Thursday 11 October 2018

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh | Assalamualaikum. Lama betul tak update blog yang satu ini walaupun memula start dulu kemain berkobar nak share itu ini... konon tak nak campur adukkan dengan travel blog tu. Oleh sebab cerita kelmarin masih panas aku tuliskan di sini saja supaya lebih ramai terinspirasi.


Selalu aku dengar, "bersedekahlah sehingga menjadi kaya bukannya tunggu kaya baru bersedekah". Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata, jika beliau menyelesaikan hutangnya dahulu sebelum bersedekah/menginfaq harta, dibimbangi tidak sempat jika maut menjemput terlebih dahulu. Betul sangat kan?

 Related image

Kisah Abang-La
Sebenarnya aku ada kisah menarik dengan tenant sekeluarga ini. Panjang ceritanya, kisah salah seorang daripadanya "sekolahkan" aku tapi nak cerita yang ini dulu sebab baru saja berlaku dan sangat terkesan di hati.

Dengan penyewa yang satu ini aku kena kutip sendiri duit sewanya. Pernahlah dulu minta ketua kumpulan bank-in tapi aku pula jadi tertunggu-tunggu jadi aku fikir baik ambil sendiri je. Bolehlah singgah memana selepas tu. Jika aku ke KL atau Semenyih atau Nilai haa.. masa tu lah aku gi kutip sebab nak jimat duit minyak hahah... hang ingat orang ada rumah sewa ni kaya ke? Pernah beberapa kali mereka call sebab tak datang sampai tiga bulan. Mereka memang ingat aku kaya sebab duit sewa rumah pun malas nak ambil heheheh... tetiba rasa kaya macam Nyonya Mansur.

Selepas urusan di UTC Isnin lepas aku dah plan nak ke sana jadi kali ini aku bersungguh nak bawa buah tangan, selain membalas kebaikan mereka kita pun nak jadilah Melayu yang beradab kononnya macam orang dedulu... datang rumah orang bawa buah tangan. Malu seyy... setiap kali aku datang mereka akan hadiahkan dua botol air bergas tu. Kalau tak sempat beli mesti bagi RM10 untuk anak-anak. MasyaAllah. Malu aku, miskin benar jiwa si landlord. So... di depan Giant tu ada tembikai dengan harga diskaun. Memula nak beli sebiji tapi lepas tu, eh beli yang dah siap potong ni je lah. Eh beli dua potonglah bagi nampak banyak, kang nampak kedekut nau. Syaitan nirrojim tengah dok menyetan kat telinga. Then aku decide beli sebiji yang sederhana besar berharga dalam RM7.90. Balik rumah tengah hari panas mesti syok diorang makan...slurppp...

Bila dah ambil duit sewa dua bulan tu dia - aku namakan A - cakap, 

"Kaka...yang rm30 itu (maintenance) kaka tak payah bayar, itu saya boleh bayar. Sapu rm8 pun saya bayar."

Wah! bagusnya. Mestilah aku suka kan sebab kos penyelenggaraan memang aku yang tanggung. Kawan serumah dia yang seorang lagi tu dulu siap cakap dia tak nak bayar maintenance bila aku naikkan sewa pada 2016. Berkiranyalah... padahal kadar sewaan masih below market rate. Aku cuma nak mereka kekal di situ sebab tak pernah bermasalah membayar sewa dan kalau ada problem kecil mereka boleh uruskan sendiri. Rumah pun kemas, bersih, tidak berbau dan cantik bercat. Kira luar setinggan dalam kondo lah rumah ni. Maintenance rumah tu takde tertunggak sebab guna access card. Kalau tak bayar kereta/motor tak boleh masuk. Baguslah MPKj dan JMB flat tu. Aku pun bagi taulah yang menyapu tu dah termasuk dalam caj RM30 sebulan tu (takut dia kena kelepet).

Habis kat situ.

Dalam perjalanan balik diiringi hujan baru aku terfikir yang Allah bagi CASH berganda-ganda dengan hadiah tembikai RM7.90. Bayangkanlah RM30 x 12 = ?? Banyak tu... Lama lagi dia nak duduk situ. MasyaAllah. Alhamdulillah. Sebak rasa hati.

Maka benarlah...

