Monday, 16 September 2019

Kunci banyak rumah

Kunci banyak rumah | Ini pos acik acah kayo, kah!

Aku ada satu rumah sewa yang didiami warga asing. Memula dulu tenant Melayu, lewat bayar tipu tarikh bayar... sudahnya cabut lari tak bayar. Dia tak fikir lansung kesusahan aku yang kena bayar HUTANG kepada bank setiap bulan tanpa lewat. Dia tak berterima kasih lansung atas ihsan aku yang beri dia bertangguh malah bulan puasa pun dia berniat menipu.

DIA yang masih ku ingat namanya lupa yang aku masih simpan that short simple rental agreement yang ada detail dia. Dahlah aku masih muda berdarah panas acah samseng 😃😃, mujur dia tak kena kunci dalam rumah. Kalau pakcik aku yang polis tu tak nasihatkan keraslah kau dalam rumah tu. Geram!

Lepas tu dapat penyewa Melayu lagi, abang ipar dia menyewa di unit sebelah. Yang ni pun bermasalah membayar.

Kemudian pekerja kontrak Indonesia dan Bangladesh. Bila mereka keluar masuk pula Bangladesh lain. Alhamdulillah mereka baik dan nampak menjaga agama. Pernah abang-La yang first tu dan jiran kat situ pi serbu orang berkhalwat di blok yang sama 😁. 

Penyewa warga asing ni bayar cash sebab bank agak jauh dan mereka tiada motor waktu tu maka aku pun sebulan sekali kena gi kutip. Macam dalam filem P. Ramlee pulak heheheh... dan mereka ni pula kalau janji bayar 10hb jangan kau datang 7hb, tak nak dia bayar. 

Ada sekali tu (dengan abang-La pertama) aku datang di hari yang dijanjikan atau sehari awal dan dia kata, "saya takda kunci rumah kaka... itu kawan bawa".

Aku dahlah datang dari Seremban ni dengan menghabiskan masa dan minyak....

NAH...!!


(takde alasan dia tak bayar hari tersebut)

"Wah kaka ada banyak rumah"

Aku pun senyum acah hartawan jutawan hahahhaha.....

Sebenarnya kebanyakan kunci tu kunci rumah sewa di Shah Alam. Dulu aku sewakan pada student yang duduk enam orang serumah. Bila mereka habis belajar diganti dengan enam orang student lagi jadi banyaklah kunci yang dipulangkan (termasuk kunci apa entah mereka tinggalkan)😃

See..... if you want to be seen as wealthy people tak payah drive Lambogini pun hahahahah...


***
Diam tak diam dah 19 tahun jadi landlord so adik-adik, start early. Masuk bidang apa pun cabaran tetap ada kerana perjalanan kehidupan kita ni bukan mendatar je. Jika mendatar tu yang asyik komplen hidup membosankan je.







Tuesday, 13 August 2019

JANGAN USIK 3 perkara ini

JANGAN USIK 3 perkara | Sultan Kedah sudah bersuara! Baginda MENGINGATKAN:

JANGAN usik institusi diraja
JANGAN pertikaikan kedudukan istimewa orang Melayu
JANGAN usik Islam sebagai agama rasmi

Foto Sinar Harian

Kebelakangan ini bukan main rancak lagi mempertikaikan itu ini. Sejauh bertahun kebelakangan ini kecoh pulak bila nampak gambar binatang korban. Dah kau tak makan janganlah cakap memacam pulak kat penganut lain. Tuhan kami SATU je. Nama pun binatang korban, kami korbankan membeli binatang tu unuk disedekahkan kepada golongan miskin. Pemilik binatang korban tu pun boleh ambil 1/3 bahagian sahaja. Kau reti tak ni?

Why don't maintain status quo yang sudah berpuluh tahun kita berpegang kepadanya? Generasi yang lahir selepas merdeka kena baca balik sejarah Tanah Melayu, Malaya, Malaysia. Nama Malaya itu sendiri pun memberi makna tepat.

Aku tak suka ungkit hal ini sebab ada ramai kawan non malays but those ungrateful one please digest what Tun Sambanthan has said many years ago. Jadilah manusia yang bersyukur and let build this nation together. Perkara yang telah datuk nenek kita persetujui bersama dan boleh hidup dengan harmoni selama ini janganlah dipertikaikan. Kau tak cukup apa lagi?

Image result for tun sambanthan
Tun V.T. Sambanthan

Image result for kata kata tun sambanthan
Tun Tan Siew Sin
Are THEY testing the water?? Sesungguhnya jangan cuba bermain api. Golongan yang ramai tidak suka dibuli oleh golongan yang sedikit. Melayu itu bersifat menyimpan rasa tapi... kalau meletup?!

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, text

Frankly, aku tak suka tulisan Raja Petra Kamarudin sebab dia bagi imbalance view, mengikut siapa tuan dia, but this one...

"How nice to live in a country with no Umno, no Bumi policy, no Bahasa Malaysia, no Sharia laws, no official religion, no Article 153, and a Chinese education system.‬". Get it?

No photo description available.


*********************************************************************************
And those yang asalkan kita bercakap tentang racial problem atau masalah negara terus potong dengan "sejak PH memerintah/macai PH lah tu../tu lah bagi orang bukan Islam memerintah.... dan seumpamanya, eh bangangnya kau.

Berdiskusi dengan matang tak boleh ke? Kalau pemerintah yang dulu elok takdelah kena humban. Kau ingat AMBank tu sesaja kena denda dengan Bank Negara RM53 juta?? Bukan kena denda tahun 2018 atau 2019 tau, November 2015 lagi.



Tuesday, 30 July 2019

Persediaan menghadiri hari konvokesyen

Persediaan menghadiri hari konvokesyen | Assalamualaikum and hi everyone! Lama tak menulis di sini. Banyak je idea tapi cuba untuk menulis yang bermanfaat je walaupun menggarit-garit tangan den nak menulis memacam 😀

Image result for convocation day

Tahniah kepada para graduan yang telah berjaya mengharungi cabaran dalam menggapai impian. Mungkin sekadar memenuhi hasrat ibu bapa tetapi fahamilah dan sedarlah bahawa tanpa paksaan tersebut kita mungkin masih di takuk lama. Mungkin masih berada di circle of friends yang sama, yang tidak mahu memajukan diri. Walau apapun sijil yang kita genggam diploma ke.. ijazah ke... atau sekadar sijil je.. kita diuji berdasarkan kemampuan memasing. Jangan pernah berasa rendah diri dengan sijil asas yang kita ada, make it a stepping stone to move forward. Ramai juga yang dapat gaji bagus setinggi RM1,800 sebagai permulaan hanya berbekalkan sijil kemahiran. Yang penting jangan cepat berpuas hati dengan ilmu dan pendapatan sekarang, carilah ilmu selama hidup untuk sentiasa memperbaiki kehidupan.

Actually this blogpost ditujukan kepada parents yang belum tahu terutamanya yang tidak pernah belajar di menara gading, supaya lebih bersedia. Graduan ada urusan mereka sendiri di hari konvokesyen nanti. Ada juga mak ayah yang tidak hadir di majlis graduasi sendiri dahulu atas pelbagai sebab termasuk takde duit masa tu. Banyak je kisah keluarga miskin dalam masyarakat kita.

Okay, kita mulakan dengan langkah berikut:

1. Selepas mendapat surat pemberitahuan daripada institusi pendidikan, kita diminta membuat bayaran. Yang hadir majlis konvokesyen jumlahnya sekian yang tak hadir jumlahnya sekian RM pula. Buat pembayaran di bank. Ada kolej minta kita bayar di Cash Deposit Machine. Ikut arahan yang ditetapkan.

Bila dah buat bayaran tu nanti pihak kolej/universiti akan bagi feedback pada anak.


2. Oleh kerana ramai akan hadir ke majlis tersebut, tempahlah hotel/homestay dengan segera. Carilah penginapan yang berhampiran lokasi majlis supaya senang nak hantar jemput anak. 

Kalau guna booking site ada yang tak minta bayaran lansung. Ada hotel yang meminta bayaran dilunaskan dua hari sebelum check-in. Sekiranya bayaran tidak dilunaskan nasib ko lah kalau ada orang lain take over bilik tu.

In my case, kami mak paknya tak tahupun ada jamuan makan malam untuk graduan, jadi kami menginap di bandar which is 23 minutes away from the convocation hall. Jadinya.... hari mendaftar (hari rehersal= hari Jumaat) sepanjang hari dok dalam kereta 😔😔 . Selepas hantar untuk pendaftaran kami ke bandar - jalan jalan - pergi masjid solat Jumaat (aku gi solat kat hotel) - jemput the boys di masjid - pergi rumah saudara di Jasin - pergi jalan jalan lagi - jemput the big boy selepas dinner. Letih baq hang... panaih lit lit. Oh lupa, in between kami kena hantar baju ke lokasi dinner dia sebab dia nak pakai baju bertema. Fuhhh...

Sengaja meronda malam tu sebelum jemput that boy di sebab tak nak patah balik ke hotel, karang dua kali kena bayar parking.


