar Bangladesh kedua (aku namakan RM) masuk sehingga ke hari ini. Aku tak pernah berurusan pun dengan RM ni pandai pandai je mereka serah-menyerah rumah. Mujur tak buat masalah kalau tak dah lama aku suruh pindah. Hey... berani dia overide power aku.

Selalu dengar kisah yang indah indah je kan tentang pelaburan hartanah? Nak dapat yang indah tu kekadang kena melalui pahit getirnya dahulu... dengan sewa murahnya, dengan penyewa sekejapan bertukar ganti, dengan duit gaji cecukup makan je sebab nak berharta... Hadap je lah. Kita bukan anak menteri yang habis study terus dapat kerja tanpa perlu turun naik tangga pejabat orang menjaja sijil sendiri. Semoga yang kelat itu menjadi kenangan manis di akhirnya.


AR si penyewa Bangladesh pertama
Aku boleh katakan penyewa foreigner aku baik belaka dan ada inisiatif untuk hidup lebih selesa dengan tidak tinggal di rumah kongsi. Tak selesa, kata mereka.

AR ni dengarnya sekarang bekerja di Klang. Dia selalu juga mempelawa aku minum bila ke sana tapi selalunya aku tolak sebab.. ermm... kena ada sedikit prasangka di situ. Aku bimbang akan keluar cerita sedih yang akan membuat aku simpati. Cukuplah penyewa pertama tu menipu, bulan puasa pun dia tipu aku, tau tau dah berambus tinggalkan sewa dan bil tak berbayar. Mujur ai samseng sket.

Ada sekali tu aku terima pelawaan dia. Masa duduk dalam restoran tu semacam je orang memandang, adakah mereka ingat aku ni girlfriend si AR? huhu... segan jugalah tapi biarkan je lah. Memacamlah aku tanya dia lagak polis pencen. Menurut katanya dia berdua dengan adik ke Malaysia dan setiap bulan (atau dua bulan sekali) mereka hantar RM2500 balik kampung! Banyaknya.... aku yang kerja berdua ni pun sakit nak menyimpan. Rasa kecilnya diri ni, betapa gigihnya golongan yang selalu dipandang rendah ni. Insaf akak sekejap. Sekejap je lah sebab akak mudah lupa hahaa...

AR dan rakan serumah dia pernah pergi buat serbuan di unit lain yang sedang buat maksiat. Bagus betullah. Salute dengan diorang ni, walau jauh dari keluarga agama tetap dijaga.

Bulan seterusnya kutip duit dari orang lain, ingatkan wakil tapi selepas beberapa bulan baru tahu AR dah takde... amboi babai pun tidak.

RM si penyewa Bangladesh kedua
Dia tinggal di situ sejak tahun 2009 so almost 10 years dah. Ye semua yang menyewa aku syaratkan minima dua tahun tapi ada yang dah 11 tahun. Alhamdulillah. Rezeki bukan sekadar duit, kan? Penyewa yang tak bermasalah pun rezeki juga.

Dia ni pun selalu nak belanja aku makan bila datang mengutip sewa. Cuma dua kali aku terima dan yang terakhir tu aku bersyukur terima pelawaan dia walaupun tak habis mengorek cerita. Itu pun aku makan nan cheese je sebab alergic makan nasi, takut mengantuk so how to drive back? Susah hati dia aku makan yang murah je agaknya siap suruh bungkus untuk husband dan anak-anak. Allahu... patutlah rezekinya tak putus.

Sebelum ke restoran kali kedua tu dia tunjukkan kepada aku gambar banglo dia di Bangladesh sana yang sudah di peringkat akhir. Banglo dua tingkat lima bilik bernilai RM150 ribu.

Lagi dua bulan saya mahu balik mahu pasang tiles, kaka.... sambil menunjukkan tiang luar yang siap ber-tiles. Boleh bayangkan tak betapa ceria dan excited time dia bercakap tu? Berdecit mulut membayangkan tiles yang dia pilih tu. Duit dah hantar tinggal nak pilih tiles untuk lantai je.