Allah melipat gandakan ganjaran kepada orang yang bersedekah, Al-Baqarah, ayat 261:


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Ada lagi satu kisah yang aku masih ingat.

Suatu hari tu aku melalui Jalan Lobak yang agak sibuk dan waktu tu ada seorang lelaki Cina berumur 50an berdiri di double line, dia tak lepas melintas. Kalau ikut logiknya agak selamatlah sebab kenderaan dilarang memotong di situ but you know lah Malaysian driver... Michael Schumacher pun takut tengok, kalau nasib tak baik kang buleh putuih duo. Jadi aku pun beri dia laluan untuk melintas sambil berdoa dalam hati semoga Allah memelihara anak-anak aku ketika di jalanraya. Aku minta ada orang kasihankan mereka. Itu je doa aku. Tetiba rasa sebak masa berdoa tu... yelah kan, kita bukan boleh sentiasa perhatikan anak. 

Belum jauh bergerak ada customer call minta tolong aku ambil gambar wedding dia. Rezeki, dahlah memacam nak dibayar masa tu. Ya Allah cepatnya Dia balas 😢

Kesimpulannya...

Bersedekah tak semestinya dengan duit dan rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada merasai hidup yang tenang, di kelilingi orang yang positif (kalau takde just distance yourself from negative vibes), bisnes lancar, jiran yang baik selalu bagi makanan.. eh eh.. dan sebagainya yang kita tak perasan pun. 

Satu perkara nak pesan, walaupun kita meluat dengan public figure yang suka menayang harta atau buat perkara yang kita rasakan membazir, siap 'nasihatkan' dia duit tu lebih baik sedekah lah... bantu anak yatimlah... suruh hidup bersederhanalah... aku yakin si polan tu memang banyak bersedekah sebab tu dia kaya. Kita yang dok kais pagi makan hujung bulan ni tak payahlah nak kisah sangat dia sedekah ke tidak. Sedekah kita tu kasi up lagi daripada tembikai ke seedless grapes barang sekilo. Tahap sederhana semua orang tak sama. Orang yang bergaji RM2000 sebulan tapi dia habiskan hanya 1k dikira sederhana. Orang yang bergaji RM400k sebulan dan menghabiskan RM200k untuk majlis kahwin anaknya masih boleh dikira sederhana sebab gaji dia setahun dekat lima JUTA. Ketebalan wallet tak sama.

Ni aku bukan nak heboh bercerita tentang hadiah tembikai yang tak seberapa tapi tentang MEMBERI dan sedekah itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Jika uols ada takaful, berbahagialah kerana ada portion khairat di situ. Tangan kiri tak tahu pun siapa yang tangan kanan bantu.

Itu je nak cerita kali ini tapi aku ada kisah yang lebih menarik dengan Abang-La yang seorang lagi. Next time aku cerita.

**Mehlah derma kat surirumah ni haa.... nak nombor akaun?

Wednesday 16 May 2018

Perangai pengikut taksub

Perangai pengikut taksub | Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 (PRU14) baru seminggu berlalu. Disebabkan ia telah menempa sejarah kerana berjaya menumbangkan pemerintahan Barisan Nasional selama 60 tahun sudah pastinya ia masih hangat diperkatakan.

Ramai yang puas hati kerana dapat menurunkan Dato Seri Najib Razak bersama isteri dan rakan sekepalanya diatas kerosakan ekonomi dan menutup mata di atas segala kebejatan yang berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Kagum sangat dengan kesungguhan voter di luar negara yang sanggup keluar wang sendiri menghantar undi mereka menggunakan courier service yang mahal. Ada juga yang sanggup terbang dari Switzerland ke Amsterdam semata-mata mahu menumpangkan undi tersebut melalui seseorang. Hebat!

Di Negeri Sembilan sendiri kami memang sebak kerana terpaksa membuat Tok Mat Hassan yang kami sayangi kalah (beliau menang tanpa bertanding di Rantau). Dah PM tak nak mengundur diri terpaksalah kami push him down. Itulah bahayanya jika ketua dikelilingi manusia tak ikhlas, hanya menyampaikan cerita yang sedap didengar. Berhari-hari kami sedih kehilangan Tok Mat. Beliau diakui salah seorang menteri yang terbaik yang kita ada. Banyak pembangunan dan kemajuan dilakukan beliau di Negeri Sembilan. Di NS ni walaupun di hujung kampung tu ada sebuah sahaja rumah, jalan bertar. Punyalah bagus. YB di sini 'siaplah' kalau ada rakyat yang masuk rancangan Bersamamu TV3 ataupun akhbar.