3. Tibalah hari kejadian... Para graduan lelaki diminta memakai kemeja lengan panjang dengan seluar panjang hitam dan berkasut hitam atau berbaju Melayu warna gelap, bersongkok dan berkasut hitam. Janganlah ada lagi yang tak faham arahan mudah ni. Anak ai pakai baju raya je tapi bengkek je hati aku terpaksa beli songkok sebelum masuk dewan. Terbang 33 hengget! 

Ingat ya, HANYA DUA ORANG berusia 12 tahun keatas dibenarkan masuk ke dalam dewan. Mana yang bawa rombongan sekampung macam menghantar keluarga pergi Mekah tu pepandailah cari port yang bersesuaian. 

Aku suruh anak-anak duduk kat library sambil buat latihan tapi mereka dapat duduk di kawasan luar dewan yang sejuk kena air-cond. Selepas VIP masuk ada pegawai benarkan anak aku masuk tapi sayangnya yang seorang lagi tak cukup umur jadi dua dua tak masuk. Anyway, mereka ok je sebab tak berpanas. Buku yang mereka bawa tu empat muka surat pun tak siap sampai habis majlis. Entah apa benda yang disibukkan pun tak tahulah.


4. Sesi bergambar. Sebahagian yuran konvo yang kita bayar tu telah termasuk bayaran "gambar di pentas". Makanya bila nak bergambar dengan backdrop buku acah profesor tu kena bayar lain. Nak bergambar dengan famili pakej lain puleks. Yang pasti duit kena keluar lagi.


5. Jika berkemampuan belilah jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada anak. Ikut poket sendiri... tak perlu rasa pressure dengan keadaan sekeliling, bukan keperluan pun, bukan kita tak hargai anak kan? Yang penting selepas majlis selesai bagi anak-anak makan hehehe...lupa terus fasal bunga.


Begitulah ceritanya...harap dapat mencerahkan apa yang kelam sebelum ini. 











Saturday, 25 May 2019

Trade war between US and China

Donald Trumph vs Huawei.

Huawei has predicted the worst scenario after the 5G issues and prepare themselves.

Huawei introduces Hongmeng, which gradually will replace Android. Surely it has an advance system compared to existing one.

Huawei is very smart mobile phone with good camera by the way.


Tuesday, 7 May 2019

Perginya 3 ulama negara

Innalillahhiwainnailai hirajiun...

Saja nak pos di sini sebagai kenangan. Tiga beradik yang HEBAT Harun, Ishak dan Hassan Din. Hebatnya ibu bapa mereka mendidik.

1) Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 15 September 2016.

2) Ustaz Ishak Din meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 November 2016.

3) Terbaharu, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, meninggal dunia selepas terjatuh ketika mahu menunaikan solat Subuh pada 1 Mei 2019 . Beliau adalah bekas Penasihat Agama Istana Negara.

Allahu... sedih.. hiba.

Semoga ulama yang tinggal berani dan mampu menegur yang salah, tanpa mengira pangkat dan status.




Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz bersama abangnya Datuk Dr Haron Din.

Friday, 19 October 2018

Harga rumah akan turun? Nak tunggu lagi ke?

Harga rumah akan turun? Nak tunggu lagi ke? | Pernah dengar orang berpengaruh cakap harga rumah akan turun? Pernah dengar dia kata tunggu dulu jangan beli sekarang? Pernah kan? Berulang-ulang.

Aku ada kawan yang menyewa apartment selama 12 tahun di Kuala Lumpur. Kadar sewa semasa RM800/1000 sebulan. Sekarang anak dia dah lima orang. Aku pernah tanya kenapa tak beli rumah lagi (ai tak kisah orang kata kepohci because I care)? Dia kata kawan dia yang jadi ejen hartanah beritahu harga rumah akan turun jadi dia nak tunggu dulu. Tepuk dahi aku...amendelah, bagilah nasihat yang betul. Kawan aku tu bukan layak beli rumah mewah walaupun gaji suami isteri digabungkan.

Percayalah, harga rumah second hand dalam kategori mampu milik takkan turun. Hanya hartanah baru yang dibawah seliaan kerajaan sahaja yang akan dikawal harganya demi kemaslahatan rakyat. Mampu milik tu berapa pula harganya? Sekarang ni bolehlah kita katakan hartanah yang berharga dibawah RM350 ribu. 

Seperti berita di bawah, terdapat peningkatan pada lambakan hartanah berharga RM500,000 keatas yang masih tidak terjual. Siapa yang mampu beli rumah dengan harga begini jika bayaran bulanannya selama 25 tahun sebanyak RM2400 sebulan? Ai memang mampu tengok je lah.

Jadi bila waktu terbaik untuk membeli rumah?

20 tahun yang lalu.

Waktu kedua terbaik?

Sekarang.


Now, lakukan/jawab soalan-soalan ini:

1) Sila semak selain bayaran ansuran yang bakal kita tanggung, ada tak hutang lain?

2) Tanya bank berdasarkan gaji kita tu berapa bank boleh bagi pinjaman? 

3) Kita ada tak deposit 15% daripada harga rumah? Sebenarnya deposit 10% saja... selebihnya nak bayar valuation report dan upah lawyer. Kalau yang ni takde, terpaksalah kita buat kerja part time demi keselamatan dan keselesaan anak isteri. Berusahalah sambil berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita. Biar rumah kecil asalkan kita yang punya.

Bila dah dapat jawapan bolehlah mulakan window shopping. Ingat, biar rumah kecil asalkan jadi milik kita.


Tuesday, 16 October 2018

Bila tuan rumah 'disekolahkan' penyewa Bangladesh

Bila tuan rumah disekolahkan penyewa Bangladesh | Assalamualaikum and hello...! Kisah penyewa yang seorang ini sangat menarik tapi panjang. Kalau rasa nak 'membuang' selesaikanlah dulu.

**This post is related to the previous one, please read here for better understanding**

Sebelum berlakunya salah tanggapan dan persepsi buruk serta umpatan kerana menyewakan rumah pangsa tu kepada warga asing, mai dengaq my explaination first. 

Kami memohon rumah itu ketika masih layak dan bekerja di Selangor malah sewaktu mendapat kunci tahun 2000/2001 pun suami masih bekerja di Selangor. Waktu itu tiada sekolah, kedai pun tak banyak tak macam la ni. Bila tengok suasana sekarang aku pun rasa nak pindah duduk sana.

Time dapat kunci tu fasa tertentu masih under construction. Supply melebihi demand selama bertahun-tahun sehinggakan kita tak boleh memilih sangat calon yang hendak menyewa. Nak sewakan mahal apartment kat depan tu pun banyak yang unoccupied. Disebabkan aku perlu membayar instalment kepada bank hampir RM400 sebulan yang belum termasuk maintenance dan cukai pintu setahun dua kali, maka ia wajib disewakan untuk menggantikan duit yang keluar. Kalau bayar sendiri habis camtu je lah gaji... Nak duduk sendiri pun bukannya ada taska di situ. Setiap bulan kena top-up sebab pelaburan menghasilkan pulangan negatif hahaa... selalu dapat reminder daripada bank. Biasalah tu bagi orang yang baru memulakan hidup berkeluarga... nak bayar instalment rumah sendiri yang dibeli sebelum berkahwin, bayar motor baru selepas motor pertama hilang dalam kawasan rumah, bayar taska untuk dua orang anak comel, bayar duit minyak kereta yang berulang-alik 70km sehari ke pejabat, minyak motor untuk perjalanan ulang-alik 180km sehari, hmmm.... macam macamlah. Stress juga.</h1>


Sebelum mendapat penyewa dari syurga
Penyewa pertama local, buat taik sampai aku jumpa majikan dia. Dia tak tahu aku suka menonton cerita CSI 😁😁 siap aku nak upah Along lagi hahah.... ganas, darah masih panas. Along tu ada akaun kat bank aku so bolehlah kawtim. Aku naik angin sungguh masa tu.... dengan suara lembut merayu minta tangguh bayar sewa alih alih dia blah camtu je sebelum raya. Tak ke merah telinga tuan rumah dia? grrrr.... masih ingat lagi mak aku cakap, jangan pergi rumah dia! (di Gunung Pasir) dan pakcik aku yang kerja polis pesan, ekau jangan kunci pulak dio dalam rumah tu! hahah...

Seterusnya orang tempatan lagi. Dia bekerja di car wash milik saudara tetapi tinggal di rumah tu sekejap je sebab dia kata tak boleh survive dengan gaji rendah nak bayar sewa rumah, mana nak bayar tambang bas anak yang terpaksa bersekolah di Kajang lagi. Hanya tapak sekolah tapak masjid tapak balai bomba tapak balai polis tapak stesen minyak yang wujud waktu tersebut.

Kemudian local lagi... menyampah aku asyik kena follow-up bila nak bayar bila nak bayarrrr....?? Dia bergaduh laki bini aku pula jadi mangsa. Bank bukan ada timbang rasa pun... by 7th kena bayar dah.

