Thursday 11 October 2018

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh | Assalamualaikum. Lama betul tak update blog yang satu ini walaupun memula start dulu kemain berkobar nak share itu ini... konon tak nak campur adukkan dengan travel blog tu. Oleh sebab cerita kelmarin masih panas aku tuliskan di sini saja supaya lebih ramai terinspirasi.


Selalu aku dengar, "bersedekahlah sehingga menjadi kaya bukannya tunggu kaya baru bersedekah". Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata, jika beliau menyelesaikan hutangnya dahulu sebelum bersedekah/menginfaq harta, dibimbangi tidak sempat jika maut menjemput terlebih dahulu. Betul sangat kan?

 Related image

Kisah Abang-La
Sebenarnya aku ada kisah menarik dengan tenant sekeluarga ini. Panjang ceritanya, kisah salah seorang daripadanya "sekolahkan" aku tapi nak cerita yang ini dulu sebab baru saja berlaku dan sangat terkesan di hati.

Dengan penyewa yang satu ini aku kena kutip sendiri duit sewanya. Pernahlah dulu minta ketua kumpulan bank-in tapi aku pula jadi tertunggu-tunggu jadi aku fikir baik ambil sendiri je. Bolehlah singgah memana selepas tu. Jika aku ke KL atau Semenyih atau Nilai haa.. masa tu lah aku gi kutip sebab nak jimat duit minyak hahah... hang ingat orang ada rumah sewa ni kaya ke? Pernah beberapa kali mereka call sebab tak datang sampai tiga bulan. Mereka memang ingat aku kaya sebab duit sewa rumah pun malas nak ambil heheheh... tetiba rasa kaya macam Nyonya Mansur.

Selepas urusan di UTC Isnin lepas aku dah plan nak ke sana jadi kali ini aku bersungguh nak bawa buah tangan, selain membalas kebaikan mereka kita pun nak jadilah Melayu yang beradab kononnya macam orang dedulu... datang rumah orang bawa buah tangan. Malu seyy... setiap kali aku datang mereka akan hadiahkan dua botol air bergas tu. Kalau tak sempat beli mesti bagi RM10 untuk anak-anak. MasyaAllah. Malu aku, miskin benar jiwa si landlord. So... di depan Giant tu ada tembikai dengan harga diskaun. Memula nak beli sebiji tapi lepas tu, eh beli yang dah siap potong ni je lah. Eh beli dua potonglah bagi nampak banyak, kang nampak kedekut nau. Syaitan nirrojim tengah dok menyetan kat telinga. Then aku decide beli sebiji yang sederhana besar berharga dalam RM7.90. Balik rumah tengah hari panas mesti syok diorang makan...slurppp...

Bila dah ambil duit sewa dua bulan tu dia - aku namakan A - cakap, 

"Kaka...yang rm30 itu (maintenance) kaka tak payah bayar, itu saya boleh bayar. Sapu rm8 pun saya bayar."

Wah! bagusnya. Mestilah aku suka kan sebab kos penyelenggaraan memang aku yang tanggung. Kawan serumah dia yang seorang lagi tu dulu siap cakap dia tak nak bayar maintenance bila aku naikkan sewa pada 2016. Berkiranyalah... padahal kadar sewaan masih below market rate. Aku cuma nak mereka kekal di situ sebab tak pernah bermasalah membayar sewa dan kalau ada problem kecil mereka boleh uruskan sendiri. Rumah pun kemas, bersih, tidak berbau dan cantik bercat. Kira luar setinggan dalam kondo lah rumah ni. Maintenance rumah tu takde tertunggak sebab guna access card. Kalau tak bayar kereta/motor tak boleh masuk. Baguslah MPKj dan JMB flat tu. Aku pun bagi taulah yang menyapu tu dah termasuk dalam caj RM30 sebulan tu (takut dia kena kelepet).

Habis kat situ.

Dalam perjalanan balik diiringi hujan baru aku terfikir yang Allah bagi CASH berganda-ganda dengan hadiah tembikai RM7.90. Bayangkanlah RM30 x 12 = ?? Banyak tu... Lama lagi dia nak duduk situ. MasyaAllah. Alhamdulillah. Sebak rasa hati.

Maka benarlah...

Allah melipat gandakan ganjaran kepada orang yang bersedekah, Al-Baqarah, ayat 261:


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Ada lagi satu kisah yang aku masih ingat.

Suatu hari tu aku melalui Jalan Lobak yang agak sibuk dan waktu tu ada seorang lelaki Cina berumur 50an berdiri di double line, dia tak lepas melintas. Kalau ikut logiknya agak selamatlah sebab kenderaan dilarang memotong di situ but you know lah Malaysian driver... Michael Schumacher pun takut tengok, kalau nasib tak baik kang buleh putuih duo. Jadi aku pun beri dia laluan untuk melintas sambil berdoa dalam hati semoga Allah memelihara anak-anak aku ketika di jalanraya. Aku minta ada orang kasihankan mereka. Itu je doa aku. Tetiba rasa sebak masa berdoa tu... yelah kan, kita bukan boleh sentiasa perhatikan anak. 

Belum jauh bergerak ada customer call minta tolong aku ambil gambar wedding dia. Rezeki, dahlah memacam nak dibayar masa tu. Ya Allah cepatnya Dia balas 😢

Kesimpulannya...

Bersedekah tak semestinya dengan duit dan rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada merasai hidup yang tenang, di kelilingi orang yang positif (kalau takde just distance yourself from negative vibes), bisnes lancar, jiran yang baik selalu bagi makanan.. eh eh.. dan sebagainya yang kita tak perasan pun. 

Satu perkara nak pesan, walaupun kita meluat dengan public figure yang suka menayang harta atau buat perkara yang kita rasakan membazir, siap 'nasihatkan' dia duit tu lebih baik sedekah lah... bantu anak yatimlah... suruh hidup bersederhanalah... aku yakin si polan tu memang banyak bersedekah sebab tu dia kaya. Kita yang dok kais pagi makan hujung bulan ni tak payahlah nak kisah sangat dia sedekah ke tidak. Sedekah kita tu kasi up lagi daripada tembikai ke seedless grapes barang sekilo. Tahap sederhana semua orang tak sama. Orang yang bergaji RM2000 sebulan tapi dia habiskan hanya 1k dikira sederhana. Orang yang bergaji RM400k sebulan dan menghabiskan RM200k untuk majlis kahwin anaknya masih boleh dikira sederhana sebab gaji dia setahun dekat lima JUTA. Ketebalan wallet tak sama.

Ni aku bukan nak heboh bercerita tentang hadiah tembikai yang tak seberapa tapi tentang MEMBERI dan sedekah itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Jika uols ada takaful, berbahagialah kerana ada portion khairat di situ. Tangan kiri tak tahu pun siapa yang tangan kanan bantu.

Itu je nak cerita kali ini tapi aku ada kisah yang lebih menarik dengan Abang-La yang seorang lagi. Next time aku cerita.

**Mehlah derma kat surirumah ni haa.... nak nombor akaun?

No comments:

Post a Comment