By the way, aku tak join memana parti politik pun. Tak kuasa, lebih bangga dengan kuasa memangkah.


Menyokong jangan bersetuju semua, membangkang jangan membantah semua
Aku geram dengan seorang mamat nih heheh... bukan dia saja ada lagi seorang dua dalam FB friends tapi yang kat facebook tu aku scroll lelaju malas nak baca. Toksin jangan disumbat ke kepala hari hari nanti otak yang bersih pun boleh jadi kelabu.

Kisahnya, aku komen kat status Zulfadli Zulfadli yang adik aku share. Adik aku ni sokong parti 'confirm masuk syurga'. Tak kisahlah, kami tak pernah bercakap pun atau komen status memasing dalam bab politik. Biarlah dia. Kerabat yang lain pun ada juga ahli parti tersebut. Pilihan memasing. Pada aku jika sesebuah parti/mana mana pihak yang mahu melihat negara ini bersih daripada rasuah, ketirisan, mengangkat martabat wanita, fokus menaiktaraf pendidikan, menghormati pegangan  agama memasing, mengajak rakyatnya hidup aman damai... aku sokong. Bukankah semua tu ajaran Islam? 

Almarhun Ustaz Harun Din pernah berkata dia melihat islam di negara bukan islam, Jepun. Kenapa? Semua yang islam suruh dipraktikkan di sana. Ketepatan waktunya, kebersihannya, keikhlasan  bekerja, menjaga adab bila berkata-kata, sentisa mementingkan orang lain, malu melakukan rasuah dan sebagainya. Adakah mereka menggunakan label "islam"? Tak kan?
**Dalam Islam ikhlas maksudnya bekerja bersungguh-sungguh

Berbalik kisah tadi.

Aku komen sikit je sebab aku rasa apa yang orang tu pos tidak benar. Aku kata, hapuskan tol takde dalam manifesto, hapuskan rasuah ada. Sabarlah baru seminggu.

Lepas tu mamat yang menggunakan nama Ahmad Zaidi yang menggunakan profile picture Nasir Bilal Khan ni berubi-tubi pulak membantai aku hahaha... komen-komen penuh kebencian dia tu takde kena mengena lansung dengan topik. Hmm..nilaikanlah sendiri perangai orang yang meresakan dia lebih islam daripada orang lain. Jauh sangat akhlaknya daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dihormati penganut agama lain. 

Komen terakhir aku, I'm your friend's sister, dimanakah adab?

Perghhhh.... dia sambung lagi hahahah... aku agak dia tak faham english. Orang macam ni kalau dilayan kita pun akan sama rendah IQ dengan dia. Ada lagi kat fb tu, totok yakmats. Hutan kat negeri dia dah terang kena tebang pun nak bangga lagi dengan sistem yang corrupt. 






Ya Allah gigihnya mamat yang kerja kat MS Elevator (M) Sdn Bhd (Toshiba) ni... aku nak tekan publish dah masuk lagi komen dia 😁😁😁 . Bagus ada pengikut taksub macam ni. 

Nasihat akak: 
Jang, kau pergilah bergaul dengan bangsa lain yang berlainan agama. Bergaul juga dengan orang lain yang mempunyai pandangan berlainan. Elok juga kau pergi mengembara secara bajet. Lihat negara dan budaya orang, ambil yang baik untuk improve diri sendiri.

Boleh stress layan puak puak ni 😂. Bukan aku ada dosa pun dengan dia.

Aku nak suggest Ahmad Zaidi dan orang lain yang sekurang ajar dengannya dihantar oleh pimpinan parti mereka ke kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh Ebit Liew. Look and observe bagaimana beliau berdakwah.




Saturday 26 August 2017

@KhairyKJ juga yang menang :D

@KhairyKJ juga yang menang :D | Status di bawah telah dibuat oleh kawan aku dalam bahasa mudah dan bersopan. I believe ramai yang suka juga 😀. Abah @KhairyKJ yang tall, dark, handsome kan ramai peminat, tu yang tetiba sukan polo ramai pengikut. Meriah sangat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bila beliau menentang Putera Mateen dari Brunei tu.