Sambil makan dia bercerita betapa susahnya dia masa memula kerja di Malaysia dulu. Datang sebagai buruh construction dengan gaji RM30 sehari. Sangat susah kaka duit tak cukup. Lepas tu dia bekerja sendiri ambil upah potong rumput, cat rumah, pindah rumah, sapu sampah dan berbagai lagi kerja yang kita pemilik bumi Malaysia ni tak suka buat. Apa kelas kerja macam Bangla- kau kata. Dulu dia turut bekerja di pasar malam seminggu dua tiga kali. Tauke akan ambil di rumah. Dia letih dan nak berhenti tapi tauke tak bagi sebab kalau pekerja tempatan selalu nak cuti atau kerap berhenti. Hujung minggu orang panggil dia sapu tapak pasar malam. Tengah malam pun kerja lagi. Pernahlah dia ditangkap imigresen semasa menyapu tu dan tauke dia bayar beberapa ribu untuk melepaskan dia. Kerja sendiri tapi ada tauke err.... entah tak faham aku macam mana, jangan tanya eh.

Pernah aku datang tengahari dia dan adiknya dah siap bersih berjubah nak ke surau. Saya jadi muazin, kaka. Ya Allah, manalah jantan-jantan Melayu ni oi? Sembang agama kat socmed mengalahkan ulama. Asal tak sealiran fahaman kemain kau bahasakan.

Eh lupa nak cakap, sebelum buat rumah tu dia guna handphone Nokia baling anjing tu je hahahah...

Disebabkan kerajinan dan kejujuran, dia diberi amanah memegang kunci rumah banglo. Senang dia nak masuk bila tuan rumah gi kerja. Ada banglo kosong sebab owner berada di negeri lain jadi owner bagi dia letak peralatan bekerja di rumah tu. Saya tanam pokok, mandi, solat semua sana. Bab berbudi kepada tanah ni memang tak tipu, kekadang aku pun dibekalkan dengan bendi, terung atau apa-apalah yang ada time tu. Sepatutnya aku yang bagi dia. Ada juga dia tanam sayur di banglo bertuan, sukalah tuan rumah tu.

Penuh dua tapak tangan dengan kunci rumah. Kunci kereta pun ada pada dia. Tuan rumah suruh alihkan kereta sebelum mesin rumput. See... trust is there.

Beberapa tahun lepas dia buat raya open house. Dia yang masak tau tapi kami tak pergi sebab husband aku tak larat. Lepas tu dia tanya kenapa tak datang. Selepas tu ada dia bercakap sekali lagi fasal tu. Aku tak sedap hati dah, maybe dia masak khas untuk kami tapi ajak juga orang lain. Rasa bersalah kecewakan orang lain yang berusaha untuk gembirakan kita tapi benda dah lepas, nak buat camner tapi aku pernah attend open house dua tahun lepas. Ya Alah sedap giler ayam briyani dia! Terus aku minta resepi hahaa...

Masa husband pasang kipas di rumah tu dua tahun lepas (masa musim El Nino yang panas membahang tu) dia kata, kaka abang tak datang masa saya buat open house. Saya masak... adudu... rasa bersalah lagi. Saya belanja RM3,000 buat open house esoknya saya dapat kontrak RM20k alhamdulillah. Tak apa bagi orang makan, sedekah. Di kampung, kalau lima enam orang datang bapa saya sembelih kambing. Tu dia aih sembelih kambing terus... depa makan banyak macam orang Arab gak.

Masa husband buat wiring dan pasang kipas tu dia komen untunglah sebab upah pasang kipas je RM60-80, belum termasuk wiring. Hmm... takdenya husband aku buat part time pun.. hanya buat untuk yang kenal dan jiran-jiran sebab takde lesen. Nak offer repair kipas kelas anak sendiri pun teragak-agak walhal kerja pertama yang dia buat masa sampai KL dulu wiring lah.