Lepas tu pasangan buruh Indonesia. Memula okay lelama makin liat. Pernah aku membebel, kalau tak cukup duit janganlah hisap rokok. Ehh..rokok boleh beli sewa rumah nanti, nanti. Sebelum mereka keluar mereka dah bawa masuk kawan Bangladesh (aku namakan AR) pula duduk sekali. Selepas penyewa Bangladesh yang pertama keluar Bangladesh kedua (aku namakan RM) masuk sehingga ke hari ini. Aku tak pernah berurusan pun dengan RM ni pandai pandai je mereka serah-menyerah rumah. Mujur tak buat masalah kalau tak dah lama aku suruh pindah. Hey... berani dia overide power aku.

Selalu dengar kisah yang indah indah je kan tentang pelaburan hartanah? Nak dapat yang indah tu kekadang kena melalui pahit getirnya dahulu... dengan sewa murahnya, dengan penyewa sekejapan bertukar ganti, dengan duit gaji cecukup makan je sebab nak berharta... Hadap je lah. Kita bukan anak menteri yang habis study terus dapat kerja tanpa perlu turun naik tangga pejabat orang menjaja sijil sendiri. Semoga yang kelat itu menjadi kenangan manis di akhirnya.


AR si penyewa Bangladesh pertama
Aku boleh katakan penyewa foreigner aku baik belaka dan ada inisiatif untuk hidup lebih selesa dengan tidak tinggal di rumah kongsi. Tak selesa, kata mereka.

AR ni dengarnya sekarang bekerja di Klang. Dia selalu juga mempelawa aku minum bila ke sana tapi selalunya aku tolak sebab.. ermm... kena ada sedikit prasangka di situ. Aku bimbang akan keluar cerita sedih yang akan membuat aku simpati. Cukuplah penyewa pertama tu menipu, bulan puasa pun dia tipu aku, tau tau dah berambus tinggalkan sewa dan bil tak berbayar. Mujur ai samseng sket.

Ada sekali tu aku terima pelawaan dia. Masa duduk dalam restoran tu semacam je orang memandang, adakah mereka ingat aku ni girlfriend si AR? huhu... segan jugalah tapi biarkan je lah. Memacamlah aku tanya dia lagak polis pencen. Menurut katanya dia berdua dengan adik ke Malaysia dan setiap bulan (atau dua bulan sekali) mereka hantar RM2500 balik kampung! Banyaknya.... aku yang kerja berdua ni pun sakit nak menyimpan. Rasa kecilnya diri ni, betapa gigihnya golongan yang selalu dipandang rendah ni. Insaf akak sekejap. Sekejap je lah sebab akak mudah lupa hahaa...

AR dan rakan serumah dia pernah pergi buat serbuan di unit lain yang sedang buat maksiat. Bagus betullah. Salute dengan diorang ni, walau jauh dari keluarga agama tetap dijaga.

Bulan seterusnya kutip duit dari orang lain, ingatkan wakil tapi selepas beberapa bulan baru tahu AR dah takde... amboi babai pun tidak.

RM si penyewa Bangladesh kedua
Dia tinggal di situ sejak tahun 2009 so almost 10 years dah. Ye semua yang menyewa aku syaratkan minima dua tahun tapi ada yang dah 11 tahun. Alhamdulillah. Rezeki bukan sekadar duit, kan? Penyewa yang tak bermasalah pun rezeki juga.

Dia ni pun selalu nak belanja aku makan bila datang mengutip sewa. Cuma dua kali aku terima dan yang terakhir tu aku bersyukur terima pelawaan dia walaupun tak habis mengorek cerita. Itu pun aku makan nan cheese je sebab alergic makan nasi, takut mengantuk so how to drive back? Susah hati dia aku makan yang murah je agaknya siap suruh bungkus untuk husband dan anak-anak. Allahu... patutlah rezekinya tak putus.

Sebelum ke restoran kali kedua tu dia tunjukkan kepada aku gambar banglo dia di Bangladesh sana yang sudah di peringkat akhir. Banglo dua tingkat lima bilik bernilai RM150 ribu.

Lagi dua bulan saya mahu balik mahu pasang tiles, kaka.... sambil menunjukkan tiang luar yang siap ber-tiles. Boleh bayangkan tak betapa ceria dan excited time dia bercakap tu? Berdecit mulut membayangkan tiles yang dia pilih tu. Duit dah hantar tinggal nak pilih tiles untuk lantai je.

Sambil makan dia bercerita betapa susahnya dia masa memula kerja di Malaysia dulu. Datang sebagai buruh construction dengan gaji RM30 sehari. Sangat susah kaka duit tak cukup. Lepas tu dia bekerja sendiri ambil upah potong rumput, cat rumah, pindah rumah, sapu sampah dan berbagai lagi kerja yang kita pemilik bumi Malaysia ni tak suka buat. Apa kelas kerja macam Bangla- kau kata. Dulu dia turut bekerja di pasar malam seminggu dua tiga kali. Tauke akan ambil di rumah. Dia letih dan nak berhenti tapi tauke tak bagi sebab kalau pekerja tempatan selalu nak cuti atau kerap berhenti. Hujung minggu orang panggil dia sapu tapak pasar malam. Tengah malam pun kerja lagi. Pernahlah dia ditangkap imigresen semasa menyapu tu dan tauke dia bayar beberapa ribu untuk melepaskan dia. Kerja sendiri tapi ada tauke err.... entah tak faham aku macam mana, jangan tanya eh.

Pernah aku datang tengahari dia dan adiknya dah siap bersih berjubah nak ke surau. Saya jadi muazin, kaka. Ya Allah, manalah jantan-jantan Melayu ni oi? Sembang agama kat socmed mengalahkan ulama. Asal tak sealiran fahaman kemain kau bahasakan.

Eh lupa nak cakap, sebelum buat rumah tu dia guna handphone Nokia baling anjing tu je hahahah...

Disebabkan kerajinan dan kejujuran, dia diberi amanah memegang kunci rumah banglo. Senang dia nak masuk bila tuan rumah gi kerja. Ada banglo kosong sebab owner berada di negeri lain jadi owner bagi dia letak peralatan bekerja di rumah tu. Saya tanam pokok, mandi, solat semua sana. Bab berbudi kepada tanah ni memang tak tipu, kekadang aku pun dibekalkan dengan bendi, terung atau apa-apalah yang ada time tu. Sepatutnya aku yang bagi dia. Ada juga dia tanam sayur di banglo bertuan, sukalah tuan rumah tu.

Penuh dua tapak tangan dengan kunci rumah. Kunci kereta pun ada pada dia. Tuan rumah suruh alihkan kereta sebelum mesin rumput. See... trust is there.

Beberapa tahun lepas dia buat raya open house. Dia yang masak tau tapi kami tak pergi sebab husband aku tak larat. Lepas tu dia tanya kenapa tak datang. Selepas tu ada dia bercakap sekali lagi fasal tu. Aku tak sedap hati dah, maybe dia masak khas untuk kami tapi ajak juga orang lain. Rasa bersalah kecewakan orang lain yang berusaha untuk gembirakan kita tapi benda dah lepas, nak buat camner tapi aku pernah attend open house dua tahun lepas. Ya Alah sedap giler ayam briyani dia! Terus aku minta resepi hahaa...

Masa husband pasang kipas di rumah tu dua tahun lepas (masa musim El Nino yang panas membahang tu) dia kata, kaka abang tak datang masa saya buat open house. Saya masak... adudu... rasa bersalah lagi. Saya belanja RM3,000 buat open house esoknya saya dapat kontrak RM20k alhamdulillah. Tak apa bagi orang makan, sedekah. Di kampung, kalau lima enam orang datang bapa saya sembelih kambing. Tu dia aih sembelih kambing terus... depa makan banyak macam orang Arab gak.

Masa husband buat wiring dan pasang kipas tu dia komen untunglah sebab upah pasang kipas je RM60-80, belum termasuk wiring. Hmm... takdenya husband aku buat part time pun.. hanya buat untuk yang kenal dan jiran-jiran sebab takde lesen. Nak offer repair kipas kelas anak sendiri pun teragak-agak walhal kerja pertama yang dia buat masa sampai KL dulu wiring lah.

Dia belikan tiga bungkus nasi briyani ayam + tiga bungkus air. Tiga bungkus untuk dua orang. Aku makan suku je dan husband mampu tambah setengah je dari bahagian aku. Tak habis?- tanya si RM. Gila nak habiskan sampai tiga? Kita bukannya kerja teruk macam dia. Sebelum dia keluar semula dia pesan pada saudara dia supaya belikan mango float pula. Santak perut hahah...