Tahniah YB Khairy Jamaluddin! Berdiam itu lebih baik. Beliau pun bukan budak kampung biasa malah tinggi jua pendidikannya.

Di dalam matapelajaran Bahasa Melayu, ada banyak contoh perkataan yg mempunyai erti yang sama walaupun sebutan dan perkataannya adalah jauh berbeza. Di bawah ialah contoh perkataan yang mempunyai makna yg sama, tetapi perkataan yang sama ertinya adalah berbeza. (Perhatikan perkataan yang panjang ayatnya tetapi perkataan yang sama ertinya hanyalah satu perkataan sahaja) :

Kematangan dalam bertindak = KJ
Keberanian menyahut cabaran = KJ
Kesopanan dan penuh adab = KJ
Cakap serupa bikin = KJ
Kematangan berfikir = KJ
Akhlak seperti seorang bangsawan = KJ
Anak Jantan = KJ
Respek = KJ

Sekian matapelajaran Bahasa Melayu untuk hari ini.


**Aku sokong KJ as a Sport Minister, bukan sebagai ahli politik UMNO. Rasanya setakat ini beliaulah Menteri Sukan yang benar benar aktif bersukan selain memiliki penyokong yang ramai di kalangan bukan ahli/penyokong politik. 

**Miskin itu ujian, kaya juga ujian Allah. 

Wednesday 2 August 2017

Saya Mencari Pemilik Honda City BMD 603

Saya Mencari Pemilik Honda City BMD 603 | Kisah ini dah lama, terjadi pada 28 Januari 2017 lalu.

Kisahnya, pada tarikh tersebut dua kenduri sedang berlansung. Jadi kami di kejiranan ni pakat letak kereta di luar rumah, tepi jalan. Tak ganggu laluan pun sebab kami ada kesedaran sivik.

Okay, bayangkan begini. Anda berada di T-junction kawasan perumahan. Di kanan dan kiri ada khemah. Kami, penduduk dan tetamu, park kereta memasing di kiri kanan dan depan lalu meletakkan kerusi di tengah simpang. Logiknya jika ada akal kita takkan lalulah di situ kan? Kena reverse. 

Ada satu kereta Honda City 1.5L i-Vtec ni boleh pula dia buat u-turn kat situ dan melanggar kereta aku sampai kemek pintu belakang lepas tu dia buat bodoh je dan cabut lari. Dia ingat takde orang nampak? Perangai tak padan dengan harga kereta. Hoih mahal tau kereta dia ni...dekat RM100,000 sebuah. Kalau gaji hang setakat dua ribu setengah je jangan gatai nak order kereta ni. GSTnya pun dah LIMA RIBU RINGGIT. Karang terjelir lidah menunggu gaji bulan depan. Gaji selang 40 hari pun dah merintih kat Facebook 😃 . Orang have have je mampu memiliki kereta ni tau.

Aku tak buat police report sebab ingatkan kereta tu milik saudara-mara jiran ni. Aku fikir pepetang nanti atau esok baru nak bertanya siapa tuannya. Lagipun hang tau dak sekarang ni tong sampah hijau tu hilang pun polis kena terima report dari orang ramai? Kesian kan? Niatnya nak selesai di luar je lah. Alih alih jiran aku yang buat kenduri tu kata bukan saudara mereka. So? 

I investigate.

Aku kan suka tengok cerita polis sentri one two jaga.... yang Korea lah.. yang Hollywood lah. Aku tak percaya cerita polis dalam Hindustan je sebab macam harem hahahah... apa bendalah pakai cota lagi. Cerita Melayu pun tak percaya jugak sebab bila polis tu interrogate dia akan cakap,

Hmmm... Di mana awak semalam?

Hmmm... Dengan siapa awak keluar?

hahhahaha... bahasa buku sungguh! Kau rasa polis nak dapatkan maklumat macam tu ke? sampai mampos pun buku siasatan tak penuh. Cite Korea tak cakap banyak terus zup zupp (pistol canggih sebab tu bunyi tak kuat) 😁😁

Lepas tu penjahat dalam movie Melayu cakap macam Shamsul Yusuf dalam KL Gangster. Ntah apa apa... bunyi Melayu tak, cakap utagha tak, bunyi Cina cakap Melayu pun tak. Cakap je lah macam biasa... nak muntah dengar (tapi aku suka juga cerita tu heheh). 