Dia belikan tiga bungkus nasi briyani ayam + tiga bungkus air. Tiga bungkus untuk dua orang. Aku makan suku je dan husband mampu tambah setengah je dari bahagian aku. Tak habis?- tanya si RM. Gila nak habiskan sampai tiga? Kita bukannya kerja teruk macam dia. Sebelum dia keluar semula dia pesan pada saudara dia supaya belikan mango float pula. Santak perut hahah...

Semasa husband buat kerja tu aku duduk je lah main henpon, baca buku sekejap sekejap. Mengantuk okeh tapi takkan nak baring kat atas sofa tu. Ada sofa ye uols... tuan rumah pun bersila atas lantai je kat rumah hahah... Disebabkan kami datang, sofa lama tu dialas kain bagi nampak kemaih sket, lantai dipasang karpet. Tikar getah rumah aku pun dah koyak kahkah... Bilik mereka kemas, pakai katil queen yang orang buang. Aku jeling tandas, nampak bersih juga tak macam masa dia duduk sekali dengan kengkawan dulu. Duduk ramai saya satu orang bayar buat apa kaka? Sekarang dia duduk dengan kerabat rapat je. Peti ais dua, dapat free juga tapi tv takde. Pernahlah aku pesan kalau ada orang nak buang tv bangi tau aku. Ooo kaka mau ka? Malu dow... hahah tapi kena bagi tau juga sebab masa tu tv gedabak dah rosak. Kalau dapat yang murah atau free alangkah bagusnya 😃 Miskin betullah tuan rumah kau ni, Abang La.

Owh.. dia ada anak, dua orang.

Lapan tahun pertama di Malaysia dia tak pernah balik kampung. Bila Air Asia mulakan route KL-Dhaka mereka sukalah sebab boleh dapat tiket murah sikit. Selepas balik bercuti kali pertama tu dia cerita anak perempuan dia sudah besar, dah berumur lapan tahun. Ada nampak macam sebak di situ sebab dia lama tak tengok anak dia. Sejak dari tu setiap tahun dia balik. Ada sekali tu anak perempuan dia nak baju yang berharga seratus ringgit lebih, dia belikan. Dia juga pernah poskan handphone kepada anak lelaki yang menyambung diploma. Katanya beli di sini lebih murah. Semasa pertemuan terakhir tahun lepas dia kata dia mungkin nak baik terus ke Bangladesh bila anak dia yang sedang buat degree in engineering di Dhaka tamat belajar. Perghh...RM1k sebulan dia hantar kat anak lelaki dia tu. Anak aku pun ku suruh berjimat cermat dengan duit poket yang tak seberapa. Banyak kan seribu tu? Dia kata takpa, sana mahal...dia mau belajar. PAPPP! sekali ke muka sendiri.

Sebenarnya dia nak buat satu projek berkaitan kerja dia, kawasan pun dah dipagar. Untuk memulakan satu projek tu dia tak cukup duit jadi dia cuba minta bantuan beberapa orang kaya yang jadi customer dia. Ada yang dengan senang hati je bagi pinjam dua ribu, tiga ribu.

Dalam ramai penyewa yang pernah menyewa rumah aku, RM inilah yang paling banyak duit, berpendapatan tinggi sehingga boleh menggajikan saudaranya hampir RM1800 sebulan! Kau (dan aku) mampu??


Apa yang awak suka di Malaysia?- soal FBI.

Semua kaka... masalah ada sikit sikit tapi sini ramai orang baik kerja pun senang. Masa dia kena tangkap dulu dia kena bayar empat ribu kalau tak silap tapi dia kata, takpa kaka duit boleh cari...saya mau kerja sini. Nampak tak? Kau, aku, nampak tak betapa makmurnya negara ini? Memang aku hairanlah kenapa bangsa sendiri boleh merempat di bumi MILIK KITA (kecualilah yang sakit, ada ahli keluarga OKU). Bila susah kita kena adjust cara hidup, cara belanja. Aku faham memang susah nak buat lelebih lagi kalau anak kita tak faham (atau tak mahu faham) keadaan semasa.  RM dan semua yang serumah tidak merokok. Sayur tanam sendiri. Lauk ikan dia jala/pancing di sungai belakang tu. Tak sempat husband aku nak menjala dengan dia. Ayam kena beli jadi makan kekadang je. Dia tak hadap keje gomen macam kita. Dia tak sibuk nak kerja makan gaji macam kita. Masa memula sampai berapa kerja dia buat dalam sehari/seminggu?