Semasa husband buat kerja tu aku duduk je lah main henpon, baca buku sekejap sekejap. Mengantuk okeh tapi takkan nak baring kat atas sofa tu. Ada sofa ye uols... tuan rumah pun bersila atas lantai je kat rumah hahah... Disebabkan kami datang, sofa lama tu dialas kain bagi nampak kemaih sket, lantai dipasang karpet. Tikar getah rumah aku pun dah koyak kahkah... Bilik mereka kemas, pakai katil queen yang orang buang. Aku jeling tandas, nampak bersih juga tak macam masa dia duduk sekali dengan kengkawan dulu. Duduk ramai saya satu orang bayar buat apa kaka? Sekarang dia duduk dengan kerabat rapat je. Peti ais dua, dapat free juga tapi tv takde. Pernahlah aku pesan kalau ada orang nak buang tv bangi tau aku. Ooo kaka mau ka? Malu dow... hahah tapi kena bagi tau juga sebab masa tu tv gedabak dah rosak. Kalau dapat yang murah atau free alangkah bagusnya 😃 Miskin betullah tuan rumah kau ni, Abang La.

Owh.. dia ada anak, dua orang.

Lapan tahun pertama di Malaysia dia tak pernah balik kampung. Bila Air Asia mulakan route KL-Dhaka mereka sukalah sebab boleh dapat tiket murah sikit. Selepas balik bercuti kali pertama tu dia cerita anak perempuan dia sudah besar, dah berumur lapan tahun. Ada nampak macam sebak di situ sebab dia lama tak tengok anak dia. Sejak dari tu setiap tahun dia balik. Ada sekali tu anak perempuan dia nak baju yang berharga seratus ringgit lebih, dia belikan. Dia juga pernah poskan handphone kepada anak lelaki yang menyambung diploma. Katanya beli di sini lebih murah. Semasa pertemuan terakhir tahun lepas dia kata dia mungkin nak baik terus ke Bangladesh bila anak dia yang sedang buat degree in engineering di Dhaka tamat belajar. Perghh...RM1k sebulan dia hantar kat anak lelaki dia tu. Anak aku pun ku suruh berjimat cermat dengan duit poket yang tak seberapa. Banyak kan seribu tu? Dia kata takpa, sana mahal...dia mau belajar. PAPPP! sekali ke muka sendiri.

Sebenarnya dia nak buat satu projek berkaitan kerja dia, kawasan pun dah dipagar. Untuk memulakan satu projek tu dia tak cukup duit jadi dia cuba minta bantuan beberapa orang kaya yang jadi customer dia. Ada yang dengan senang hati je bagi pinjam dua ribu, tiga ribu.

Dalam ramai penyewa yang pernah menyewa rumah aku, RM inilah yang paling banyak duit, berpendapatan tinggi sehingga boleh menggajikan saudaranya hampir RM1800 sebulan! Kau (dan aku) mampu??


Apa yang awak suka di Malaysia?- soal FBI.

Semua kaka... masalah ada sikit sikit tapi sini ramai orang baik kerja pun senang. Masa dia kena tangkap dulu dia kena bayar empat ribu kalau tak silap tapi dia kata, takpa kaka duit boleh cari...saya mau kerja sini. Nampak tak? Kau, aku, nampak tak betapa makmurnya negara ini? Memang aku hairanlah kenapa bangsa sendiri boleh merempat di bumi MILIK KITA (kecualilah yang sakit, ada ahli keluarga OKU). Bila susah kita kena adjust cara hidup, cara belanja. Aku faham memang susah nak buat lelebih lagi kalau anak kita tak faham (atau tak mahu faham) keadaan semasa.  RM dan semua yang serumah tidak merokok. Sayur tanam sendiri. Lauk ikan dia jala/pancing di sungai belakang tu. Tak sempat husband aku nak menjala dengan dia. Ayam kena beli jadi makan kekadang je. Dia tak hadap keje gomen macam kita. Dia tak sibuk nak kerja makan gaji macam kita. Masa memula sampai berapa kerja dia buat dalam sehari/seminggu?

Yang paling sadisnya, dia bagi daging korban kat aku.. adoilaaa.... dah terbalik! Beriya dia suruh ambil sebab dia dapat banyak. Jadi tukang sembelih kat masjid, balai polis, taman lain... Malunya dengan dia ni.


Penyewa yang dirindui
Selalunya aku ambil duit sewa dengan anak. Setiap kali itu jugalah dia akan bagi dua botol air minuman bergas. Kalau tak sempat beli dia akan bagi RM10. Entah untuk anak entah untuk duit minyak. Kalau hari raya anak-anak akan mendapat sampul berisi duit.

Ada juga dia menjemput ke rumah kalau datang bulan raya tapi takkan nak masuk kalau husband tak ikut sekali. Sekarang aku tak naik sampai depan pintu. Dulu rajin juga mengintai ke dalam rumah. Bila dah berkali-kali nampak bersih dan tak berbau, nampak sejadah semua aku pun malas nak naik lagi. Sewakan rumah ni macam kita sewa hotel/homestay juga, kita sewa tapak je. Jangan sebab kau dah bayar kau boleh buat sesuka hati kat harta orang, tinggalkan bekas makanan dan lantai bersepah-sepah macam monyet yang makan. Mesti ada common sense bila jadi manusia.

Sekarang RM hanya tinggal kenangan. Dia meninggal dunia semasa bercuti di kampungnya beberapa bulan lepas. MasyaAllah cantik aturan Allah, nyawanya dicabut ketika bersama keluarga. Allah mudahkan urusan keluarga dia. And in case you curious nak tahu, hutang dia dengan pelanggan sudah dijelaskan oleh kerabatnya di sini. Menangis aku sepanjang jalan balik ke Seremban, betapa ralatnya tak sempat buat rendang untuk dia. Berkali-kali nak buat nak buat tapi tak buat juga.

Sebak pula haaa.... aku cerita setakat yang aku ingat buat masa ini supaya aku pun boleh refer balik kat sini. Banyak yang dia 'sekolahkan' aku.


Apa yang aku belajar dari penyewa Bangladesh ni?
1) Jangan sesekali memilih kerja.

2) 3D jobs always in high demand.

3) Merantaulah jika di bumi sendiri tidak menjanjikan rezeki yang baik. Datang secara halal.

4) Tujuan merantau untuk mencari rezeki lebih untuk diri dan keluarga jadi JANGAN LUPA hantar duit kepada yang ditinggalkan.

5) Sayangi anak-anak, jangan kedekut invest dalam ilmu. Kalau kita tak pandai jadikan mereka pandai.

6) Ilmu bukan hanya boleh didapati dari ceramah/seminar/orang pandai ada degree PHD saja.

7) Terima nasihat/ilmu daripada sesiapa sahaja. Jangan lihat orangnya.

8) Cuba penuhi hajat orang. Kalau dia ajak makan, pergilah makan... bukannya kena masak 😭. Sedapnya nasi briyani ayam dia...!

Salah sebuah bilik yang lebih kemas daripada bilik anak dara yang viral tu. Kalau tak reti memasak boleh je  beli makanan tapi kalau tak reti berkemas... serabut otak weh.

Aku, tuan rumah yang tiada apa-apa.

Dari dulu hingga kini aku belum pernah lagi menjemput memana tenants datang ke rumah. Segan, sebab:

1) Pekerjaan mereka hebat belaka. Ada eksekutif, senior eksekutif, guru besar, F&B manager, kontraktor hebat (dia letak staf di rumah tu), pemberi servis yang kaya - pemotong rumput, cat rumah, bersihkan rumah, muazin dan lain-lain. Hampir kesemuanya berpendidikan tinggi.

Dulu student IPTA pun ada, kira hebat jugalah sebab dia belajar kat universiti. Katanya, "kak, MAKE SURE eh sebelum kitorang masuk bla bla bla...". Amboi hang... tu lah main henpon je reti communication skill ke laut. Please find a more suitable words/sentences when dealing with people terutama strangers. Eh, macam aku pula yang nak duduk rumah dia.

2) Hiasan dan peralatan rumah mereka lebih cantik dari rumah aku ni.

3) Aku takut mereka menangis keinsafan bila masuk rumah aku hahaha...



Thursday, 11 October 2018

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh

Motivasi | The power of sadaqah. Kisah aku dengan penyewa Bangladesh | Assalamualaikum. Lama betul tak update blog yang satu ini walaupun memula start dulu kemain berkobar nak share itu ini... konon tak nak campur adukkan dengan travel blog tu. Oleh sebab cerita kelmarin masih panas aku tuliskan di sini saja supaya lebih ramai terinspirasi.


Selalu aku dengar, "bersedekahlah sehingga menjadi kaya bukannya tunggu kaya baru bersedekah". Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata, jika beliau menyelesaikan hutangnya dahulu sebelum bersedekah/menginfaq harta, dibimbangi tidak sempat jika maut menjemput terlebih dahulu. Betul sangat kan?

 Related image

Kisah Abang-La
Sebenarnya aku ada kisah menarik dengan tenant sekeluarga ini. Panjang ceritanya, kisah salah seorang daripadanya "sekolahkan" aku tapi nak cerita yang ini dulu sebab baru saja berlaku dan sangat terkesan di hati.