Hey.. dengan tengok cerita beginilah aku berjaya sorokkan Maggi kari dari anak-anak. Sebelum ni aku sorokkan dalam kabinet dapur. Soroklah di celah mana pun mesti yang sorang tu akan jumpa. Lepas tu aku letak 'depan mata' dia tak jumpa pun. Dah sebulan dah heheh... simpan untuk waktu kecederaan.

Eh, cerita serius ni.

Maka dapatlah tahu siapa pemiliknya. Nama dia Puan Siti Hajar binti Ahmad Zabidi. Umur 44 tahun.

Bulan Februari aku ada program di Shah Alam jadi petang tu aku buatlah Ops Terjah tapi rumahnya di Blok 42 Seksyen 7 tu tak berpenghuni. Sah itu rumah dia sebab ada bukti lain. Gituh. See? Macam polis pencen.

Bila tak dapat bersemuka aku hantar surat. Eh, aku dah try emel seseorang di MIDA. Kot kotlah dia kan. Kereta mahal ni orang gaji besar je mampu letak nama di geran. Dia tak jawab pun. Hek tak huk pun tak. Orang gomen memang tak kuasa balas emel eh? Ke tak check spam folder? Ke... tak kenal maka tak nak jawab? Okaylah... mungkin emel aku masuk kat spam folder tu. Berbaik sangka gitew.

Aku hantar surat bertarikh 25 Februari 2017 ke alamat Shah Alam. Senyap tak berjawab. Aku sabar.

12 Mei 2017 aku hantar pula surat ke rumahnya di Jalan Gamelan, Bandar Bukit Raja. Senyap juga.

Okay.

Aku sabar lagi. 

Manalah tahukan di bulan Ramadhan yang mulia dia akan call/emel/hantar surat/jumpa. Buat salah dengan manusia kenalah minta maaf dengan manusia. Berdosa dengan Allah bolehlah boleh direct tanpa perantaraan. Takde weh. Tak tahulah dia solat terawih ke tidak. Kalau dia buat mesti panjang doanya tu kan? Haish belum selesai urusan dengan manusia lagi ni.

Dia tak percaya kot aku nak popularkan dia. Jadi aku tulislah di sini... manalah tahukan dia bosan di pejabat lalu google kereta dia Honda City bernombor plat BMD 603 tu. Atau kawan dia baca ke... laki dia baca ke... bolehlah sampaikan kepada dia. Laki dia pun suspek juga ni.

Teruk ke kereta aku tu?

Taklah teruk sangat tapi ini adalah kali ketiga kereta aku dilanggar bila mana dalam kereta tu tengah dok dendiam. Hang ingat tak panaih hati ka bila dia langgar dan lari? Yang membuat onar pemandu kereta mahal pula tu. Yang aku geram sangat sebab:

1) Langgar lari. Aku memang bengang dengan orang berperangai begini.
2) Dia patut reverse tapi memilih untuk buat u-turn. Kalau kau terer bawa kereta bolehlah. Aku boleh je alihkan kereta di tempat sempit dengan kereta aku yang tak power tapi banyak berjasa tu.
3) Aku dah try tarik guna pam sinki tapi tak berjaya.
4) Aku dah hantar emel dan surat tapi dia buat bodoh je. Mustahil satu pun tak sampai ke tangan dia. 

Rasa rasanya dia nak response tak kepada luahan hati aku ni? Kita tunggu eh, nanti aku update kalau ada perkembangan terbaru. Dia nak aku datang ke rumah ke? Eleh macamlah susah sangat nak cari rumah hang. Masa takde waze dulu boleh je pergi merata.

Aku geram ni. Rasa nak upload je muka dia kat sini.

Meh kita tunggu... tik tok tik tok...










Monday 31 July 2017

Tips Hartanah | PENTINGNYA untuk membuat lawatan tapak (site visit) !

