Showing posts with label tips hartanah. Show all posts
Showing posts with label tips hartanah. Show all posts

Friday 19 October 2018

Harga rumah akan turun? Nak tunggu lagi ke?

Harga rumah akan turun? Nak tunggu lagi ke? | Pernah dengar orang berpengaruh cakap harga rumah akan turun? Pernah dengar dia kata tunggu dulu jangan beli sekarang? Pernah kan? Berulang-ulang.

Aku ada kawan yang menyewa apartment selama 12 tahun di Kuala Lumpur. Kadar sewa semasa RM800/1000 sebulan. Sekarang anak dia dah lima orang. Aku pernah tanya kenapa tak beli rumah lagi (ai tak kisah orang kata kepohci because I care)? Dia kata kawan dia yang jadi ejen hartanah beritahu harga rumah akan turun jadi dia nak tunggu dulu. Tepuk dahi aku...amendelah, bagilah nasihat yang betul. Kawan aku tu bukan layak beli rumah mewah walaupun gaji suami isteri digabungkan.

Percayalah, harga rumah second hand dalam kategori mampu milik takkan turun. Hanya hartanah baru yang dibawah seliaan kerajaan sahaja yang akan dikawal harganya demi kemaslahatan rakyat. Mampu milik tu berapa pula harganya? Sekarang ni bolehlah kita katakan hartanah yang berharga dibawah RM350 ribu. 

Seperti berita di bawah, terdapat peningkatan pada lambakan hartanah berharga RM500,000 keatas yang masih tidak terjual. Siapa yang mampu beli rumah dengan harga begini jika bayaran bulanannya selama 25 tahun sebanyak RM2400 sebulan? Ai memang mampu tengok je lah.

Jadi bila waktu terbaik untuk membeli rumah?

20 tahun yang lalu.

Waktu kedua terbaik?

Sekarang.


Now, lakukan/jawab soalan-soalan ini:

1) Sila semak selain bayaran ansuran yang bakal kita tanggung, ada tak hutang lain?

2) Tanya bank berdasarkan gaji kita tu berapa bank boleh bagi pinjaman? 

3) Kita ada tak deposit 15% daripada harga rumah? Sebenarnya deposit 10% saja... selebihnya nak bayar valuation report dan upah lawyer. Kalau yang ni takde, terpaksalah kita buat kerja part time demi keselamatan dan keselesaan anak isteri. Berusahalah sambil berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita. Biar rumah kecil asalkan kita yang punya.

Bila dah dapat jawapan bolehlah mulakan window shopping. Ingat, biar rumah kecil asalkan jadi milik kita.