Dengan penyewa yang satu ini aku kena kutip sendiri duit sewanya. Pernahlah dulu minta ketua kumpulan bank-in tapi aku pula jadi tertunggu-tunggu jadi aku fikir baik ambil sendiri je. Bolehlah singgah memana selepas tu. Jika aku ke KL atau Semenyih atau Nilai haa.. masa tu lah aku gi kutip sebab nak jimat duit minyak hahah... hang ingat orang ada rumah sewa ni kaya ke? Pernah beberapa kali mereka call sebab tak datang sampai tiga bulan. Mereka memang ingat aku kaya sebab duit sewa rumah pun malas nak ambil heheheh... tetiba rasa kaya macam Nyonya Mansur.

Selepas urusan di UTC Isnin lepas aku dah plan nak ke sana jadi kali ini aku bersungguh nak bawa buah tangan, selain membalas kebaikan mereka kita pun nak jadilah Melayu yang beradab kononnya macam orang dedulu... datang rumah orang bawa buah tangan. Malu seyy... setiap kali aku datang mereka akan hadiahkan dua botol air bergas tu. Kalau tak sempat beli mesti bagi RM10 untuk anak-anak. MasyaAllah. Malu aku, miskin benar jiwa si landlord. So... di depan Giant tu ada tembikai dengan harga diskaun. Memula nak beli sebiji tapi lepas tu, eh beli yang dah siap potong ni je lah. Eh beli dua potonglah bagi nampak banyak, kang nampak kedekut nau. Syaitan nirrojim tengah dok menyetan kat telinga. Then aku decide beli sebiji yang sederhana besar berharga dalam RM7.90. Balik rumah tengah hari panas mesti syok diorang makan...slurppp...

Bila dah ambil duit sewa dua bulan tu dia - aku namakan A - cakap, 

"Kaka...yang rm30 itu (maintenance) kaka tak payah bayar, itu saya boleh bayar. Sapu rm8 pun saya bayar."

Wah! bagusnya. Mestilah aku suka kan sebab kos penyelenggaraan memang aku yang tanggung. Kawan serumah dia yang seorang lagi tu dulu siap cakap dia tak nak bayar maintenance bila aku naikkan sewa pada 2016. Berkiranyalah... padahal kadar sewaan masih below market rate. Aku cuma nak mereka kekal di situ sebab tak pernah bermasalah membayar sewa dan kalau ada problem kecil mereka boleh uruskan sendiri. Rumah pun kemas, bersih, tidak berbau dan cantik bercat. Kira luar setinggan dalam kondo lah rumah ni. Maintenance rumah tu takde tertunggak sebab guna access card. Kalau tak bayar kereta/motor tak boleh masuk. Baguslah MPKj dan JMB flat tu. Aku pun bagi taulah yang menyapu tu dah termasuk dalam caj RM30 sebulan tu (takut dia kena kelepet).

Habis kat situ.

Dalam perjalanan balik diiringi hujan baru aku terfikir yang Allah bagi CASH berganda-ganda dengan hadiah tembikai RM7.90. Bayangkanlah RM30 x 12 = ?? Banyak tu... Lama lagi dia nak duduk situ. MasyaAllah. Alhamdulillah. Sebak rasa hati.

Maka benarlah...

Allah melipat gandakan ganjaran kepada orang yang bersedekah, Al-Baqarah, ayat 261:


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Ada lagi satu kisah yang aku masih ingat.

Suatu hari tu aku melalui Jalan Lobak yang agak sibuk dan waktu tu ada seorang lelaki Cina berumur 50an berdiri di double line, dia tak lepas melintas. Kalau ikut logiknya agak selamatlah sebab kenderaan dilarang memotong di situ but you know lah Malaysian driver... Michael Schumacher pun takut tengok, kalau nasib tak baik kang buleh putuih duo. Jadi aku pun beri dia laluan untuk melintas sambil berdoa dalam hati semoga Allah memelihara anak-anak aku ketika di jalanraya. Aku minta ada orang kasihankan mereka. Itu je doa aku. Tetiba rasa sebak masa berdoa tu... yelah kan, kita bukan boleh sentiasa perhatikan anak. 

Belum jauh bergerak ada customer call minta tolong aku ambil gambar wedding dia. Rezeki, dahlah memacam nak dibayar masa tu. Ya Allah cepatnya Dia balas 😢

Kesimpulannya...

Bersedekah tak semestinya dengan duit dan rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada merasai hidup yang tenang, di kelilingi orang yang positif (kalau takde just distance yourself from negative vibes), bisnes lancar, jiran yang baik selalu bagi makanan.. eh eh.. dan sebagainya yang kita tak perasan pun. 

Satu perkara nak pesan, walaupun kita meluat dengan public figure yang suka menayang harta atau buat perkara yang kita rasakan membazir, siap 'nasihatkan' dia duit tu lebih baik sedekah lah... bantu anak yatimlah... suruh hidup bersederhanalah... aku yakin si polan tu memang banyak bersedekah sebab tu dia kaya. Kita yang dok kais pagi makan hujung bulan ni tak payahlah nak kisah sangat dia sedekah ke tidak. Sedekah kita tu kasi up lagi daripada tembikai ke seedless grapes barang sekilo. Tahap sederhana semua orang tak sama. Orang yang bergaji RM2000 sebulan tapi dia habiskan hanya 1k dikira sederhana. Orang yang bergaji RM400k sebulan dan menghabiskan RM200k untuk majlis kahwin anaknya masih boleh dikira sederhana sebab gaji dia setahun dekat lima JUTA. Ketebalan wallet tak sama.

Ni aku bukan nak heboh bercerita tentang hadiah tembikai yang tak seberapa tapi tentang MEMBERI dan sedekah itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Jika uols ada takaful, berbahagialah kerana ada portion khairat di situ. Tangan kiri tak tahu pun siapa yang tangan kanan bantu.

Itu je nak cerita kali ini tapi aku ada kisah yang lebih menarik dengan Abang-La yang seorang lagi. Next time aku cerita.

**Mehlah derma kat surirumah ni haa.... nak nombor akaun?

Wednesday, 16 May 2018

Perangai pengikut taksub

Perangai pengikut taksub | Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 (PRU14) baru seminggu berlalu. Disebabkan ia telah menempa sejarah kerana berjaya menumbangkan pemerintahan Barisan Nasional selama 60 tahun sudah pastinya ia masih hangat diperkatakan.

Ramai yang puas hati kerana dapat menurunkan Dato Seri Najib Razak bersama isteri dan rakan sekepalanya diatas kerosakan ekonomi dan menutup mata di atas segala kebejatan yang berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Kagum sangat dengan kesungguhan voter di luar negara yang sanggup keluar wang sendiri menghantar undi mereka menggunakan courier service yang mahal. Ada juga yang sanggup terbang dari Switzerland ke Amsterdam semata-mata mahu menumpangkan undi tersebut melalui seseorang. Hebat!

Di Negeri Sembilan sendiri kami memang sebak kerana terpaksa membuat Tok Mat Hassan yang kami sayangi kalah (beliau menang tanpa bertanding di Rantau). Dah PM tak nak mengundur diri terpaksalah kami push him down. Itulah bahayanya jika ketua dikelilingi manusia tak ikhlas, hanya menyampaikan cerita yang sedap didengar. Berhari-hari kami sedih kehilangan Tok Mat. Beliau diakui salah seorang menteri yang terbaik yang kita ada. Banyak pembangunan dan kemajuan dilakukan beliau di Negeri Sembilan. Di NS ni walaupun di hujung kampung tu ada sebuah sahaja rumah, jalan bertar. Punyalah bagus. YB di sini 'siaplah' kalau ada rakyat yang masuk rancangan Bersamamu TV3 ataupun akhbar.

By the way, aku tak join memana parti politik pun. Tak kuasa, lebih bangga dengan kuasa memangkah.


Menyokong jangan bersetuju semua, membangkang jangan membantah semua
Aku geram dengan seorang mamat nih heheh... bukan dia saja ada lagi seorang dua dalam FB friends tapi yang kat facebook tu aku scroll lelaju malas nak baca. Toksin jangan disumbat ke kepala hari hari nanti otak yang bersih pun boleh jadi kelabu.

Kisahnya, aku komen kat status Zulfadli Zulfadli yang adik aku share. Adik aku ni sokong parti 'confirm masuk syurga'. Tak kisahlah, kami tak pernah bercakap pun atau komen status memasing dalam bab politik. Biarlah dia. Kerabat yang lain pun ada juga ahli parti tersebut. Pilihan memasing. Pada aku jika sesebuah parti/mana mana pihak yang mahu melihat negara ini bersih daripada rasuah, ketirisan, mengangkat martabat wanita, fokus menaiktaraf pendidikan, menghormati pegangan  agama memasing, mengajak rakyatnya hidup aman damai... aku sokong. Bukankah semua tu ajaran Islam? 

Almarhun Ustaz Harun Din pernah berkata dia melihat islam di negara bukan islam, Jepun. Kenapa? Semua yang islam suruh dipraktikkan di sana. Ketepatan waktunya, kebersihannya, keikhlasan  bekerja, menjaga adab bila berkata-kata, sentisa mementingkan orang lain, malu melakukan rasuah dan sebagainya. Adakah mereka menggunakan label "islam"? Tak kan?
**Dalam Islam ikhlas maksudnya bekerja bersungguh-sungguh

Berbalik kisah tadi.