<h1>Tips Hartanah | PENTINGNYA untuk membuat lawatan tapak (site visit) ! Dua tahun lepas semasa aku menjadi "makcik kayo sekejap" aku rajin kembali melihat-lihat hartanah di sekitar Seremban. Dulu aku tak berminat lansung nak invest di Seremban because of low rental rate, camner nak cover loan instalment. Menetap di Seremban memang selesa tapi nak invest tu taklah (di masa itu). Disebabkan itulah membeli rumah comel comel di Kuala Lumpur dan Selangor.


Golongan cukup makan macam aku ni - yang makan pun tertahan-tahan tapi tak kurus juga - mengharapkan kadar sewa yang mampu membayar balik pinjaman perumahan tu. Iye.... kita orang biasa je bukan buat buat buat humble bajet miskin. Kalau kite banyak duit kite nak beli MPV baru selesa nak sumbat semua bebudak ni balik kampung.


FYI sekarang ni kadar sewa rumah dua tingkat di Seremban 2 dah mencecah RM1,800 sebulan. Phewww... and the price starts from RM600k for bumi lot. Mahal ke? Ya mahal tapi masih murah berbanding Kuala Lumpur/Selangor/Pulau Pinang/Johor. Makanya berebutlah orang luar membeli hartanah di sini. Memang Menteri Besar Negeri Sembilan si Tok Mat kami tu galakkan pun. Kalau tak nak drive boleh je naik bas ke KL setiap pagi, 5.30 pagi dah ada bas. Sama je masa perjalanan yang dikorbankan seperti berulang KL-Shah Alam.


Okay, berbalik kepada tajuk.


Ada satu hari tu setelah aku shortlist beberapa properties kami pun pergi melawat satu kawasan ni. Kami tu aku, anak kecik dan dua anak yang baru dijemput dari sekolah. Kebetulan KAFA dibatalkan.

Nama kawasan tu Tuanku Jaafar Golf and Country Resort di Senawang. Gah kan? Aku pernah sampai ke kem tentera di luar tu je sebelum ni tapi aku tahu the late Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan ada rumah  di sana - sila baca: istana.


Kondominium yang hendak dilelong tu murah, 40k lebih je. Gile tak tertarik? Rasa macam nak beli cash giteww hahaha... berangan betul! Tapi aku dapat rasakan mesti ada sesuatu yang membuatkan harganya sangat murah.
 

Masuk je area tu kami nampak beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Lapang je kat situ macam padang golf tapi rumput dah panjang. Bila nampak club house yang dah buruk sahlah itu Tuanku Jaafar Golf and Country Resort yang sunyi sepi.


At first sight, dalam hati aku berkata ya Allah kasihannya pembeli kondo-kondo ni. Lagi banyak kami lihat terkeluar lagi ayat tu, di mulut pula. Serius kesian. Aku rasa cuma dua unit yang berpenghuni. Mungkin mereka tinggal di rumah sendiri. What to do? Terpaksalah stay di situ juga. Gaji dah banyak potong bayaran bulanan di bank. Itu belum termasuk deposit dan bayaran pelbagai sebelum memula masuk ke rumah. Takkan nak menyewa rumah lain pula kan? Kepada yang tinggal di situ  I can feel you. Ya Rabbi... kesian sungguh!


Kami carilah unit yang hendak dibeli kononnya.


Jumpa tapi beginilah keadaannnya 😢.

***Gambar ada watermak ruggedmom.com sebab asalnya nak pos di sana tapi decided buat blog baru supaya www.ruggedmom.com kekal dengan niche travel***
Not bad design kondo ni.


Saiz rumah ni agak selesa. Pemandangan menarik dengan dilindungi kawasan hijau yang menyejukkan pandangan. Jika semua unit diduduki suasananya mungkin seperti area Taman Melawati tu, sejuk dengan pohon merimbun. Ish bila difikirkan balik beraninya aku masuk ke rumah ni kan, dahlah lama kosong tak berpenghuni. Kawasan tu pun sunyi sepi.