Yang paling sadisnya, dia bagi daging korban kat aku.. adoilaaa.... dah terbalik! Beriya dia suruh ambil sebab dia dapat banyak. Jadi tukang sembelih kat masjid, balai polis, taman lain... Malunya dengan dia ni.


Penyewa yang dirindui
Selalunya aku ambil duit sewa dengan anak. Setiap kali itu jugalah dia akan bagi dua botol air minuman bergas. Kalau tak sempat beli dia akan bagi RM10. Entah untuk anak entah untuk duit minyak. Kalau hari raya anak-anak akan mendapat sampul berisi duit.

Ada juga dia menjemput ke rumah kalau datang bulan raya tapi takkan nak masuk kalau husband tak ikut sekali. Sekarang aku tak naik sampai depan pintu. Dulu rajin juga mengintai ke dalam rumah. Bila dah berkali-kali nampak bersih dan tak berbau, nampak sejadah semua aku pun malas nak naik lagi. Sewakan rumah ni macam kita sewa hotel/homestay juga, kita sewa tapak je. Jangan sebab kau dah bayar kau boleh buat sesuka hati kat harta orang, tinggalkan bekas makanan dan lantai bersepah-sepah macam monyet yang makan. Mesti ada common sense bila jadi manusia.

Sekarang RM hanya tinggal kenangan. Dia meninggal dunia semasa bercuti di kampungnya beberapa bulan lepas. MasyaAllah cantik aturan Allah, nyawanya dicabut ketika bersama keluarga. Allah mudahkan urusan keluarga dia. And in case you curious nak tahu, hutang dia dengan pelanggan sudah dijelaskan oleh kerabatnya di sini. Menangis aku sepanjang jalan balik ke Seremban, betapa ralatnya tak sempat buat rendang untuk dia. Berkali-kali nak buat nak buat tapi tak buat juga.

Sebak pula haaa.... aku cerita setakat yang aku ingat buat masa ini supaya aku pun boleh refer balik kat sini. Banyak yang dia 'sekolahkan' aku.


Apa yang aku belajar dari penyewa Bangladesh ni?
1) Jangan sesekali memilih kerja.

2) 3D jobs always in high demand.

3) Merantaulah jika di bumi sendiri tidak menjanjikan rezeki yang baik. Datang secara halal.

4) Tujuan merantau untuk mencari rezeki lebih untuk diri dan keluarga jadi JANGAN LUPA hantar duit kepada yang ditinggalkan.

5) Sayangi anak-anak, jangan kedekut invest dalam ilmu. Kalau kita tak pandai jadikan mereka pandai.

6) Ilmu bukan hanya boleh didapati dari ceramah/seminar/orang pandai ada degree PHD saja.

7) Terima nasihat/ilmu daripada sesiapa sahaja. Jangan lihat orangnya.

8) Cuba penuhi hajat orang. Kalau dia ajak makan, pergilah makan... bukannya kena masak 😭. Sedapnya nasi briyani ayam dia...!

Salah sebuah bilik yang lebih kemas daripada bilik anak dara yang viral tu. Kalau tak reti memasak boleh je  beli makanan tapi kalau tak reti berkemas... serabut otak weh.

Aku, tuan rumah yang tiada apa-apa.