Aku komen sikit je sebab aku rasa apa yang orang tu pos tidak benar. Aku kata, hapuskan tol takde dalam manifesto, hapuskan rasuah ada. Sabarlah baru seminggu.

Lepas tu mamat yang menggunakan nama Ahmad Zaidi yang menggunakan profile picture Nasir Bilal Khan ni berubi-tubi pulak membantai aku hahaha... komen-komen penuh kebencian dia tu takde kena mengena lansung dengan topik. Hmm..nilaikanlah sendiri perangai orang yang meresakan dia lebih islam daripada orang lain. Jauh sangat akhlaknya daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dihormati penganut agama lain. 

Komen terakhir aku, I'm your friend's sister, dimanakah adab?

Perghhhh.... dia sambung lagi hahahah... aku agak dia tak faham english. Orang macam ni kalau dilayan kita pun akan sama rendah IQ dengan dia. Ada lagi kat fb tu, totok yakmats. Hutan kat negeri dia dah terang kena tebang pun nak bangga lagi dengan sistem yang corrupt. 






Ya Allah gigihnya mamat yang kerja kat MS Elevator (M) Sdn Bhd (Toshiba) ni... aku nak tekan publish dah masuk lagi komen dia 😁😁😁 . Bagus ada pengikut taksub macam ni. 

Nasihat akak: 
Jang, kau pergilah bergaul dengan bangsa lain yang berlainan agama. Bergaul juga dengan orang lain yang mempunyai pandangan berlainan. Elok juga kau pergi mengembara secara bajet. Lihat negara dan budaya orang, ambil yang baik untuk improve diri sendiri.

Boleh stress layan puak puak ni 😂. Bukan aku ada dosa pun dengan dia.

Aku nak suggest Ahmad Zaidi dan orang lain yang sekurang ajar dengannya dihantar oleh pimpinan parti mereka ke kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh Ebit Liew. Look and observe bagaimana beliau berdakwah.




Saturday, 26 August 2017

@KhairyKJ juga yang menang :D

@KhairyKJ juga yang menang :D | Status di bawah telah dibuat oleh kawan aku dalam bahasa mudah dan bersopan. I believe ramai yang suka juga 😀. Abah @KhairyKJ yang tall, dark, handsome kan ramai peminat, tu yang tetiba sukan polo ramai pengikut. Meriah sangat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bila beliau menentang Putera Mateen dari Brunei tu.

Tahniah YB Khairy Jamaluddin! Berdiam itu lebih baik. Beliau pun bukan budak kampung biasa malah tinggi jua pendidikannya.

Di dalam matapelajaran Bahasa Melayu, ada banyak contoh perkataan yg mempunyai erti yang sama walaupun sebutan dan perkataannya adalah jauh berbeza. Di bawah ialah contoh perkataan yang mempunyai makna yg sama, tetapi perkataan yang sama ertinya adalah berbeza. (Perhatikan perkataan yang panjang ayatnya tetapi perkataan yang sama ertinya hanyalah satu perkataan sahaja) :

Kematangan dalam bertindak = KJ
Keberanian menyahut cabaran = KJ
Kesopanan dan penuh adab = KJ
Cakap serupa bikin = KJ
Kematangan berfikir = KJ
Akhlak seperti seorang bangsawan = KJ
Anak Jantan = KJ
Respek = KJ

Sekian matapelajaran Bahasa Melayu untuk hari ini.


**Aku sokong KJ as a Sport Minister, bukan sebagai ahli politik UMNO. Rasanya setakat ini beliaulah Menteri Sukan yang benar benar aktif bersukan selain memiliki penyokong yang ramai di kalangan bukan ahli/penyokong politik. 

**Miskin itu ujian, kaya juga ujian Allah. 

Wednesday, 2 August 2017

Saya Mencari Pemilik Honda City BMD 603

Saya Mencari Pemilik Honda City BMD 603 | Kisah ini dah lama, terjadi pada 28 Januari 2017 lalu.

Kisahnya, pada tarikh tersebut dua kenduri sedang berlansung. Jadi kami di kejiranan ni pakat letak kereta di luar rumah, tepi jalan. Tak ganggu laluan pun sebab kami ada kesedaran sivik.

Okay, bayangkan begini. Anda berada di T-junction kawasan perumahan. Di kanan dan kiri ada khemah. Kami, penduduk dan tetamu, park kereta memasing di kiri kanan dan depan lalu meletakkan kerusi di tengah simpang. Logiknya jika ada akal kita takkan lalulah di situ kan? Kena reverse. 

Ada satu kereta Honda City 1.5L i-Vtec ni boleh pula dia buat u-turn kat situ dan melanggar kereta aku sampai kemek pintu belakang lepas tu dia buat bodoh je dan cabut lari. Dia ingat takde orang nampak? Perangai tak padan dengan harga kereta. Hoih mahal tau kereta dia ni...dekat RM100,000 sebuah. Kalau gaji hang setakat dua ribu setengah je jangan gatai nak order kereta ni. GSTnya pun dah LIMA RIBU RINGGIT. Karang terjelir lidah menunggu gaji bulan depan. Gaji selang 40 hari pun dah merintih kat Facebook 😃 . Orang have have je mampu memiliki kereta ni tau.

Aku tak buat police report sebab ingatkan kereta tu milik saudara-mara jiran ni. Aku fikir pepetang nanti atau esok baru nak bertanya siapa tuannya. Lagipun hang tau dak sekarang ni tong sampah hijau tu hilang pun polis kena terima report dari orang ramai? Kesian kan? Niatnya nak selesai di luar je lah. Alih alih jiran aku yang buat kenduri tu kata bukan saudara mereka. So? 

I investigate.

Aku kan suka tengok cerita polis sentri one two jaga.... yang Korea lah.. yang Hollywood lah. Aku tak percaya cerita polis dalam Hindustan je sebab macam harem hahahah... apa bendalah pakai cota lagi. Cerita Melayu pun tak percaya jugak sebab bila polis tu interrogate dia akan cakap,

Hmmm... Di mana awak semalam?

Hmmm... Dengan siapa awak keluar?

hahhahaha... bahasa buku sungguh! Kau rasa polis nak dapatkan maklumat macam tu ke? sampai mampos pun buku siasatan tak penuh. Cite Korea tak cakap banyak terus zup zupp (pistol canggih sebab tu bunyi tak kuat) 😁😁

Lepas tu penjahat dalam movie Melayu cakap macam Shamsul Yusuf dalam KL Gangster. Ntah apa apa... bunyi Melayu tak, cakap utagha tak, bunyi Cina cakap Melayu pun tak. Cakap je lah macam biasa... nak muntah dengar (tapi aku suka juga cerita tu heheh). 

Hey.. dengan tengok cerita beginilah aku berjaya sorokkan Maggi kari dari anak-anak. Sebelum ni aku sorokkan dalam kabinet dapur. Soroklah di celah mana pun mesti yang sorang tu akan jumpa. Lepas tu aku letak 'depan mata' dia tak jumpa pun. Dah sebulan dah heheh... simpan untuk waktu kecederaan.

Eh, cerita serius ni.

Maka dapatlah tahu siapa pemiliknya. Nama dia Puan Siti Hajar binti Ahmad Zabidi. Umur 44 tahun.

Bulan Februari aku ada program di Shah Alam jadi petang tu aku buatlah Ops Terjah tapi rumahnya di Blok 42 Seksyen 7 tu tak berpenghuni. Sah itu rumah dia sebab ada bukti lain. Gituh. See? Macam polis pencen.

Bila tak dapat bersemuka aku hantar surat. Eh, aku dah try emel seseorang di MIDA. Kot kotlah dia kan. Kereta mahal ni orang gaji besar je mampu letak nama di geran. Dia tak jawab pun. Hek tak huk pun tak. Orang gomen memang tak kuasa balas emel eh? Ke tak check spam folder? Ke... tak kenal maka tak nak jawab? Okaylah... mungkin emel aku masuk kat spam folder tu. Berbaik sangka gitew.

Aku hantar surat bertarikh 25 Februari 2017 ke alamat Shah Alam. Senyap tak berjawab. Aku sabar.

12 Mei 2017 aku hantar pula surat ke rumahnya di Jalan Gamelan, Bandar Bukit Raja. Senyap juga.

Okay.

Aku sabar lagi. 

Manalah tahukan di bulan Ramadhan yang mulia dia akan call/emel/hantar surat/jumpa. Buat salah dengan manusia kenalah minta maaf dengan manusia. Berdosa dengan Allah bolehlah boleh direct tanpa perantaraan. Takde weh. Tak tahulah dia solat terawih ke tidak. Kalau dia buat mesti panjang doanya tu kan? Haish belum selesai urusan dengan manusia lagi ni.