Ada tinggalan katil, tilam serta air-cond. Mungkin juga pernah dijadikan rumah sewa atau asrama pekerja. Mungkin juga sewaktu kelab golf masih beroperasi ramai penghuni di sini. Sayangnya hampir kesemua rumah ni terbiar macam tu je. Aku boleh bayangkan how frustrated the buyers are. Cubalah bayangkan kalau kita dijanjikan bulan dan bintang oleh pemaju tapi akhirnya jadi begini? Tinggi harapan kita untuk settle down atau mendapatkan untung dari pelaburan beratus ribu ringgit tetapi akhirnya jadi begini. Hutang perlu dijelaskan tapi kita terkontang-kanting terpaksa mencari rumah baru.

Unit ini di tingkat satu.


Ada satu unit tu siap ada doa/jampi serapah bergantungan depan pintu. Yang ni aku nak gelak hahahaha.... macam dalam cerita hantu Cina. Siang pun begini di malam hari bagaimanalah agaknya ya. Keluarga yang duduk situ macam manalah mereka memalam eh? Tak dengar apa-apa bunyi ke? Hishh seram pulak. Lebih menyeramkan bila teringat manusia yang menjadi 'hantu'. Eh susah pula hati aku memikirkannya hehehee... Pangkah ! XXX 💀



Apakah masalah sebenar kondominium ini?
Adakah sebab gagal memohon Hakmilik Strata? Lihat di sini untuk mengetahui SENARAI NAMA PEMAJU/PEMILIK TANAH DAN PROJEK YANG GAGAL MEMOHON HAK MILIK STRATA SETAKAT JANUARI 2011.

Selain kondominium empat tingkat ini ada beberapa banglo di sini. Lot yang masih kosong pun ada. Aku rasa harganya tak tinggi sangat. Try lah tanya. Best apa tinggal di tempat ekslusif yang ada beberapa orang manusia je hehehee... carilah tanah lot yang berdekatan rumah berpenghuni. Boleh gak hantar cekodok pepetang 😜



Now can you see why site visit itu penting? Pakar hartanah mencadangkan kita melawat sesuatu hartanah yang kita berkenan tu dalam tiga waktu berbeza. 


1. Pagi biasanya tenang kerana ramai yang keluar bekerja. 

2. Petang mungkin meriah dengan kanak-kanak yang pulang dari sekolah. Kita boleh nampak adakah mereka ni jenis makan air krim pembungkusnya campak di tangga? Itu contoh.

3. Malam barulah kita nampak suasana sebenar. Muat ke parking lot nak terima kereta kita pula nanti? Malam juga barulah kita tahu berapa unit sahaja yang didiami dalam satu satu blok tu. Try lah lalu kat highway Lekas and you can see apartment yang deserted di Pajam tu. Hanya satu kelompok blok sahaja yang ramai penghuni. Kesian juga dengan buyer apartment tu. Maintenance fee quite high kerana building area agak luas tetapi kadar sewaan tak tinggi. Kalau anda ada modal besar boleh saja beli di situ sebab kawasannya tenang dan nyaman. 



Nota:
Bila anda membaca cerita begini janganlah lekas berputus asa. Rumah berlambak dik. Jika hartanah lelong bukan mainan anda cari rumah baru atau subsale. Rumah subsale pun kekadang seperti baru juga sebab belum pernah diduduki.

Adik-adik gegurl, jika boipren anda tetap tidak berminat membeli rumah setelah ditarbiah walaupun dia mampu, anda belilah juga. Pedulikan dia. Nak buat benda baik ni tak payah tunggu boipren ke kawan ke... kita jalan terus. Kita bukan nak share beli dengan dia sebab status dia masih boipren, kita nak dia beli satu kita beli satu, itu je. Dia tak nak tak mengapa. Anda beli, letak nama sendiri, 100% milik kita. Jangan sebab sayang ko masukkan nama dia dalam Sales & Purchase Agreement pula ya walhal dia tak keluar modal pun. Sayang sayang pun kena baling dengan handphone juga. Sebelum sayang boipren tak ingat dunia, sayangilah diri anda dahulu. Boipren yang kabur masa depan boleh diganti dik. 😜

Hidup ni ada pasang surutnya. Berdoa mohon yang terbaik dari Allah tapi bersedialah juga untuk hari yang tidak baik. 

#gittewww
#DoneDakwah


Lepas ni akak nak buat tajuk "Cerita Hartanah | Mengurus Harta GRO" hahhahah.... aku dok cari manalah aku letak gambar bra bermanik tu yang aku jumpa dalam rumah tu 😁😁😁