Dari dulu hingga kini aku belum pernah lagi menjemput memana tenants datang ke rumah. Segan, sebab:

1) Pekerjaan mereka hebat belaka. Ada eksekutif, senior eksekutif, guru besar, F&B manager, kontraktor hebat (dia letak staf di rumah tu), pemberi servis yang kaya - pemotong rumput, cat rumah, bersihkan rumah, muazin dan lain-lain. Hampir kesemuanya berpendidikan tinggi.

Dulu student IPTA pun ada, kira hebat jugalah sebab dia belajar kat universiti. Katanya, "kak, MAKE SURE eh sebelum kitorang masuk bla bla bla...". Amboi hang... tu lah main henpon je reti communication skill ke laut. Please find a more suitable words/sentences when dealing with people terutama strangers. Eh, macam aku pula yang nak duduk rumah dia.

2) Hiasan dan peralatan rumah mereka lebih cantik dari rumah aku ni.

3) Aku takut mereka menangis keinsafan bila masuk rumah aku hahaha...



Thursday 11 October 2018

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh | Assalamualaikum. Lama betul tak update blog yang satu ini walaupun memula start dulu kemain berkobar nak share itu ini... konon tak nak campur adukkan dengan travel blog tu. Oleh sebab cerita kelmarin masih panas aku tuliskan di sini saja supaya lebih ramai terinspirasi.


Selalu aku dengar, "bersedekahlah sehingga menjadi kaya bukannya tunggu kaya baru bersedekah". Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata, jika beliau menyelesaikan hutangnya dahulu sebelum bersedekah/menginfaq harta, dibimbangi tidak sempat jika maut menjemput terlebih dahulu. Betul sangat kan?

 Related image

Kisah Abang-La
Sebenarnya aku ada kisah menarik dengan tenant sekeluarga ini. Panjang ceritanya, kisah salah seorang daripadanya "sekolahkan" aku tapi nak cerita yang ini dulu sebab baru saja berlaku dan sangat terkesan di hati.

Dengan penyewa yang satu ini aku kena kutip sendiri duit sewanya. Pernahlah dulu minta ketua kumpulan bank-in tapi aku pula jadi tertunggu-tunggu jadi aku fikir baik ambil sendiri je. Bolehlah singgah memana selepas tu. Jika aku ke KL atau Semenyih atau Nilai haa.. masa tu lah aku gi kutip sebab nak jimat duit minyak hahah... hang ingat orang ada rumah sewa ni kaya ke? Pernah beberapa kali mereka call sebab tak datang sampai tiga bulan. Mereka memang ingat aku kaya sebab duit sewa rumah pun malas nak ambil heheheh... tetiba rasa kaya macam Nyonya Mansur.

Selepas urusan di UTC Isnin lepas aku dah plan nak ke sana jadi kali ini aku bersungguh nak bawa buah tangan, selain membalas kebaikan mereka kita pun nak jadilah Melayu yang beradab kononnya macam orang dedulu... datang rumah orang bawa buah tangan. Malu seyy... setiap kali aku datang mereka akan hadiahkan dua botol air bergas tu. Kalau tak sempat beli mesti bagi RM10 untuk anak-anak. MasyaAllah. Malu aku, miskin benar jiwa si landlord. So... di depan Giant tu ada tembikai dengan harga diskaun. Memula nak beli sebiji tapi lepas tu, eh beli yang dah siap potong ni je lah. Eh beli dua potonglah bagi nampak banyak, kang nampak kedekut nau. Syaitan nirrojim tengah dok menyetan kat telinga. Then aku decide beli sebiji yang sederhana besar berharga dalam RM7.90. Balik rumah tengah hari panas mesti syok diorang makan...slurppp...

Bila dah ambil duit sewa dua bulan tu dia - aku namakan A - cakap, 

"Kaka...yang rm30 itu (maintenance) kaka tak payah bayar, itu saya boleh bayar. Sapu rm8 pun saya bayar."