Dia tak percaya kot aku nak popularkan dia. Jadi aku tulislah di sini... manalah tahukan dia bosan di pejabat lalu google kereta dia Honda City bernombor plat BMD 603 tu. Atau kawan dia baca ke... laki dia baca ke... bolehlah sampaikan kepada dia. Laki dia pun suspek juga ni.

Teruk ke kereta aku tu?

Taklah teruk sangat tapi ini adalah kali ketiga kereta aku dilanggar bila mana dalam kereta tu tengah dok dendiam. Hang ingat tak panaih hati ka bila dia langgar dan lari? Yang membuat onar pemandu kereta mahal pula tu. Yang aku geram sangat sebab:

1) Langgar lari. Aku memang bengang dengan orang berperangai begini.
2) Dia patut reverse tapi memilih untuk buat u-turn. Kalau kau terer bawa kereta bolehlah. Aku boleh je alihkan kereta di tempat sempit dengan kereta aku yang tak power tapi banyak berjasa tu.
3) Aku dah try tarik guna pam sinki tapi tak berjaya.
4) Aku dah hantar emel dan surat tapi dia buat bodoh je. Mustahil satu pun tak sampai ke tangan dia. 

Rasa rasanya dia nak response tak kepada luahan hati aku ni? Kita tunggu eh, nanti aku update kalau ada perkembangan terbaru. Dia nak aku datang ke rumah ke? Eleh macamlah susah sangat nak cari rumah hang. Masa takde waze dulu boleh je pergi merata.

Aku geram ni. Rasa nak upload je muka dia kat sini.

Meh kita tunggu... tik tok tik tok...










Monday, 31 July 2017

Tips Hartanah | PENTINGNYA untuk membuat lawatan tapak (site visit) !

<h1>Tips Hartanah | PENTINGNYA untuk membuat lawatan tapak (site visit) ! Dua tahun lepas semasa aku menjadi "makcik kayo sekejap" aku rajin kembali melihat-lihat hartanah di sekitar Seremban. Dulu aku tak berminat lansung nak invest di Seremban because of low rental rate, camner nak cover loan instalment. Menetap di Seremban memang selesa tapi nak invest tu taklah (di masa itu). Disebabkan itulah membeli rumah comel comel di Kuala Lumpur dan Selangor.


Golongan cukup makan macam aku ni - yang makan pun tertahan-tahan tapi tak kurus juga - mengharapkan kadar sewa yang mampu membayar balik pinjaman perumahan tu. Iye.... kita orang biasa je bukan buat buat buat humble bajet miskin. Kalau kite banyak duit kite nak beli MPV baru selesa nak sumbat semua bebudak ni balik kampung.


FYI sekarang ni kadar sewa rumah dua tingkat di Seremban 2 dah mencecah RM1,800 sebulan. Phewww... and the price starts from RM600k for bumi lot. Mahal ke? Ya mahal tapi masih murah berbanding Kuala Lumpur/Selangor/Pulau Pinang/Johor. Makanya berebutlah orang luar membeli hartanah di sini. Memang Menteri Besar Negeri Sembilan si Tok Mat kami tu galakkan pun. Kalau tak nak drive boleh je naik bas ke KL setiap pagi, 5.30 pagi dah ada bas. Sama je masa perjalanan yang dikorbankan seperti berulang KL-Shah Alam.


Okay, berbalik kepada tajuk.


Ada satu hari tu setelah aku shortlist beberapa properties kami pun pergi melawat satu kawasan ni. Kami tu aku, anak kecik dan dua anak yang baru dijemput dari sekolah. Kebetulan KAFA dibatalkan.

Nama kawasan tu Tuanku Jaafar Golf and Country Resort di Senawang. Gah kan? Aku pernah sampai ke kem tentera di luar tu je sebelum ni tapi aku tahu the late Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan ada rumah  di sana - sila baca: istana.


Kondominium yang hendak dilelong tu murah, 40k lebih je. Gile tak tertarik? Rasa macam nak beli cash giteww hahaha... berangan betul! Tapi aku dapat rasakan mesti ada sesuatu yang membuatkan harganya sangat murah.
 

Masuk je area tu kami nampak beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Lapang je kat situ macam padang golf tapi rumput dah panjang. Bila nampak club house yang dah buruk sahlah itu Tuanku Jaafar Golf and Country Resort yang sunyi sepi.


At first sight, dalam hati aku berkata ya Allah kasihannya pembeli kondo-kondo ni. Lagi banyak kami lihat terkeluar lagi ayat tu, di mulut pula. Serius kesian. Aku rasa cuma dua unit yang berpenghuni. Mungkin mereka tinggal di rumah sendiri. What to do? Terpaksalah stay di situ juga. Gaji dah banyak potong bayaran bulanan di bank. Itu belum termasuk deposit dan bayaran pelbagai sebelum memula masuk ke rumah. Takkan nak menyewa rumah lain pula kan? Kepada yang tinggal di situ  I can feel you. Ya Rabbi... kesian sungguh!


Kami carilah unit yang hendak dibeli kononnya.


Jumpa tapi beginilah keadaannnya 😢.

***Gambar ada watermak ruggedmom.com sebab asalnya nak pos di sana tapi decided buat blog baru supaya www.ruggedmom.com kekal dengan niche travel***
Not bad design kondo ni.


Saiz rumah ni agak selesa. Pemandangan menarik dengan dilindungi kawasan hijau yang menyejukkan pandangan. Jika semua unit diduduki suasananya mungkin seperti area Taman Melawati tu, sejuk dengan pohon merimbun. Ish bila difikirkan balik beraninya aku masuk ke rumah ni kan, dahlah lama kosong tak berpenghuni. Kawasan tu pun sunyi sepi.


Ada tinggalan katil, tilam serta air-cond. Mungkin juga pernah dijadikan rumah sewa atau asrama pekerja. Mungkin juga sewaktu kelab golf masih beroperasi ramai penghuni di sini. Sayangnya hampir kesemua rumah ni terbiar macam tu je. Aku boleh bayangkan how frustrated the buyers are. Cubalah bayangkan kalau kita dijanjikan bulan dan bintang oleh pemaju tapi akhirnya jadi begini? Tinggi harapan kita untuk settle down atau mendapatkan untung dari pelaburan beratus ribu ringgit tetapi akhirnya jadi begini. Hutang perlu dijelaskan tapi kita terkontang-kanting terpaksa mencari rumah baru.

Unit ini di tingkat satu.


Ada satu unit tu siap ada doa/jampi serapah bergantungan depan pintu. Yang ni aku nak gelak hahahaha.... macam dalam cerita hantu Cina. Siang pun begini di malam hari bagaimanalah agaknya ya. Keluarga yang duduk situ macam manalah mereka memalam eh? Tak dengar apa-apa bunyi ke? Hishh seram pulak. Lebih menyeramkan bila teringat manusia yang menjadi 'hantu'. Eh susah pula hati aku memikirkannya hehehee... Pangkah ! XXX 💀



Apakah masalah sebenar kondominium ini?
Adakah sebab gagal memohon Hakmilik Strata? Lihat di sini untuk mengetahui SENARAI NAMA PEMAJU/PEMILIK TANAH DAN PROJEK YANG GAGAL MEMOHON HAK MILIK STRATA SETAKAT JANUARI 2011.

Selain kondominium empat tingkat ini ada beberapa banglo di sini. Lot yang masih kosong pun ada. Aku rasa harganya tak tinggi sangat. Try lah tanya. Best apa tinggal di tempat ekslusif yang ada beberapa orang manusia je hehehee... carilah tanah lot yang berdekatan rumah berpenghuni. Boleh gak hantar cekodok pepetang 😜



Now can you see why site visit itu penting? Pakar hartanah mencadangkan kita melawat sesuatu hartanah yang kita berkenan tu dalam tiga waktu berbeza. 


1. Pagi biasanya tenang kerana ramai yang keluar bekerja. 

2. Petang mungkin meriah dengan kanak-kanak yang pulang dari sekolah. Kita boleh nampak adakah mereka ni jenis makan air krim pembungkusnya campak di tangga? Itu contoh.

3. Malam barulah kita nampak suasana sebenar. Muat ke parking lot nak terima kereta kita pula nanti? Malam juga barulah kita tahu berapa unit sahaja yang didiami dalam satu satu blok tu. Try lah lalu kat highway Lekas and you can see apartment yang deserted di Pajam tu. Hanya satu kelompok blok sahaja yang ramai penghuni. Kesian juga dengan buyer apartment tu. Maintenance fee quite high kerana building area agak luas tetapi kadar sewaan tak tinggi. Kalau anda ada modal besar boleh saja beli di situ sebab kawasannya tenang dan nyaman. 



Nota:
Bila anda membaca cerita begini janganlah lekas berputus asa. Rumah berlambak dik. Jika hartanah lelong bukan mainan anda cari rumah baru atau subsale. Rumah subsale pun kekadang seperti baru juga sebab belum pernah diduduki.

Adik-adik gegurl, jika boipren anda tetap tidak berminat membeli rumah setelah ditarbiah walaupun dia mampu, anda belilah juga. Pedulikan dia. Nak buat benda baik ni tak payah tunggu boipren ke kawan ke... kita jalan terus. Kita bukan nak share beli dengan dia sebab status dia masih boipren, kita nak dia beli satu kita beli satu, itu je. Dia tak nak tak mengapa. Anda beli, letak nama sendiri, 100% milik kita. Jangan sebab sayang ko masukkan nama dia dalam Sales & Purchase Agreement pula ya walhal dia tak keluar modal pun. Sayang sayang pun kena baling dengan handphone juga. Sebelum sayang boipren tak ingat dunia, sayangilah diri anda dahulu. Boipren yang kabur masa depan boleh diganti dik. 😜

Hidup ni ada pasang surutnya. Berdoa mohon yang terbaik dari Allah tapi bersedialah juga untuk hari yang tidak baik. 

#gittewww
#DoneDakwah


Lepas ni akak nak buat tajuk "Cerita Hartanah | Mengurus Harta GRO" hahhahah.... aku dok cari manalah aku letak gambar bra bermanik tu yang aku jumpa dalam rumah tu 😁😁😁





Wednesday, 31 May 2017

Menu Berbuka Puasa | Resipi Nasi Arab Mudah

<h1>Empat hari berpuasa ni aku lemau je. Bukannya lapar sampai melepek seperti waktu 'mabuk' dulu tapi takde mood nak buat apa-apa. Nak duduk lelama depan laptop pun takde idea. Tambahan pula semua bebudak ni pakat tidur belaka selepas Subuh. Dah dipasak kat telinga suruh buat latihan buku kerja pun buat dek aje. Tak kuasalah mak nak marah pepagi Ramadhan ni.

Semalam scroll facebook beberapa kali sehingga tu ternampak ada kawan update blog dia dengan resipi nasi arab jadi kita pun apa lagi terus bersemangat nak try sebab macam senang jer. Kesemua bahan sedia ada dalam fridge. Yang tiada tu aku abaikan je.. lenkali boleh cuba dengan bahan lengkap. 

Resipi asalnya daripada Desilastati tapi aku ubahsuai dan tambah beberapa bahan walaupun ini first try. Ayam tu aku tambah chilli flakes sebelum dibakar untuk menambah kepedasan. Makan ayam kalau tak pedas haiyaooo... kureng! Cuma berdasarkan firts try ni elok rasanya ayam direbus lebih awal supaya dapat diperap lama sedikit dengan sos.

Ini resipi Nasi Arab Mudah untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak makan. Portion makanan kami untuk orang Melayu bukan pak Arab ye hehe.. Cawan tu yang dapat free masa beli rice cooker. Bahan-bahannya nampak je banyak tetapi semua tu ada di dapur, baki projek sebelum ini. Rasanya rumah famili memang ada semua bahan asas tu.

Sumber di sini.


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (tak habis guna pun. Ayam aku dah siap dipotong kecil... anak ramai oih)
3 cawan beras Basmathi
2 biji tomato - buang biji, potong dadu
Daun ketumbar
Cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis - sedikit
Minyak sapi (takde, aku guna butter)
Oregano (ini saja ada. Sepatutnya ada rempah kabsah)
Gajus
Kismis
Saffron (takde so aku gantikan dengan kunyit)
Yogurt (kalau suka)
Sos cili
Sos tiram
Madu
Garam
Gula
Air secukupnya


Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hngga naik bau. Masukkan cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, tomato, daun ketumbar, oregano.
3. Masukkan ayam, gaulkannya dan biarkan sebentar. Masukkan air hingga tenggelam. Masakkan ayam hingga empuk. Tambahkan garam.
4. Setelah ayam masak keluarkan dan toskan airnya. 
5. Bahan-bahan yang tinggal tu kita tapis dan kisar untuk dimasukkan dalam beras yang kita tanak.
6. Lumurkan ayam dengan sos cili, sos tiram, madu, yogurt, chilli flakes, garam. Perap setengah jam dan bakar dalam oven dalam 20 minit supaya garing sikit bahagian luarnya. Kalau suka jenis lembap, sapukan dengan nombor 6 di atasnya sebelum dibakar.

Cara memasak nasi:
Beras Basmathi memerlukan air yang lebih. Jadi setiap satu cawan beras kena masukkan 1 1/2 - 2 cawan air. Gunakan air rebusan ayam tadi dan tambah nombor 6, kunyit. Masukkan sedikit gajus dan kismis. Ai terus masak dalam rice cooker.

Bahan untuk salad:
Timun (aku guna timun Jepun) - dipotong dadu
Bawang besar - dan dipotong dadu
Lobak Merah - dipotong dadu
1 sdk cuka
Garam Dan Gula

Gaulkan je kesemuanya.


Bahan untuk sos:Daun ketumbar/pudina
2 biji tomato
5 biji cili hijau
Sebiji lemon - perah airnya
Garam, gula
Sedikit air

Blend je kesemuanya.

Dah siap... Senangkan?




Monday, 1 May 2017

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita...

Cerita Hartanah | Kalau Bukan Rezeki Kita... | Adik aku sekarang sibuk mencari rumah untuk dibeli. Kawasan pilihan ialah di Rawang kerana berdekatan tempat kerja.

Aku happy kerana dia 'menuju ke jalan yang benar' walaupun ada sedikit terkilan kerana lambat bertindak. Aku dah bercerita fasal rumah ni sejak membeli rumah pertama. Mungkin masa tu dia remaja lagi... tapi 10 tahun lalu dia dah bekerja, sepatutnya dah mula menyimpan. Dalam dunia fantasi dengan girlfriend kot?

Dia banyak minta pendapat dan tips dari aku jadi aku pun nasihatkanlah setakat termampu. Kita pun bukan pandai sangat. Dah suruh dia semak rekod CCRIS di Bank Negara, semua cantik. Dah suruh survey loan eligibility, dah buat, boleh pinjam lebih RM100,000 tapi aku cadangkan rumah pertama ni beli je rumah berharga dibawah RM100k supaya dia dapat menyelesaikan housing loan by age 55. Bila tamat bekerja pinjaman perumahan di mana rumah tersebut menjadi liabiliti (kita tinggal di situ) wajib tamat juga. Keluarga kecil tinggallah di rumah sederhana sahaja buat permulaan, yang penting selamat di situ.

Aku minta dia cari rumah landed subsale. Banyak. Gigih dia mencari tuan tanah sejak bulan lalu di pejabat tanah. Aku pun ada jugalah bertanya dengan kawan-kawan yang menjadi ejen hartanah tetapi mereka tak jual rumah yang berharga dibawah 100k.

Kalau ada yang tak tahu lagi, kawasan Rawang digosipkan akan menjadi bandar lapangan terbang seperti Subang suatu waktu dahulu. Property boom dulu tu... ramai property investor membeli hartanah di sana. Malangnya new airport were built at Sepang maka punahlah harapan. Banyak sangat rumah yang tidak dihuni, banyak juga yang dilelong. Flat lelong boleh dapat dibawah 10 ribu RM je. Kalaulah dekat kan...

Ada kawan dia nak jual rumah setingkat hanya RM80k bulan Ogos nanti sebab menanti rumah baru mereka siap. Aku pun suruh adik pujuk kawan dia tu jual sekarang dengan alasan proses jual beli pun akan mengambil masa paling cepat enam bulan. Sementara tu duduklah dulu tapi tuan rumah tak bersetuju sebab dia kata rumah baru dia tu lambat lagi nak siap. Sebenarnya aku bimbang dia berubah hati. Rumah lain semua dah capai rm200k... kot kotlah bila tiba bulan Ogos nanti dia nak jual harga lain pulak kan. Okay, pangkah yang ini. 

Kebanyakan rumah setingkat dijual dengan harga pasaran iaitu +-RM200k . Ada satu rumah corner lot ni memula adik aku tak cari tuannya kerana beranggapan kalau dah rumah tengah pun 200k rumah tepi apatah lagi. Cuma dua minggu lalu dia try luck lah. Owh.. owner beralamat di Seremban.

Last Friday aku pun ajaklah dia ke alamat Seremban tu dalam hujan lebat. Orang lain yang nak beli aku pula yang over exited heheh... kita happy dapat menyumbang idea dan tenaga untuk dia gituh.

Selepas intro serba sedikit, mak si owner ni cakap rumah tu telah dijual kepada seorang Cina dengan harga..... 😢😢😢 SERATUS RIBU SAHAJA! Kau rase?? Frust menonggeng huhuuu... Baru sebulan lalu mereka sign SnP. Frust frust frust sangat. Adik aku kata kawasan rumah tu agak luas dan depan lapang tak menghadap rumah orang. Aku beritahu owner if dia tak boleh proceed dengan proses jual beli tu kindly call me back. Tak putus harapan gitu.

Itulah kan, jangan assume. Pre-assumption and pre-judgement sangat tak bagus. 

Takpelah dik, cari lagi. Hopefully dapatlah beli sebelum kahwin nanti. Best oi lepas kahwin terus duduk rumah sendiri.