Wah! bagusnya. Mestilah aku suka kan sebab kos penyelenggaraan memang aku yang tanggung. Kawan serumah dia yang seorang lagi tu dulu siap cakap dia tak nak bayar maintenance bila aku naikkan sewa pada 2016. Berkiranyalah... padahal kadar sewaan masih below market rate. Aku cuma nak mereka kekal di situ sebab tak pernah bermasalah membayar sewa dan kalau ada problem kecil mereka boleh uruskan sendiri. Rumah pun kemas, bersih, tidak berbau dan cantik bercat. Kira luar setinggan dalam kondo lah rumah ni. Maintenance rumah tu takde tertunggak sebab guna access card. Kalau tak bayar kereta/motor tak boleh masuk. Baguslah MPKj dan JMB flat tu. Aku pun bagi taulah yang menyapu tu dah termasuk dalam caj RM30 sebulan tu (takut dia kena kelepet).

Habis kat situ.

Dalam perjalanan balik diiringi hujan baru aku terfikir yang Allah bagi CASH berganda-ganda dengan hadiah tembikai RM7.90. Bayangkanlah RM30 x 12 = ?? Banyak tu... Lama lagi dia nak duduk situ. MasyaAllah. Alhamdulillah. Sebak rasa hati.

Maka benarlah...

Allah melipat gandakan ganjaran kepada orang yang bersedekah, Al-Baqarah, ayat 261:


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Ada lagi satu kisah yang aku masih ingat.

Suatu hari tu aku melalui Jalan Lobak yang agak sibuk dan waktu tu ada seorang lelaki Cina berumur 50an berdiri di double line, dia tak lepas melintas. Kalau ikut logiknya agak selamatlah sebab kenderaan dilarang memotong di situ but you know lah Malaysian driver... Michael Schumacher pun takut tengok, kalau nasib tak baik kang buleh putuih duo. Jadi aku pun beri dia laluan untuk melintas sambil berdoa dalam hati semoga Allah memelihara anak-anak aku ketika di jalanraya. Aku minta ada orang kasihankan mereka. Itu je doa aku. Tetiba rasa sebak masa berdoa tu... yelah kan, kita bukan boleh sentiasa perhatikan anak. 

Belum jauh bergerak ada customer call minta tolong aku ambil gambar wedding dia. Rezeki, dahlah memacam nak dibayar masa tu. Ya Allah cepatnya Dia balas 😢

Kesimpulannya...

Bersedekah tak semestinya dengan duit dan rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada merasai hidup yang tenang, di kelilingi orang yang positif (kalau takde just distance yourself from negative vibes), bisnes lancar, jiran yang baik selalu bagi makanan.. eh eh.. dan sebagainya yang kita tak perasan pun. 

Satu perkara nak pesan, walaupun kita meluat dengan public figure yang suka menayang harta atau buat perkara yang kita rasakan membazir, siap 'nasihatkan' dia duit tu lebih baik sedekah lah... bantu anak yatimlah... suruh hidup bersederhanalah... aku yakin si polan tu memang banyak bersedekah sebab tu dia kaya. Kita yang dok kais pagi makan hujung bulan ni tak payahlah nak kisah sangat dia sedekah ke tidak. Sedekah kita tu kasi up lagi daripada tembikai ke seedless grapes barang sekilo. Tahap sederhana semua orang tak sama. Orang yang bergaji RM2000 sebulan tapi dia habiskan hanya 1k dikira sederhana. Orang yang bergaji RM400k sebulan dan menghabiskan RM200k untuk majlis kahwin anaknya masih boleh dikira sederhana sebab gaji dia setahun dekat lima JUTA. Ketebalan wallet tak sama.

Ni aku bukan nak heboh bercerita tentang hadiah tembikai yang tak seberapa tapi tentang MEMBERI dan sedekah itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Jika uols ada takaful, berbahagialah kerana ada portion khairat di situ. Tangan kiri tak tahu pun siapa yang tangan kanan bantu.

Itu je nak cerita kali ini tapi aku ada kisah yang lebih menarik dengan Abang-La yang seorang lagi. Next time aku cerita.

**Mehlah derma kat surirumah ni haa.... nak nombor akaun?